Skip to main content

Selepas setahun pembedahan buang fibroid dan rahim

 Semalam, genap setahun selepas saya menjalani pembedahan untuk membuang fibroid dan rahim. Kisah cerita pembedahan tu anda boleh baca dalam story  ni.

Alhamdulillah setelah setahun, saya amat mensyukuri nikmat sihat dan segala macam nikmat lain pemberianNya.  Alhamdulillah dah berisi sikit berbanding setahun sebelum ni yg sangat cengkung kerana kehilangan banyak darah akibat daripada fibroid yg menghimpit dinding rahim.  

Masa sehari sebelum pembedahan, saya bertanya pada doktor, adakah saya boleh sihat. doktor jawab, lepas pembedahan ni, insha Allah awak akan lebih sihat dari keadaan awak skrg, malahan lebih sihat dari sebelum sebelum ni. Silap silap boleh pegi hiking. Dan baru baru ini, saya ber ansur ansur dalam membuktikan kata kata seorang doktor. Dan ye, alhamdulillah.memang saya dah boleh mula mendaki semula.



Saya mendaki Bukit Harimau Menangis

yang terletak di kemasik, daerah kemaman, Terengganu. Bukit ini dikategorikan bukit yang agak santai dan menjadi tempat latihan bagi runner atau mereka yg sedang meningkatkan fitness masing masing.


Mungkin ramai di antara kenalan saya yg ingin tahu, apa yg berlaku dan apa perasaan selepas hampir setahun saya kehilangan rahim.  Doktor ada mengingatkan saya tentang perubahan hormon. Mood yg akan swing, emosi yg berubah ubah. Jika tak dapat kawal, sila berjumpa beliau utk dapatkan ubat kawalan hormon.

Namun alhamdulillah, sepanjang tempoh setahun ni, saya belum lagi pergi berjumpa beliau utk tambahan hormon walaupun cabaran perubahan ni adakala sukar juga utk saya kawal terutama apabila berlaku situasi yg menyebabkan saya stress. Kawalan stress saya menjadi sangat nipis dan banyak memikir perkara negatif. 


Saya bersyukur dikelilingi org org yg positif, suami yg memahami, adik beradik sendiri, saudara sebelah suami dan sahabat sahabat baik yg sentiasa mengingatkan dan mengingatkan agar saya kembali berpijak ke tanah.


Paling mencabar adalah bila perlu menerima teguran. Sebagai seorang yg bekerja, kita tak dapat mengelak dari melakukan kesalahan dan berlaku beberapa kelalaian. Emosi menjadi super sensitif dan kacau bilau secara tiba tiba seolah diserang perasaan nak berhenti kerja. Sedangkan kerjaya guru adalah jiwa saya. Terima kasih para sahabat yg sentiasa menjadi kaunselor saya. Anda tahu siapa anda.


Rahim memang lah bukan sekadar ruang utk kita mengandungkan zuriat. Tapi ada banyak fungsi lain dalam hidup kita yg kita tidak tahu dan tidak sedar. Hargai lah ia selagi ia masih berfungsi dengan baik untuk anda. 


saya ditemani  si sulung, lukhman, memburu awan karpet di bukit harimau menangis. Walaupun hanya setinggi 538m , terutama bagi si lukhman ni yg dah biasa daki gunung yg lebih tinggi dengan ayahnya,  saya tetap bersyukur utk permulaan ini. Terima kasih Allah. Terima kasih lukhman sudi melayan permintaan ibu 😊


Comments

Popular posts from this blog

Tema colour blocking untuk hari guru 2018

         Sambutan hari guru tahun ni meriah sungguh dengan pelbagai warna warni pakaian guru2 smk durian mas. Tema colour blocking sememangnya tema yg menarik kerana guru2 dikehendaki memakai pakaian yg berbeza2 dan kontra warna nya. Tidak boleh sama kaler tudung dgn kaler baju dengan kaler kain dengan kaler kasut dengan kaler handbag hehehehe memang puas juga lah membuka wardrobe dan menyuai padan semua kaler2 baju sedia ada hihihi 😁         Semua rakan guru tak kira lelaki atau wanita mmg bersatu hati memenuhi kehendak tema. Saya kebetulan merupakan guru bertugas minggu ni. Jadi tak dpt sama2 berselfie masa pagi sebelum semua guru bersedia berarak dan masuk ke dewan dmas. Anggun, jelita, hensem, gojes semua rakan2 guru 😍 colourful hehehe Walaupun kami bertugas mengawal murid2, nak selfie jugak hahahaha Aktiviti hari guru adalah seperti masa2 sambutan yg lalu, membaca perutusan dari pihak2 atasan seperti kppm dan jpn, sukaneka, persembah

Fibroid : Wanita tanpa rahim

Ini cerita saya yg terkini. 2019 yg penuh memori. Gambar harini, first day kerja, 3 minggu selepas pembedahan. Muka nampak cengkung dan kurus sgt. Saya hilang byk berat badan dek kerana hilang byk sgt darah sebelum ni. Harap lepas ni dpt berisi sikit hehe Hari ini genap 3 minggu selepas saya membuat pembedahan buang fibroid dan rahim. Hari ni juga hari pertama saya mula bekerja semula. Alhamdulillah  dapat kelulusan untuk duduk mengajar di bilik khas bilik APD( alat pandang dengar) sepanjang 2 minggu akan datang ni. Jadi tak perlu naik tangga turun tangga untuk ke kelas2 pelajar. Hanya duduk di sini dan menunggu pelajar2 saya datang. Walaupun secara keseluruhan nya saya merasa sihat dan sudah boleh mula bekerja, tetapi kena juga menjaga kesihatan supaya tak mendatangkan apa2 mudarat. Jangan berjalan banyak, jangan berjalan laju sgt, dan jangan angkat benda2 yg berat. Sekurang2nya sebulan setengah kata doktor. Sebab tu saya mohon izin duduk bilik ni buat sementara. Men

20 Aktiviti untuk Pelajar Pasca PT3

Setelah selesai Pentaksiran PT3, waktu persekolahan masih ada berbaki lagi sebulan lebih bagi pelajar-pelajar tingkatan 3. Nak belajar lagi? Rasanya inilah ruang dan waktu untuk mereka melepaskan tekanan selepas berusaha bersungguh-sungguh belajar dari awal tahun untuk memastikan kecemerlangan dalam pencapaian akademik mereka.  Apa yang boleh dilakukan oleh para pelajar? Aktiviti yang masih berada dalam skop pembelajaran, pdp luar bilik darjah. Sekolah saya telah menetapkan bahawa pelajar-pelajar ini akan di kawal selia oleh satu unit panitia sekurang-kurangnya 3 kali pertemuan di sepanjang tempoh program pasca. Guru-guru yang terlibat akan merancang dan menjalankan aktiviti sepanjang waktu pdp sehari bersama panitia yang ditetapkan. Berikut saya kongsikan antara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan oleh pelajar pasca pt3 2017 sekolah saya. 1. English Day Carnival     Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang sehari ini ialah explorace dan treasure hunt. 2