Skip to main content

Semalam di kuala terengganu

Apa yg istimewanya di Kuala Terengganu semalam?

Istimewanya kerana buat pertama kali saya berjalan dengan hanya kelima-lima anak saya :)

Permulaan cuti sekolah seminggu pada hujung bulan Ogos 2017. Dihujungnya ada hari raya Aidiladha. Saya pula sedang menghabiskan baki terakhir cuti bersalin. Dalam tempoh beberapa hari lagi selepas buka cuti sek ni, saya akan mula bekerja semula. Jadi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berjalan2 bersama keluarga. Maklumlah baru habis pantang. Tapi suami saya nak pegi ride. Dah lama dia merancang ride ke Kemboja ini. Ride amal korban bersama teman-teman bikers nya dari Seremban.
Pose istimewa bersama anak2 sebelum bertolak. Saya kerah anak2 utk bangun semuanya di awal pagi cuti ni sebelum ayah mereka bertolak  supaya anak2 semua tahu ayah mereka nak pergi mana. Takdelah nanti asyik tanya saya "ayah ke mana ibu?" "ayah pergi mana ibu?"  


Semoga selamat dalam perjalanan pergi dan balik. Fi amanillah.



Maka, selepas pemergian suami, anak-anak bertanya. "Ibu, kita nak buat apa cuti ni?" 

"Entahlah", saya jawab acuh tak acuh.

"Ibu, takkan nak duduk rumah je. nanti kitorang main phone je ibu marah pulak", kata anak saya.

Saya diam. Kepala ligat berputar. Mampu ke saya membawa mereka berlima berjalan-jalan sendirian sedangkan saya pun baru je habis pantang. Belum dapat melasak lagi. Tapi, kesian juga dengan mereka. Sebab dah terbiasa, bila cuti memang akan ke mana-mana.

Hati masih tak berani. Maka kami hanya duduk memerap di rumah. bila malam, Lukhman dah mula tak berhenti merungut. Bosan lah, kenapa kita tak ke mana2lah..sampai hati ayah jalan2 tak ajak kita lah..itulah..inilah.. 

Bila dia dah mula merungut, dia akan mula mengungkit dan marah2 semua orang. Adik-adik dia dan saya juga yang merasa tempiasnya huhu. 

Selepas solat subuh esoknya, saya katakan pada dia, "ok. Kalau lukhman nak kita ke mana2.. Lukhman kena tolong ibu, Ibu rasa ibu tak mampu dengan adik-adik dan barang-barang lagi.

Dia jawab, "ok, boleh."

Maka, saya pun menyuruh mereka semua packing barang-barang mereka dan berkata kami akan bertolak lebih kurang jam 11 pagi. Lukhman benar2 mengotakan kata katanya. Dia membantu saya vacuum bilik sebelum pergi, membantu mengemas toto dan selimut, mengerah adik2 dengan tugasan2 yg bersesuaian, mengutip sampah2 dari tong2 sampah dalam rumah kami, dan menyusun atur barang-barang di dalam kereta.  Terima kasih Lukhman.

Sasaran saya hanyalah membawa mereka ke kolam di TER(Terengganu Equestrian Resort) dan menginap di paddock inn milik TER. Saya pernah menginap di situ dengan bayaran RM75 satu bilik. Tetapi saya terlupa yang sekarang ini adalah cuti sekolah hihi jadi tiada bilik kosong di situ. Jadi saya pun membuat keputusan untuk check in di The Regency Waterfront yang memang berhadapan dengan kolam renang tersebut. Cuma mahal lah sikit harganya huhu


Yang penting melihat kegembiraan yang terpancar di wajah anak-anak bila sampai ke bilik hotel :)



Tak sempat dah nak ambil gambar2 suasana dalam hotel . Maklumlah hanya mengurus anak-anak saja hihi. Jadi pinjam gambar dari website the regency hotel. View dari udara. Cafe hotel yang terapung di atas tasik sangat mengujakan. Anak-anak memberi ikan makan roti di tasik dari beranda cafe. 



Gambar kolam renang di TER. Sebenarnya kolam ini bukan terletak di dalam hotel regency tu. tetapi kolam ini merupakan kolam renang milik kompleks sukan TER. Jika pengunjung tidak menginap di hotel, pengunjung boleh juga mandi di kolam ini dengan bayaran tiket rm5.80. Tapi bagi penghuni Hotel Regency dan Hotel TER, kami dapat masuk ke kolam dengan percuma. hanya perlu menunjukkan bukti kupon untuk masuk.

Happy sungguh anak-anak saya dapat melakukan aktiviti kegemaran mereka. 
Fateh seronok sangat dan asyik menjerit-jerit keriangan. Syukur Allah beri saya kekuatan untuk sampai ke sini membawa anak-anak.

