Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2011

Nak kena score ke subjek addmath ni?

>>Eh! Mestilah kena score! Sia-sia belajar dua tahun susah payah, lepas tu tak keluar dalam sijil spm sebab tak lulus. Kan ke rugi dan buat kerja bodoh dua tahun? Baik tak payah ambil subjek ni kalau tak keluar kat sijil spm. Tapi susah la subjek ni cikgu, tak minat pulak tu..macamana nak score ? >> usahalah, kalau tak nak cuba, mana tau boleh berjaya? nak makan nasi pun kena usaha masukkan nasi ke mulut, kena kunyah baru telan. Baru kenyang. Mana ada kejayaan tanpa usaha. Petik jari je, semua dapat. cerita kartun, bolehla. Pasal minat tu, boleh dipupuk. Orang tua kata, tak kenal maka tak cinta. Alah cikgu, cikgu cakap memangla senang. Sebab cikgu, cikgu addmath . >> eh, awak ni! awak ingat saya keluar keluar dari perut mak saya, terus pandai ke? Saya pun belajar jugak macam awak, sampai lewat malam..nak berjaya punya pasal. Emm..kenapa nak kena score cikgu? ada tak sebab lain selain sebab nak ada dalam sijil. kalau macam tu, lulus cukup makan pun ok kan

Mari cuba cara hilangkan mengantuk dalam kelas

Memang sukar nak menumpu perhatian bila belajar dalam keadaan mengantuk. Ada banyak faktor2 yang menyebabkan mengantuk. Faktor paling popular dikalangan pelajar adalah kerana  tidur lewat pada malam sebelumnya,  tidak cukup 'warming up' (ni kalau pagi2 dah mengantuk kat kelas) terlebih bermain sampai kepenatan (ni kes mengantuk lepas aktiviti pjk) baru lepas makan makanan berat (ni kes mengantuk di tengahari lepas rehat) bosan dengan guru mengajar  Mungkin ada juga faktor2 lain kerana individu ada macam2 ragam. Berikut merupakan beberapa cara yang boleh di praktikkan untuk hilangkan rasa mengantuk, dengan harapan dapat fokus semula ketika belajar di kelas. Minum air masak . Otak perlukan banyak air untuk berfungsi dengan baik. Kalau dah tau hari tersebut ada aktiviti pjk, bawalah air masak botol besar. Lepas bersukan, badan kehilangan banyak air melalui perpeluhan, maka anda perlukan air yang mencukupi untuk tampung 'air' yang hilang. Bawalah send

Redha dengan kurniaan Allah

Accept every thing that Allah gives you Maybe you're the richest person, you don't know it yet! so please don't complain too much.. P/S : copied from Maher Zain facebook wall. Really like it! Love the quote, with the picture.

keputusan pmr jelai 2011

Alhamdulillah, selesai sudah debaran menunggu keputusan pmr 2011. Walaupun sedikit jatuh tahun ini, berbanding tahun sebelumnya, tapi dari segi kualiti A masih dpt dipertahankan walaupun masih belum mencapai sasaran. Tahniah kepada dua calon yang berjaya mendapat straight A's. Berkat usaha tanpa berputus asa hingga menghasilkan kejayaan. Saya agak terharu dengan ayat salah seorang daripadanya, "Terima kasih banyak-banyak cikgu, saya tidak sangka dapat A matematik, masa trial saya dapat C". Walaupun seorang guru tidak langsung meminta apa2, namun ucapan terima kasih dengan pelukan ini cukup membahagiakan dan rasa dihargai. senyum manis daripada pelajar 8A bergambar dengan pengetua debaran pelajar yang hendak mengambil slip keputusan Teringat saya tentang suatu petikan yang saya baca di dalam sebuah buku berkaitan guru cemerlang(lupa tajuknya) , petikan itu lebih kurang begini, " Guru jangan mengharap ucapan terima kasih daripada pelajarnya, sebali

suami suka isterinya cantik

credit to  http://comicstriper.blogspot.com Aku suka betul karikatur ni. Tertawa sendiri bila baca. Dalam hidup ni, kita perlukan humor dan senyuman, barulah hidup ceria dan gembira. Kan kita tanak add mad? :)

buat apa nak belajar matematik tambahan?

