Menghabiskan hujung minggu berehat bersama keluarga..adalah sesuatu yang sangat menggembirakan. Lokasi kami di Seremban membolehkan kami menikmati beberapa kemudahan perkelahan yang bersesuaian, ekonomi dan tidak perlu pergi jauh. Jika ingin ke air terjun, Hutan lipur Ulu Bendul hanya sekitar 15 minit. Jika ingin menikmati nyamannya pantai, Port Dickson hanya dalam 25 minit. Ada juga Kolam Air Panas Pedas yang lebih dekat, dalam 10 minit dari rumah.
Hujung minggu bermulanya cuti sekolah, saya dan suami bersepakat melayan anak mandi manda di Port Dickson. Lokasi yang sering menjadi pilihan kami ialah Pantai Laguna Biru, atau Blue Lagoon yang terletak dalam 4 km melepasi Politeknik Port Dickson, dari arah Teluk Kemang.
Hujung minggu bermulanya cuti sekolah, saya dan suami bersepakat melayan anak mandi manda di Port Dickson. Lokasi yang sering menjadi pilihan kami ialah Pantai Laguna Biru, atau Blue Lagoon yang terletak dalam 4 km melepasi Politeknik Port Dickson, dari arah Teluk Kemang.
Kawasan Blue lagoon ini kelihatan seperti teluk, terlindung dari angin kencang, dan ada pokok2 untuk menumpang teduh. Kawasan letak kereta pun dekat je dengan pantai. Ada juga kedai-kedai jualan walaupun tidak sebanyak di Teluk Kemang.
Sebenarnya kami tiba di sana dalam tengahari juga, sebab berjalan-jalan di Teluk Kemang dulu. Bila kami sampai ke Blue Lagoon, air sedang surut dan laut saujana mata memandang. Anak2 berlari2 mengejar ketam dan siput yg ada di kawasan air surut. Menjelang petang, bila air dah memenuhi kawasan teluk, barulah rancak perkhidmatan-perkhidmatan seperti kayak dan banana boat di naiki pengunjung.
Anak-anak dah puas mandi manda, minta ayahnya membawa mereka menaiki kayak. Bayaran menaiki kayak ini ialah RM10 untuk sekali naik. Kawasannya pun tenang tidak ada ombak besar, dan saya tahu kawasannya tidaklah sedalam mana, jadi tidaklah terlalu bimbang untuk melepaskan anak2 saya menaikinya. Lagipun si ayah memang mempunyai ilmu dan kemahiran mengendalikan kayak kerana memang terlibat secara aktif dalam sukan ini suatu ketika dulu.
Encik suami je yang mengayuh. 2 orang anak bujang saya berkongsi tempat duduk.
Muka teruja anak2 kerana dapat menikmati pengalaman menaiki kayak kali pertama.
Lihat orang2 yang berenang tu, takdelah dalam sangat kawasan ni.
Si Yussuf tak sabar nak bangun keluar dari kayak. Ayahnya kata, bising dia takutkan shark bila jauh sikit ke tengah. Cepat2 ajak balik hahaha
Teruja melihat ikan-ikan kecil yang ada berenang di tepi kayak.
Mendedahkan anak2 dengan pengalaman sebegini akan memberikan kenangan manis kepada mereka dan memupuk semangat berani, serta mencintai alam sekitar. Nanti lain kali bila dah lebih besar, ibu benarkan korang berkayak dua orang pula ya. Ibu pulak nak share kayak dengan ayah tau! yang ni, ibu kena tengok dari tepi je huhuhuhu...ibu nak join gak~~~
Wah ... seronoknya .. patut ibu pun berkayak juga ngan noi ..
ReplyDeleteBerkayak mmg seronok...tgu noi besar sket leh berkayak dgn ibu die...
ReplyDeleteBest nya .. siap ada kayak..
ReplyDeleteNice blog...
Taxi to LCCT, KLIA
Call us +60 017 878 0027