 Anak-anak bermain kolam sehingga menjelang maghrib. Kolam ditutup pada pukul 7 malam. Selesai solat maghrib, saya dan anak-anak keluar untuk makan malam. Kami singgah di pantai batu buruk kerana saya telah berjanji dengan noi dan fateh untuk bermain di taman permainan disitu.


 Di pantai ini, banyak penunggang kuda yang menawarkan khidmat menaiki kereta kuda atau menaiki kuda. Terpulang kepada pilihan masing-masing. Kami menaiki kereta kuda berhias lampu yang cantik, dengan bayaran serendah rm3 untuk kanak-kanak dan rm5 untuk dewasa.






Alhamdulillah, saya bersyukur kerana diberi kekuatan dan keberanian untuk menghiburkan anak-anak saya. Allah mengizinkan saya berjalan-jalan dengan anak-anak permata hati saya tanpa ditemani orang dewasa lain. Saya tidak lepas dari diuji dengan pelbagai kerenah anak-anak seusia mereka, bergaduh, menangis, berlari ke sana sini teruja dengan tiap-tiap sesuatu yang menarik perhatian. Namun demikian, Segalanya tetap sangat menyenangkan dan menggembirakan kerana mereka merupakan anak-anak yang baik dan mendengar kata. Terima kasih, Allah :)

Ibu sayang kamu berlima.




Comments

Popular posts from this blog

Tema colour blocking untuk hari guru 2018

         Sambutan hari guru tahun ni meriah sungguh dengan pelbagai warna warni pakaian guru2 smk durian mas. Tema colour blocking sememangnya tema yg menarik kerana guru2 dikehendaki memakai pakaian yg berbeza2 dan kontra warna nya. Tidak boleh sama kaler tudung dgn kaler baju dengan kaler kain dengan kaler kasut dengan kaler handbag hehehehe memang puas juga lah membuka wardrobe dan menyuai padan semua kaler2 baju sedia ada hihihi 😁         Semua rakan guru tak kira lelaki atau wanita mmg bersatu hati memenuhi kehendak tema. Saya kebetulan merupakan guru bertugas minggu ni. Jadi tak dpt sama2 berselfie masa pagi sebelum semua guru bersedia berarak dan masuk ke dewan dmas. Anggun, jelita, hensem, gojes semua rakan2 guru 😍 colourful hehehe Walaupun kami bertugas mengawal murid2, nak selfie jugak hahahaha Aktiviti hari guru adalah seperti masa2 sambutan yg lalu, membaca perutusan dari pihak2 atasan seperti kppm dan jpn, sukaneka, persembah

Fibroid : Wanita tanpa rahim

Ini cerita saya yg terkini. 2019 yg penuh memori. Gambar harini, first day kerja, 3 minggu selepas pembedahan. Muka nampak cengkung dan kurus sgt. Saya hilang byk berat badan dek kerana hilang byk sgt darah sebelum ni. Harap lepas ni dpt berisi sikit hehe Hari ini genap 3 minggu selepas saya membuat pembedahan buang fibroid dan rahim. Hari ni juga hari pertama saya mula bekerja semula. Alhamdulillah  dapat kelulusan untuk duduk mengajar di bilik khas bilik APD( alat pandang dengar) sepanjang 2 minggu akan datang ni. Jadi tak perlu naik tangga turun tangga untuk ke kelas2 pelajar. Hanya duduk di sini dan menunggu pelajar2 saya datang. Walaupun secara keseluruhan nya saya merasa sihat dan sudah boleh mula bekerja, tetapi kena juga menjaga kesihatan supaya tak mendatangkan apa2 mudarat. Jangan berjalan banyak, jangan berjalan laju sgt, dan jangan angkat benda2 yg berat. Sekurang2nya sebulan setengah kata doktor. Sebab tu saya mohon izin duduk bilik ni buat sementara. Men

20 Aktiviti untuk Pelajar Pasca PT3

Setelah selesai Pentaksiran PT3, waktu persekolahan masih ada berbaki lagi sebulan lebih bagi pelajar-pelajar tingkatan 3. Nak belajar lagi? Rasanya inilah ruang dan waktu untuk mereka melepaskan tekanan selepas berusaha bersungguh-sungguh belajar dari awal tahun untuk memastikan kecemerlangan dalam pencapaian akademik mereka.  Apa yang boleh dilakukan oleh para pelajar? Aktiviti yang masih berada dalam skop pembelajaran, pdp luar bilik darjah. Sekolah saya telah menetapkan bahawa pelajar-pelajar ini akan di kawal selia oleh satu unit panitia sekurang-kurangnya 3 kali pertemuan di sepanjang tempoh program pasca. Guru-guru yang terlibat akan merancang dan menjalankan aktiviti sepanjang waktu pdp sehari bersama panitia yang ditetapkan. Berikut saya kongsikan antara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan oleh pelajar pasca pt3 2017 sekolah saya. 1. English Day Carnival     Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang sehari ini ialah explorace dan treasure hunt. 2