Remaja sering dikaitkan dengan ungkapan, “sedang mencari identiti hidup”. Tidak tahu apa mereka nak jadi pada masa akan datang. Tidak pasti ke mana hala tuju mereka selepas tamat sekolah.  Sistem pendidikan kita telah menyediakan silabus mengikut perkembangan murid2. Masa zaman sekolah rendah, kebanyakan cita2 murid2 ialah menjadi guru, polis, doctor  atau askar. Kenapa ? sebab itu yang mereka lihat dan didedahkan dalam ruang lingkup persekitaran mereka. Menjejak ke sekolah menengah, berkembang sikit, mungkin tambah cita2 nak jadi pensyarah, pakar kaji botani lah, angkasawan lah,  sebab itu juga yang mereka didedahkan(lebih sikit dari masa zaman kanak2).  Tapi realitinya, ada berjuta2 nama jawatan dan pekerjaan dan bidang yang mereka akan temui, selepas mereka melangkau ke dunia pekerjaan nanti. Bermacam2 nama kursus yang ditawarkan di peringkat universiti atau kolej atau mana2 institut pengajian tinggi. Untuk itu, tugas seorang guru di peringkat menengah adalah memperkenalkan ba

Prinsip itik berenang bagi pelajar cemerlang

Posted by Osman Affan dari www.motivasibelajar.com Adik-adik yang saya hormati sekalian, pernahkah adik-adik melihat itik yang sedang berenang di dalam kolam atau tasik? Itik-itik itu semua kelihatan berada di permukaan air dengan tenang dan selesa. Pergerakan mereka sangat lancar dan mereka bergerak ke depan, kiri dan kanan dengan begitu lembut dan indah. Namun, tahukah kita apa yang berlaku di bawah permukaan air itu? Sedarkah kita yang di bawah permukaan air itu kaki itik sedang bekerja keras mengayuh hampir ke semua arah bagi memastikan itik kekal timbul? Saya baca kisah itik berenang ini di dalam buku Tuan Fadzli Yusof ‘Kuasa Hijrah, kuasa untuk berubah’. Di dalam buku ini, Tuan Fadzli ada ceritakan tentang satu prinsip yang diamalkan oleh Tuan Nizal Mohammad, pengacara TV terkenal. Menurut Tuan Nizal, walaupun seseorang yang BERJAYA itu kita lihat nampak tenang dan bersahaja, mereka sebenarnya sedang bekerja keras dan bertungkus-lumus dalam usaha mereka mencapai kejayaan.

Family Day sekolah

Hari keluarga untuk staf dan guru sekolah aku telah berlangsung di D'Village Resort Melaka pada 15 dan 16 Oktober 2011. Memang seronok terutama anak2 sebab dapat mandi kolam. Tapi gambar aktiviti di kolam tak dapat nak dikongsikan sebab tak ingat nak ambil gambar( excited sangat mandi!) Bergambar di banner program. Bukan senang nak ambil gambar dengan gaya sopan santun :) Harap nama je peserta tapi tak tolong pun. Menang tempat ketiga pula tu! Seorang je yang susun gambar, dua orang lagi penonton. Macam mana nak menang? Tiup ! Tiup belon tu! Bersedia untuk rebut gula2! Setiap tahun program Hari keluarga ni memang dinanti2 oleh kami sekeluarga. Mengeratkan silaturrahim sesama keluarga rakan2 sekerja di samping dapat hadiah2 menarik untuk dibawa pulang. Moga Te'nSta terus mantap dengan pelbagai program untuk muhibbah bersama.

