Skip to main content

Trip Jelajah Selatan Thailand - Hatyai hari ke 4

Selepas menghabiskan sepetang di Samila Beach, Songkhla,(anda boleh baca entry tersebut di sini ) kami meneruskan perjalanan ke Hatyai pula. Hatyai juga merupakan salah satu dari bandar di dalam wilayah Songkhla. Hatyai merupakan kota metropolitan terbesar di selatan Thailand, dan kota metropolitan ketiga terbesar di Thailand. Pusat pentadbiran banyak terletak di utara Songkhla, manakala kawasan urusniaga(industri bisnes) banyak di Hatyai.

Hatyai asalnya merupakan suatu perkampungan kecil yang biasa, tapi kemudiannya berkembang secara luar biasa sejak kewujudan stesen keretapi yang menjadi penghubung utama di Selatan Thailand. Malahan keretapi Malaysia iaitu KTM juga menjadikan stesen Hatyai sebagai stesen terakhir. Maknanya, sesiapa dari Malaysia boleh masuk ke Thailand dengan menaiki keretapi sehingga ke stesen Hatyai.



Ketika sampai di Hatyai, jam telah menunjukkan pukul 7 malam waktu Malaysia, bermaksud pukul 8 malam waktu Thailand. Kami terus menuju ke pusat bandar Hatyai, pusat yang menjadi tumpuan pelancong untuk pelbagai tujuan, hiburan, shopping atau sebagainya. Perkara paling utama yang kami cari ialah tempat penginapan. Memandangkan kami tiba di Hatyai ini adalah pada jumaat malam sabtu, kebanyakan hotel di kawasan tumpuan telah penuh. Sahabat bikers suami pernah berpesan, di Hatyai, jangan senang-senang memilih sebarang hotel/motel, kerana nanti di tengah malam pintu hotel akan diketuk oleh wanita-wanita seksi thailand yang mencari pelanggan. Maklumlah kami datang sekeluarga, membawa anak-anak. Situasi ini tentu tidak sesuai jika dilihat oleh anak-anak.

Maka kami sepakat untuk mencari hotel lain. Sahabat suami mencadangkan hotel meridian hatyai. Alhamdulillah ada kekosongan.



Selepas selesai mendapatkan penginapan, kami terus menaiki tut tut iaitu kenderaan teksi yang popular di Thailand untuk ke night market.

Pinjam gambar tut tut dari google sebab dah tak ingat nak ambik gambar. Anak-anak dah ngantuk time ni, dah jam 9 malam waktu malaysia, 10 malam jam Thailand. Kalau tak mengenangkan kami cuma ada malam ni je di Hatyai, tentu kami dah tak keluar dah ke mana-mana malam ni sebab letih. Tapi sebab esok dah nak balik Malaysia, tu yang gagah juga heret anak2 empat org tu. 

Udang galah dan pulut mangga.

Sepiring udang yang besar-besar ni harganya 200 baht, bermaksud lebih kurang RM20 duit Malaysia.

Muka anak-anak pun dah monyok je. Dah penat maka takde mood nak senyum dah.


Gambar-gambar di night market pun dah tak ambil dah huhu. Kalau ikutkan hati saya dan suami, macam2 nak diborong sebab di night market ni sgt byk barang2 menarik utk shopping. Kain baju, kasut, handbeg, aksesori hiasan rumah dan macam-macam lagi lah.  Kami hanya menjamu selera dan membeli sedikit ole2 pakaian dan cenderamata untuk sanak saudara.


Ke esokan harinya, kami menuju ke santuari gajah, Chang Puak Camp. Sebenarnya sangat banyak tempat-tempat menarik di Hatyai, antaranya Hatyai cable car, Budhist Temple Hat Yai Nai yang merupakan temple  yang mempunyai patung budha ketiga terbesar di dunia, Magic eye 3D museum, Hatyai Ice Dome,  namun kerana masa yang suntuk, kami memilih dua tempat saja yang memang jelas tiada di Malaysia. Santuari Gajah Chang Puak Camp dan Klong Hae Floating Market.


                          










Gajah-gajah ini membawa penumpang menyeberangi tasik kecil. Rasa terhoyong hayang juga ketika ini, takut terjatuh ke dalam air hehe

 


Selepas puas menghabiskan waktu di santuari ini, kami bergerak pula ke destinasi terpilih seterusnya, iaitu Klong Hae floating market. Apa yang menarik tentang Klong Hae ini ialah, gerai menjual pelbagai aneka makanan yang di jual dari atas perahu saja.


Kedai menjual tembikar. Penjual air di perahu menggunakan tembikar sebagai ganti plastik untuk bekas air minuman. 



Sushi juga ada di jual dari dalam salah satu perahu di sini hehehehe

Merenung suasana yang riuh, namun mendamaikan. Tenang sungguh di sini :)




Anak-anak mengambil peluang berehat di dalam ferris wheel dan mengambil gambar pemandangan kawasan floating market sementara menunggu saya dan suami membeli beberapa barangan dan cenderamata. 

  

Contoh tembikar yang dijadikan bekas minuman. Bekas minuman siap dengan air yang pelbagai mengikut citarasa, dijual dengan harga 30 baht sahaja. Maksudnya air dan bekas tembikar tu sekitar RM3 sahaja. Kalau pasu macam tu di malaysia, mungkin dah RM10 (baru dapat pasu sahaja haha)

Suami makan roti tisu perisa coklat. Besar dan sedap nyum nyumm~~


 


Lihat bas-bas yang bersusun di belakang suami saya tu, semuanya bas dengan plat Malaysia dan Singapura. Memang ramai sungguh pelancong yang hadir ke sini. Seronok!

