Berlangsung sudah perkhemahan badan beruniform peringkat sekolah bagi tahun 2018 ni. Perkhemahan tahun ni adalah antara perkhemahan sekolah yg dekat di jiwa saya dan paling bermakna kerana suasana nya yg betul2 back to nature. Perlu mandi dan bersih diri di sungai sepenuhnya. Kerana kemudahan tandas yg paling minima hahaha
Perkhemahan tahun ni asalnya di rancang di buat di Bukit Besi. Tapi atas beberapa masalah teknikal, last minit terpaksa ditukar ke lokasi baru di Pasir Raja. Lebih kurang 45 minit dari sekolah kami.
Perkhemahan tahun ni asalnya di rancang di buat di Bukit Besi. Tapi atas beberapa masalah teknikal, last minit terpaksa ditukar ke lokasi baru di Pasir Raja. Lebih kurang 45 minit dari sekolah kami.
Hutan lipur Bumbung Raja, kawasan paling hujung dalam Pasir Raja, daerah Dungun. Hutan bersebelahan nya sudah bukan milik Terengganu. hutan negeri Pahang.
bersebelahan tapak perkhemahan adalah sungai yg cantik lebar dan mempunyai kedalaman separas peha. Sgt sesuai utk aktiviti mandi manda dan berkelah bersama keluarga.
Luas juga kawasan tapak perkhemahan bumbung raja ni.
Mampu memuatkan peserta perkhemahan seramai 200 lebih pelajar.
Kawasan ni jauh dari pembangunan dan terletak di kawasan pedalaman. Maka laluan untuk sampai ke kawasan ini juga terlalu kecil dan tidak dapat dilalui oleh bas. Pihak sekolah telah menyewa lori milik warga tempatan utk kemudahan mengangkut para peserta keluar dan masuk tapak perkhemahan.
Cg rahimi selaku guru bertanggungjawab di bahagian kecemasan dan keselamatan yg menjadi driver nya. Memang terbaikk 😁
Kenangan. Teruja sungguh mereka menaiki lori ke tapak perkhemahan ni hehe
Pemilihan peserta perkhemahan diutamakan untuk pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 4 kerana pelajar2 ini di anggap sudah matang dan boleh berdikari serta survival berbanding pelajar2 tingkatan menengah rendah.
Untuk perkhemahan kali ini, saya terlibat secara langsung sebagai ajk bahagian pertandingan. Di tambah lagi saya juga merupakan guru penasihat pengakap. Maka, tahun ini, alhamdulillah kerana kesihatan yg baik, saya dapat berada di tapak perkhemahan dari hari pertama hinggalah ke hari terakhir perkhemahan. Habis semua ahli keluarga saya angkut sekali berkhemah 🤣🤣 si kecil baby saya nur shahida berumur 9 bulan waktu ni. Perkhemahan pertama dia 😁
Kami sampai ke tapak perkhemahan sudah maghrib kerana lewat bertolak dari paka. Suami setting semua brg gajet camping dia dalam suasana maghrib dan hujan renyai. Alhamdulillah lepas siap pasang, hujan berhenti dan suasana menjadi sgt damai dan tenang.
Sunyi waktu ni sebab ahli perkhemahan pergi untuk aktiviti pertama night walk. Anak2 saya Lukhman dan Noi pun join sama. Perjalanan lebih kurang 2 km melalui laluan biasa, dan patah balik melalui laluan air meredah menyusuri sungai. Dari pukul 930 malam hingga dekat pukul 1 pagi baru habis night walk tu. Oleh kerana masa petang tadi hujan lebat, jadi bila hujan dah berhenti, pacat2 sgt bermaharajalela di mana2. Memang pengalaman kepada budak2 ni apabila setiap seorang mendapat gigitan lebih dari se ekor pacat 😅😅 saya yang tak ke mana2 hanya berada di khemah pun kena gigit pacat hahahaha
Aktiviti pagi adalah jungle treking. Peserta dikehendaki menyeberangi sungai dan masuk ke hutan bersebelahan sungai. Aktiviti ni bermula pukul 9 pagi dan berakhir jam 12 tengahari. Anak2 saya noi dan lukhman ikut sekali lagi. Peserta tambahan hehehe
Barisan guru dan staf dmas yang turut sama dalam aktiviti jungle treking. Dari kiri, cg zamri, cg kamayi, cg shafie, pok sabu, dan cg man. Sebelah kanan sekali tu merupakan warga tempatan pasir raja. Penunjuk arah utk aktiviti ni.
Happy sungguh mereka ~ :)
Lihat sungai tu. Lebar kan. Guru2 pun memang tidak melepaskan peluang membawa ahli keluarga masing2 utk sama2 berkelah disini. Org kata, sambil menyelam minum air. Sambil bertugas sambil dpt berhibur juga bersama ahli keluarga masing2.
