Lama saya tak menulis dalam blog ni. Bulan ogos ni, adalah genap setahun selepas saya menjalani pembedahan membuang fibroid dan rahim. Anda boleh baca cerita saya tentang ini dalam entry ni.
Dua bulan pertama selepas pembedahan memang masa saya memulihkan diri. Badan sangat kurus. Jadi cuba utk makan secara berselera. Tambah portion sikit dari jumlah biasa yg saya ambil. Alhamdulillah skrg berat badan dah jadi stabil semula ❤️
Selain tu, saya juga mencari hobi utk terapi diri. Sebab doktor kata, org yg kehilangan rahim biasa nya mengalami masalah kecelaruan emosi. Alhamdulillah saya mengurangkan tekanan dan gangguan emosi dengan menanam dan menjaga pokok ros ❤️
Dua bulan pertama selepas pembedahan memang masa saya memulihkan diri. Badan sangat kurus. Jadi cuba utk makan secara berselera. Tambah portion sikit dari jumlah biasa yg saya ambil. Alhamdulillah skrg berat badan dah jadi stabil semula ❤️
Selain tu, saya juga mencari hobi utk terapi diri. Sebab doktor kata, org yg kehilangan rahim biasa nya mengalami masalah kecelaruan emosi. Alhamdulillah saya mengurangkan tekanan dan gangguan emosi dengan menanam dan menjaga pokok ros ❤️
Walaupun masih jauh dari landskap impian, tapi saya sangat bersyukur dengan suasana yg saya nikmati di sini. Duduk di kerusi tu, menikmati bunga bunga yg berkembang indah memang suatu terapi yg mendamaikan jiwa..
Sedar tak sedar, dah ada 23 pasu ros semua nya. Bermula dari sepasu ros merah yang saya beli di cameron highland, saya belajar menjaga ros. Orang kata, ros untuk orang yg rajin. Hanya mereka yg rajin yg mampu menjaga rose hingga bertahun tahun. Bila dah betul betul jaga ni, baru saya tahu kebenaran kata kata tersebut 😊
Gambar semasa shopping bunga di rose valley, tempat kegemaran saya di cameron highland. Rose valley ni mempunyai tempat berehat yg sangat saya dan suami gemari. Di kelilingi pelbagai bunga rose berwarna warni, dan air terjun buatan, buaian dan gelongsor tinggi utk anak kami bermain, rose valley sememang nya tenpat terapi kami. Jadi bila saya menyimpan impian untuk membina laman terapi sendiri, rose valley ni adalah sumber rujukan saya. Kriteria yg saya tetapkan ialah bunga rose, unsur air, tempat duduk dan buaian bermain ❤️
Banyak beli bunga lain. Orkid, daisy, lavender malaysia, succulent, dan dan hanya sepasu ros merah dalam bulatan tu.
Mula mula susunan bunga. Tak pandai menyusun deko lanskap bunga. Hentam je hahaha. Ros merah tu saya pecahkan kepada dua pasu untuk letak di kiri kanan bangku. Rumput pun sama meriah dengan bunga. Siap tutup dengan khemah kecil milik suami. Nak elak bunga dari terjejas akibat hujan. Masa beli ni, musim tengkujuh di terengganu.
Perlahan, lahan, saya menyertai grup kelab peminat rose di facebook. Dari situ, saya banyak belajar bagaimana menjaga dan merawat pokok bunga rose. Dari sepokok ros cameron, bila berhasil menjaga nya, saya mula berani membeli ros siam 3 pokok. Bila rose rose ni berkeadaan baik dalam jagaan saya, saya mula berani minta keratan batang dari tukang kebun sekolah, dari kawan. Dari ros tidak ber id, saya mula mengumpul rose ber id.
Rose beatrice dan rose phoenix. Beatrice ni saya beli online. Dan phoenix yg warna pink ni saya beli di taman zety rose.
Id Elysium field rose. Warna peach lembut yg sangat menarik perhatian.
Lagi ada rose iori, victorian secret, damask, concourse, dan rode eden.
Sesungguhnya setiap kita semua pasti ada di uji dengan tekanan dalam hidup ni. Seperti saya yang dapat menemui sedikit terapi dari menanam dan berkebun, saya doakan para sahabat yang membaca cerita saya ni juga, menemui kegembiraan dan terapi masing2, dalam cara masing2.
Comments
Post a Comment