Semalam, saya telah ke Maybank sebab nak buka akaun untuk anak anak saya. Biasanya, kita dengar orang buka akaun untuk anak anak di BSN, atau tabung haji, atau bank rakyat. Tapi anak anak saya, sebab agaknya dah biasa tengok ibu dan ayah cucuk duit ATM di 'rimau kawanku', dan dah biasa tengok ibu ayah buat transaksi online di maybank2u, maka mereka juga request nak ada akaun di bank rimau ni. Di Maybank, untuk buka akaun bagi anak bawah 12 tahun, kita boleh buat akaun SIMPANAN BERSAMA (Join account) antara ibu/ayah dengan anak tersebut. Ni dipanggil YIPPIE JUNIOR ACCOUNT. Tapi bagi anak yang berumur 13 tahun hingga 17 tahun, mereka dah boleh ada akaun simpanan sendiri, dengan syarat ditemani ibu bapa masing masing. Hanya perlu bawa: 1. surat beranak(asal dan fotostat) , 2. Kad pengenalan sendiri (asal dan fotostat) 3. Kad pengenalan salah seorang ibu/ayah (asal dan fotostat) 4. Duit deposit buka akaun rm250 seorang( duit ni akan masuk dalam akaun tu nanti sebagai duit simpa
PERCUTIAN GELANG PINK Akhirnya, bayangan virus yang paling ditakuti abad ini, Covid 19, menjengah dan menyapa di pintu rumah kami. Pada 10 april lalu, anak bongsu saya, shahida, telah tersenarai sebagai kontak rapat kepada salah seorang sahabat nya yg positif di taska. Anak kami di arah untuk swab test kerana ini adalah prosedur KKM. Walaupun keberadaan sahabatnya tu sekejap je di taska sebelum dicutikan oleh ibu bapa nya, tapi sebagai salah satu tempat yang dikunjungi, semua rakan dan guru di taska tetap perlu di swab test. Akur dengan arahan, saya dan suami membawa anak kami ke kk paka untuk di swab test walaupun kami yakin saida tak apa apa. Ketika swab test berlangsung, saya rasa anak saya lah paling hebat meronta dan menjerit, berbanding kawan kawan dia 🤣🤣🤣 Ayahnya peluk dan pegang badan dan tangan dia, saya peluk dan pegang kaki dia yang nak menendang staf kkm tu, seorang staf memegang kepala dan membuka mulut, dan seorang lagi tolong mengambil sampel dari mulut dan hidung.