Saya sudah lama tidak menjengah ke kebun di belakang rumah mak dan arwah abah. Sangat lama. Zaman kanak2 saya, memang dihabiskan di kebun ini, namun semakin dewasa, semakin jarang dan sudah bertahun tidak menjejakkan kaki.
Saya akui ini kelemahan saya. Sewaktu musim banjir melanda johor januari 2007, abah mengalami sedikit tekanan emosi kerana pokok2 tanaman nya habis mati di landa banjir. Berhari2 lama nya malah makan masa hampir berbulan juga abah berdiam diri, kurang berbual dan banyak termenung, sukar menerima hakikat kebun buah buahan nya menjadi seperti padang jarak padang tekukur. Pokok rambutan, pokok durian, pokok limau kasturi yang berpuluh puluh pokok, semua nya mati kerana akar terendam air melebihi seminggu.
Pada masa itu, saya sendiri langsung tidak terpanggil untuk menjengah, untuk melihat pokok apa yg masih berjaya hidup. Rupanya, pokok2 manggis tanaman abah, walau sudah terendam dan menunjukkan tanda2 hampir mati, namun pokok2 ini berjaya survive. Tak mati. Cuma mengambil masa hampir 10 tahun juga untuk kembali segar dan berbuah mengeluarkan hasil.
Tahun ini, tahun 2018, pokok2 manggis abah dan mak sebanyak 22 pokok semuanya mengeluarkan buah yang agak lebat. Cuma, kami anak cucu memang tak pandai nak menikmati hasilnya. Dek kerana kesibukan dan tanggungjawab masing2, Emak terpaksa mengupah pekerja untuk membantu mengait buah2 manggis yg banyak ini, dan menjualkan nya. Emak cuma kata, siapa yang nak makan manggis, balik lah. Itu je. Mak dah tak kuasa nak memaksa anak2 pulang huhuhuhu~~
Anak saya khadijah adalah penggemar utama buah manggis dalam family kecil saya. Berhari2 dia minta saya dan suami belikan dia buah manggis yg ada di jual di pekan paka ini. Bila akhirnya suami belikan juga, Saya bercakap dgn anak saya. "Nyai ada pokok manggis. Ibu tak pernah beli manggis selama ni. Selalu nya kalau nak makan, tunggu pokok nyai berbuah dan makan lah sepuasnya"
Demi mendengar kata saya, anak saya terus mengambil telefon saya dan menelefon neneknya. "Nyai, betul ke ada manggis kat rumah nyai?"
Dan di situ lah kami mengambil keputusan utk pulang ke kampung dlm tempoh cuti 2 hari dgn perjalanan yg jauh dan belum gaji huhuhuhu...
Aktiviti santai petang hari hahaha
Perjalanan 2 hari yg berbaloi. Menatap wajah emak yang gembira dengan kepulangan kami. Moga menjadi asbab keindahan dan ingatan yang baik serta manis di dalam memori emak, saya dan anak2. Terima kasih buat suami, yang membantu memandu dan merealisasikan perjalanan ini. Saya sayang dan kasih pada semua nya~♡

Anak2 mendapat pengalaman baru mengenali pokok manggis, dan memetik sendiri buah manggis dari pohon nya.
Happy ~😊
Aktiviti santai petang hari hahaha
Puas mengutip manggis dengan kereta sorong ni, budak2 ni paksa pulak si ayah menolak mereka dengan kereta sorong ni. Mujur tak patah je huhuhu
Perjalanan 2 hari yg berbaloi. Menatap wajah emak yang gembira dengan kepulangan kami. Moga menjadi asbab keindahan dan ingatan yang baik serta manis di dalam memori emak, saya dan anak2. Terima kasih buat suami, yang membantu memandu dan merealisasikan perjalanan ini. Saya sayang dan kasih pada semua nya~♡
Comments
Post a Comment