Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2020

Selepas setahun pembedahan buang fibroid dan rahim

 Semalam, genap setahun selepas saya menjalani pembedahan untuk membuang fibroid dan rahim. Kisah cerita pembedahan tu anda boleh baca dalam story  ni. Alhamdulillah setelah setahun, saya amat mensyukuri nikmat sihat dan segala macam nikmat lain pemberianNya.  Alhamdulillah dah berisi sikit berbanding setahun sebelum ni yg sangat cengkung kerana kehilangan banyak darah akibat daripada fibroid yg menghimpit dinding rahim.   Masa sehari sebelum pembedahan, saya bertanya pada doktor, adakah saya boleh sihat. doktor jawab, lepas pembedahan ni, insha Allah awak akan lebih sihat dari keadaan awak skrg, malahan lebih sihat dari sebelum sebelum ni. Silap silap boleh pegi hiking. Dan baru baru ini, saya ber ansur ansur dalam membuktikan kata kata seorang doktor. Dan ye, alhamdulillah.memang saya dah boleh mula mendaki semula. Saya mendaki Bukit Harimau Menangis yang terletak di kemasik, daerah kemaman, Terengganu. Bukit ini dikategorikan bukit yang agak santai dan menjadi tempat latihan bagi ru

Rose concourse

Rose concourse. Nama nya seindah bunga nya.  Rose ini berwarna hijau. Sangat kecil. Dan sukar untuk bezakan antara warna bunga dan warna daun. Penjagaan setakat ni dalam jagaan saya baru dua bulan. Dan rose ini tidak banyak kerenah. Senang jaga.       Sukar kan nak kenal pasti mana bunga mana daun? Kena zoom dekat baru anda dapat lihat bunga nya. Memang rare. Saya first time menemukan id rose concourse ini sewaktu mencari rose hijau utk dijadikan koleksi taman terapi saya.  Kini, concourse adalah salah satu id favourite saya kerana keunikan bunga dan warna nya ❤️ Renek dan comel je saiz dia 💕  

Laman Terapi Rose Hawa

Lama saya tak menulis dalam blog ni. Bulan ogos ni, adalah genap setahun selepas saya menjalani pembedahan membuang fibroid dan rahim. Anda boleh baca cerita saya tentang ini dalam entry  ni. Dua bulan pertama selepas pembedahan memang masa saya memulihkan diri. Badan sangat kurus. Jadi cuba utk makan secara berselera. Tambah portion sikit dari jumlah biasa yg saya ambil. Alhamdulillah skrg berat badan dah jadi stabil semula ❤️ Selain tu, saya juga mencari hobi utk terapi diri. Sebab doktor kata, org yg kehilangan rahim biasa nya mengalami masalah kecelaruan emosi. Alhamdulillah saya mengurangkan tekanan dan gangguan emosi dengan menanam dan menjaga pokok ros ❤️ Walaupun masih jauh dari landskap impian, tapi saya sangat bersyukur dengan suasana yg saya nikmati di sini. Duduk di kerusi tu, menikmati bunga bunga yg berkembang indah memang suatu terapi yg mendamaikan jiwa.. Sedar tak sedar, dah ada 23 pasu ros semua nya. Bermula dari sepasu ros merah yang saya beli di cameron