Berita Harian Online | Ilmu matematik ajar manusia hidup lebih bersistem, efisien

Saya menemui artikel yang menarik hati saya untuk berkongsi dalam blog ini. Artikel ini ditulis oleh Naib Cancelor UTM, Dr Zaini Ujang. Antara ayatnya yang ingin saya kongsikan, "Keindahan matematik hanya boleh difahami mereka yang mencintai ilmu, menghayati resam kesarjanaan yang tinggi dan utuh. Itu sebabnya hampir semua tokoh ilmu sebelum bermula Revolusi Industri di Eropah adalah pakar dalam sesuatu bidang yang juga mempunyai pengetahuan matematik yang mendalam. Dalam tradisi keilmuan Barat, Leonardo da Vinci, misalnya pakar matematik, sekali gus ahli falsafah dan pelukis ternama. Begitu juga dalam tradisi Islam menerusi Ibn Sina dan Alkhawarizmi. Hakikatnya matematik adalah asas ilmu untuk membolehkan kita berfikir secara logik, teratur dan bersistem." Sebut sahaja matematik, ia tidak lari dari nombor. Berkait rapat dengan nombor, mengira.Hakikat bahawa matematik adalah asas kepada banyak cabang ilmu memang tidak dapat dinafikan. Matematik memang digunakan se

Azam?

Setiap tahun, seorang guru akan mendapat anak-anak murid baru, yang punya watak dan karakter berbeza dari pelajar sebelumnya.Punya cabaran dan dugaan yan berlainan dari sebelumnya. Beginilah saban tahun. Ini lumrah guru. Sebagai guru, setiap tahun merupakan satu lagi percubaan guru dalam menjayakan P&P nya, mencemerlangkan anak didiknya, sekaligus menambah kayakan pengalamannya dalam mengajar. Tahun demi tahun, merupakan peluang bagi guru untuk menambah baik teknik pengajarannya, memperbaiki apa yang kurang atau lemah pada tahun sebelumnya, dan meneruskan apa yang telah berjaya sebelumnya. Jamuan akhir tahun 5 Sea 2006. Anak2 murid pertama (aku sebagai guru kelas) masa tahun pertama posting. Orang kata, yang pertama sentiasa kekal dihati.  Bersama sebahagian daripada Second batch student. Aku sebagai guru kelas.(tak jumpa pula gambar penuh bersama semuanya) Aku pindah sekolah di Johor Bahru. Jadi guru kelas mereka. (juga jumpa gambar sebahagian saja)  Ini ana

Freedom by Maher Zain

I am fan of Maher Zain. Ini adalah latest song from Maher Zain that i loved so much! Jadi sms ring tone..setiap kali dapat sms, tunggu sampai lagu ni habis baru baca sms haha memacam aku neh! Lagu ni satu motivasi dan semangat, setiap manusia inginkan kebebasan, hak bersuara...terlalu banyak kezaliman dimuka bumi tuhan ni. Moga Malaysia sentiasa dilindungi Allah.

childhood memories- dulu dan sekarang

Pada entry aku sebelum ni, aku cerita tentang view seremban pilah. Kenapa? sebab itulah view pada life aku sekarang. Bila difikirkan semula, rasa tak adil pulak jika aku tak cerita apa2 tentang tempat aku dibesarkan. Dimana? Batu Pahat Johor. Johor tanah kelahiran dan aku bangga mengaku aku anak jawa Batu Pahat. Sekarang cuti sekolah, dan aku pulang ke kampung halamanku. Wah! Batu Pahat sememangnya tidak sama langsung dengan sewaktu aku dibesarkan dulu. Dulu, zaman aku belajar, tempat shopping paling popular ialah summit parade. Semua orang batu Pahat pasti tau shopping complex ni, selain wira court, the store, fajar dan parkson(aku tulis yang aku ingat ni)  Tempat paling grand bagi aku dan kawan2 melepak (dating?) ialah summit parade. Tapi sekarang, serasa2 aku lah, dah hampir 5 tahun kebelakangan ni, aku dah tak penah menjejak kaki kesana. Sebab? Batu Pahat sekarang dah punya tarikan lain. Carrefour, Square One, Bp mall. Seingat aku, laluan ke Bukit Pasir tu sunyi dan hanya ada