Perjalanan pulang kami melalui jalan-jalan di sekitar hatyai dan terus menghala ke Dannok, sempadan antara Malaysia Thailand yang terletak di bandar Sadao.



Di Pekan Dannok. Pekan Dannok ni merupakan syurga kecil bagi golongan lelaki yang mencari hubungan tak halal, kerana industri utama di sini adalah industri pelacuran. Bergambar seketika untuk makan malam di sini sambil mencari lagi ole2 untuk para isteri (wink wink) baju2 seksi pelbagai rupa sangat banyak dan sangat terbuka dijual di sini. Harga pun jauh sangat2 murah. Ole2 dari sini yang di nanti2kan oleh anak2 saudara saya yang perempuan(yang dah berkahwin saje tau :p )
Eh eh hadiah ni tak salah tau. Untuk keharmonian rumah tangga juga hahahahha~


Selesai sudah menyeberangi imigresen Dannok, kini keluar ke Malysia melalui sempadan Bukit kayu Hitam. Kembali sudah kami ke Malaysia, setelah jelajah 4 hari yang ternyata sangat padat namun menggembirakan. Jika ada kesempatan, pasti kami akan pergi lagi menjelajah Thailand kerana masih banyak lagi tempat-tempat yang belum kami lawati. Ini baru dari Golok- Narathiwat-Pattani-Songkhla-Hatyai-Dannok , belum lagi ke wilayah Yala yng juga terletak di selatan Thailand. Dan jika berpeluang, mungkin hendak naik lagi ke Krabi dan ke Bangkok. Mana tahu kan, rezeki dan kesempatan itu Allah yang beri.  :)  :)   :)










Comments

  1. seronok bace cerita kak hawa...lame dah saye xupdate blog..berhabuk..bz sgtla kununnyee...

    ReplyDelete
  2. salam, takda masalah ya klau kt masuk dari golok kluar nanti di danok..
    takut kena kluar masuk dari tempat yang sama :)

    ReplyDelete
  3. salam, takda masalah ya klau kt masuk dari golok kluar nanti di danok..
    takut kena kluar masuk dari tempat yang sama :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. takde masalah nak keluar masuk ikut pintu imigresen mana satu. Yang penting semua dokumen lengkap seperti yang di minta :)

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tema colour blocking untuk hari guru 2018

         Sambutan hari guru tahun ni meriah sungguh dengan pelbagai warna warni pakaian guru2 smk durian mas. Tema colour blocking sememangnya tema yg menarik kerana guru2 dikehendaki memakai pakaian yg berbeza2 dan kontra warna nya. Tidak boleh sama kaler tudung dgn kaler baju dengan kaler kain dengan kaler kasut dengan kaler handbag hehehehe memang puas juga lah membuka wardrobe dan menyuai padan semua kaler2 baju sedia ada hihihi 😁         Semua rakan guru tak kira lelaki atau wanita mmg bersatu hati memenuhi kehendak tema. Saya kebetulan merupakan guru bertugas minggu ni. Jadi tak dpt sama2 berselfie masa pagi sebelum semua guru bersedia berarak dan masuk ke dewan dmas. Anggun, jelita, hensem, gojes semua rakan2 guru 😍 colourful hehehe Walaupun kami bertugas mengawal murid2, nak selfie jugak hahahaha Aktiviti hari guru adalah seperti masa2 sambutan yg lalu, membaca perutusan dari pihak2 atasan seperti kppm dan jpn, sukaneka, persembah

Fibroid : Wanita tanpa rahim

Ini cerita saya yg terkini. 2019 yg penuh memori. Gambar harini, first day kerja, 3 minggu selepas pembedahan. Muka nampak cengkung dan kurus sgt. Saya hilang byk berat badan dek kerana hilang byk sgt darah sebelum ni. Harap lepas ni dpt berisi sikit hehe Hari ini genap 3 minggu selepas saya membuat pembedahan buang fibroid dan rahim. Hari ni juga hari pertama saya mula bekerja semula. Alhamdulillah  dapat kelulusan untuk duduk mengajar di bilik khas bilik APD( alat pandang dengar) sepanjang 2 minggu akan datang ni. Jadi tak perlu naik tangga turun tangga untuk ke kelas2 pelajar. Hanya duduk di sini dan menunggu pelajar2 saya datang. Walaupun secara keseluruhan nya saya merasa sihat dan sudah boleh mula bekerja, tetapi kena juga menjaga kesihatan supaya tak mendatangkan apa2 mudarat. Jangan berjalan banyak, jangan berjalan laju sgt, dan jangan angkat benda2 yg berat. Sekurang2nya sebulan setengah kata doktor. Sebab tu saya mohon izin duduk bilik ni buat sementara. Men

20 Aktiviti untuk Pelajar Pasca PT3

Setelah selesai Pentaksiran PT3, waktu persekolahan masih ada berbaki lagi sebulan lebih bagi pelajar-pelajar tingkatan 3. Nak belajar lagi? Rasanya inilah ruang dan waktu untuk mereka melepaskan tekanan selepas berusaha bersungguh-sungguh belajar dari awal tahun untuk memastikan kecemerlangan dalam pencapaian akademik mereka.  Apa yang boleh dilakukan oleh para pelajar? Aktiviti yang masih berada dalam skop pembelajaran, pdp luar bilik darjah. Sekolah saya telah menetapkan bahawa pelajar-pelajar ini akan di kawal selia oleh satu unit panitia sekurang-kurangnya 3 kali pertemuan di sepanjang tempoh program pasca. Guru-guru yang terlibat akan merancang dan menjalankan aktiviti sepanjang waktu pdp sehari bersama panitia yang ditetapkan. Berikut saya kongsikan antara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan oleh pelajar pasca pt3 2017 sekolah saya. 1. English Day Carnival     Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang sehari ini ialah explorace dan treasure hunt. 2