Lepas jungle treking, semua peserta di benarkan mandi di sungai utk membersihkan diri. Peserta lelaki dapat main air kejap je sebab mereka perlu bersedia utk solat jumaat. Peserta perempuan lah yg paling puas hati dpt main air sampai pukul 2 hahaha
Nampak tak ada pelantar di tepi sungai dalam gambar di atas. happy sungguh peserta2 lelaki menggunakan kemudahan pelantar yg disediakan.
Tak teringat nak ambil gambar jarak dekat, pelantar yg di bina utk kemudahan pelajar tu. Tapi memang di situlah tempat peserta2 lelaki enjoy melompat dan mandi manda. Di pelantar tu juga tempat anak2 saya menambat bot angin mereka. Ala2 menambat bot atau sampan di jeti seperti mana tokki mereka seorang nelayan dulu2, menambat bot menangkap ikan. Saya sendiri pun enjoy menggunakannya kerana feeling mcm zaman dulu2. Saya yg merupakan anak bongsu dalam keluarga, dilahirkan di dalam zaman paip air dirumah. memang tak berpeluang merasai memori membasuh kain dan pinggan mangkuk di sungai seperti mana zaman emak dan kakak sulung saya. Jauh sekali anak2 saya sendiri dpt melalui zaman tu 😊
Gambar sehari sebelum perkhemahan, gigih sungguh guru2 lelaki menyiapkan jeti tersebut. Untuk kemudahan pelajar mandi dan membersih diri terutama di waktu malam. Maklumlah tandas di kawasan ni hanya ada 2 je. Satu utk lelaki dan satu untuk perempuan. Jadi nak tak nak semua peserta kena mandi di sungai lah 😁 Tahniah cikgu2 lelaki 😊
Guru2 perempuan juga tak kurang hebatnya. Untuk perkhemahan ini, masakan di adakan secara berpusat. Senang untuk penyelenggaraan peralatan dan bahan makanan.
Cikgu zam, PK pentadbiran sekolah saya pun turut sama menyingsing lengan membantu memasak 😊
Bukan sahaja guru ajk masakan yg terlibat memasak, malahan guru2 lain yg berkesempatan juga sama2 berganding bahu membantu. jadual memasak juga ada dibuat secara agihan kepada semua peserta wanita mengikut giliran unit beruniform masing2.
Acara sebelah ptg selepas solat jumaat adalah acara masakan rimba. Pelajar dikehendaki memasak nasi, kentang, telur dan roti. Mancis yang dibekalkan pula adalah 3 batang mancis sahaja.
Team pengakap menjadi johan dalam pertandingan masakan rimba ini. Bergambar bersama barisan guru2 penasihat pengakap. Tahniah team pengakap 😍😍
Dua batang mancis je yg digunakan utk menyalakan api. Team pengakap memang terbaik ~ 😍
Hiasan masakan rimba dari kumpulan pengakap.
Persembahan masakan rimba dari kadet remaja sekolah.
Persembahan masakan rimba dari pbsm
Persembahan masakan rimba dari kadet polis.
Persembahan masakan rimba dari Pandu Puteri
Sebenarnya semua gambar2 ni saya ambil dari dalam group telegram sekolah hihi.. walaupun saya berkhemah sepenuh waktu di sana, tapi entah kenapa tak mengambil gambar walau sekeping pun. Gambar Masakan rimba ni pun ehsan sahabat guru saya eta syafiqa. Terima kasih eta sudi berkongsi gambar 😘
Malam kebudayaan pun takde ambil gambar. Tapi malam kebudayaan dimenangi oleh puteri islam yg membawakan sketsa bertema anak soleh. Memang menjadi sungguh lakonan watak utama nya.
Aktiviti pagi yang terakhir adalah aktiviti ikatan, simpulan dan balutan.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan pengurusan sekolah saya yg terlibat menjadi juri semua pertandingan semasa perkhemahan ini. Mereka semua beruniform lengkap semasa menjadi juri pertandingan. Terima kasih byk 😍
Majlis penutup perkhemahan telah dirasmikan oleh pengetua sekolah kami, tuan Md Nasir b. Haron.
Tuan pengetua bersama PK kokurikulum sekolah kami yg manis, ustazah Kamariah, dan Kem komanden cg zamri, dan cg shafie. Walaupun pk ko kami merupakan seorang ustazah, tapi beliau tetap komited melibatkan diri dan berada di tapak perkhemahan ini dari mula hingga selesai. Tahniah kak yah dengan kejayaan merealisasikan perkhemahan ni 😊😊
Tahniah semua!!~
Ini dia mastermind program, cg yusarimi selaku penyelaras program 😊
Perkhemahan sememangnya sesuatu yg menguji daya ketahanan fizikal dan mental para pelajar terutama anak2 zaman it ini. Perkhemahan ini membawa pelajar keluar dari zon selesa di rumah. pastinya akan menjadi satu kenangan manis buat mereka semua bila mereka besar nanti~♡
Comments
Post a Comment