Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

Trip Jelajah Selatan Thailand - Hatyai hari ke 4

Selepas menghabiskan sepetang di Samila Beach, Songkhla,(anda boleh baca entry tersebut di sini ) kami meneruskan perjalanan ke Hatyai pula. Hatyai juga merupakan salah satu dari bandar di dalam wilayah Songkhla. Hatyai merupakan kota metropolitan terbesar di selatan Thailand, dan kota metropolitan ketiga terbesar di Thailand. Pusat pentadbiran banyak terletak di utara Songkhla, manakala kawasan urusniaga(industri bisnes) banyak di Hatyai. Hatyai asalnya merupakan suatu perkampungan kecil yang biasa, tapi kemudiannya berkembang secara luar biasa sejak kewujudan stesen keretapi yang menjadi penghubung utama di Selatan Thailand. Malahan keretapi Malaysia iaitu KTM juga menjadikan stesen Hatyai sebagai stesen terakhir. Maknanya, sesiapa dari Malaysia boleh masuk ke Thailand dengan menaiki keretapi sehingga ke stesen Hatyai. Ketika sampai di Hatyai, jam telah menunjukkan pukul 7 malam waktu Malaysia, bermaksud pukul 8 malam waktu Thailand. Kami terus menuju ke pusat bandar Hatyai

Trip Jelajah Selatan Thailand - Pattani dan Songkhla Hari ke 3

Ini entry ke tiga, Jika ingin baca entry kedua laluan Narathiwat, boleh baca di sini . Atau jika ingin baca entry ketika di golok hari pertama, boleh baca di sini . Kami tiba di Pattani dah senja. Terus menuju ke hotel yang telah ditempah oleh suami iaitu C.S Pattani Hotel . Hotel ini merupakan hotel yang mendapat kedudukan pertama di antara hotel-hotel di Pattani. Hotel ini mempunyai kolam, salah satu syarat wajib untuk anak-anak kami huhuhu Nasi kerabu yang sangat istimewa. Sedaappppp~~ Antara menu sarapan pagi yang unik di hotel ini. Sebenarnya first time  jumpa nasi kerabu sebagai menu pagi hotel. Excited saya bila nampak ni. waahhh Sata!! tapi suami kata bukan. Itu pulut panggang sebenarnya tapi di bungkus seperti sata hihihihi lain padang lain belalang. jauh perjalanan luas pandangan hehe Suasana pemandangan kolam di C.S Pattani Hotel Anak-anak mandi kolam dengan gembiranya. Dua jam saja masa yang kami berikan untuk mereka mandi. Itupun katanya tak cuku