Skip to main content

Memori Hari Guru, dan Sha..

             Fuhhh~~~ akhirnya tamat sudah sesi persekolahan 2013. Bermula hari ini, pelajar-pelajar seluruh Malaysia dari pra sekolah sehinggalah ke Tingkatan 4 akan mula bercuti selama sebulan lebih, sebelum memasuki tahun baru 2014.

            Walaupun rutin ke sekolah dan mengajar direhatkan seketika, tetapi masih ada beberapa kerja-kerja sebagai guru Math yang belum saya selesaikan, iaitu memasukkan PBS ke dalam sistem online (tak dapat siapkan sebab sistem menghadapi beberapa masalah teknikal ) dan satu lagi ialah kursus KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) atau nama lainnya sebelum ini, HOTs (High Order Thinking Skill). Kursus ini perlu dihadiri 30 jam dan akan bermula minggu depan 18hb Nov hingga 22 Nov bagi Daerah Kuala Pilah.

            Sesi persekolahan 2013 meninggalkan beberapa warna warni yang melakari kanvas kehidupan saya sebagai pendidik. Antaranya anugerah sempena hari guru. Buat pertama kalinya di anugerahkan sebagai Tokoh Guru kategori perempuan. Sangat terharu! Terima kasih tidak terhingga kepada pelajar-pelajar anak didik yang telah mengundi. Sehari selepas majlis hari guru tu, anak murid saya si Badrul bocor rahsia.
 "saya ambil banyak kertas undi dan tulis nama cikgu banyak-banyak. Saya lah pengundi hantu cikgu," katanya sambil tersengih. Huhuhuhu saya ada pengundi hantu? hebat..hebat :) kelakar sungguh kamu ni Bad. Apapun terima kasih sebab membolehkan saya merasa ke ter uja an itu hahahah (balik rumah suami saya tak percaya tau! hingga saya tunjukkan hadiahnya :)

Hadiah Tokoh Guru (P) 2013. Terima kasih kepada Huda selaku ajk hadiah. Dia memang tahu saya suka membaca. Hadiah buku ini amat bermakna kepada saya. 

Ada bukti dalam buku ni, baru suami saya percaya huhu


Noi tersengih tak sabar nak 'serang' hadiah :)  Penghargaan hadiah ni memanglah satu yang menggembirakan, seronok dihargai dan di rai, tapi tidak semua pelajar berkemampuan untuk memberi. Buat anak murid saya, terima kasih yang tak terhingga kerana walaupun tanpa hadiah, saya tetap menghargai kasih sayang yang  kalian tunjukkan kepada saya.


Ok ada satu perkara lagi. Saya diberikan anugerah kedua, iaitu Guru paling bling-bling! Hahaha~ Tahun ini tema kami ialah Bling-Bling glamour. Tapi rakan-rakan guru di sekolah saya memang sangat sopan, menjaga tatasusila dan tidak berpakaian menonjol diri. Pakaian kerja yang selesa, ringkas dan tidak mencolok mata. Cuma dek kerana over sangat nak mengikut tema, saya ni terlebih lajak berselendang bagai. Itu yang boleh dapat anugerah ni hihihi 

Selesai tentang hari guru. Pada pengumuman pertukaran guru bulan jun yang lalu, saya telah kehilangan seorang rakan guru kerana permohonan beliau ke Seremban telah diluluskan. Sha, rakan pertama yang rapat dengan saya di sekolah ini. Kami sama-sama berulang alik dari Seremban ke Kuala Pilah selama 4 tahun 6 bulan. 
                                      

                                       


          Perjalanan hampir setiap hari selama 2 jam pergi dan balik, menyebabkan hubungan kami sangat-sangat rapat. Berkongsi cerita, berkongsi perasaan, bergelak ketawa, menangis, saling memberi semangat. Dalam tempoh itu saya mengenalinya sebagai single, kemudian berpasangan, bertunang, berkahwin dan memiliki seorang cahaya mata. Sangat banyak kenangan bersama, antaranya tayar keretanya pancit, kami sama-sama menunggu sehingga kedai tayar dibuka. Masa jalan bukit putus lama, sha mengasah skill memandunya.Potong lori di selekoh bukit putus! Bekerjasama dalam pelbagai hal disekolah. Ajk Kelab Guru Tensta, berkongsi tips dan cara menangani pelajar kerana kebanyakan kelas kami mengajar pelajar yang sama. Aduh memang sukar nak senaraikan semuanya di sini. Yang penting, kehilangannya sebagai rakan sekereta memang amat-amat saya rasai. 
         Buat Sha, akak memang sangat merindui leteran dan perbualan kita di dalam hari-hari perjalanan kita yang lalu. Namun, setiap perpisahan dan penghijrahan itu adalah ketetapan Allah, kerana sememangnya Dia lah yang lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita. Moga Sha sentiasa positif, kekal ceria dan menyenangkan walau di mana pun Sha berada. (Lama akak hutang entry ni. Setiap kali nak taip je, rasa  leleh air mata~~ huhuhu)
                                
Album 5 sains dalam facebook anak murid, dedikasi buat cikgu Shaliza. Tiqah jangan marah ye saya pinjam gambar.

Kenangan ketika Family Day di Rompin Beach Resort tahun 2010.

Terima kasih diatas segala kenangan, Sha. Moga kekal sahabat selamanya.




Comments

  1. Sha, sahabat untuk selamanya...

    ReplyDelete
  2. CIkgu siti hawa n puan shaliza the most best teacher ^^ . thanks lot cikgu

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. luv u cik awe...smoga persahabatan kekal selamanya...
    kalo nk dibukukan mmg da bole wat buku perbualan kite spjg perjalanan...nasihat, semangat, perkongsian suka dan duka... itu sume yg menjadikan perjalanan kite tu singkat dan menyeronokkan sepanjang perjalanan..kak awe pasti sy rindui...

    ReplyDelete
  5. sy yea yg komen kt atas tu cik awe...hehehee...^sha^

    ReplyDelete
  6. Rindu ngn k.hawa...berkongsi cerita...skg tggl sy jelah kt jelai..yg lain semua dh pindah...chin pun mngkin akan dpt pindah jgk...sedih...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tema colour blocking untuk hari guru 2018

         Sambutan hari guru tahun ni meriah sungguh dengan pelbagai warna warni pakaian guru2 smk durian mas. Tema colour blocking sememangnya tema yg menarik kerana guru2 dikehendaki memakai pakaian yg berbeza2 dan kontra warna nya. Tidak boleh sama kaler tudung dgn kaler baju dengan kaler kain dengan kaler kasut dengan kaler handbag hehehehe memang puas juga lah membuka wardrobe dan menyuai padan semua kaler2 baju sedia ada hihihi 😁         Semua rakan guru tak kira lelaki atau wanita mmg bersatu hati memenuhi kehendak tema. Saya kebetulan merupakan guru bertugas minggu ni. Jadi tak dpt sama2 berselfie masa pagi sebelum semua guru bersedia berarak dan masuk ke dewan dmas. Anggun, jelita, hensem, gojes semua rakan2 guru 😍 colourful hehehe Walaupun kami bertugas mengawal murid2, nak selfie jugak hahahaha Aktiviti hari guru adalah seperti masa2 sambutan yg lalu, membaca perutusan dari pihak2 atasan seperti kppm dan jpn, sukaneka, persembah

Fibroid : Wanita tanpa rahim

Ini cerita saya yg terkini. 2019 yg penuh memori. Gambar harini, first day kerja, 3 minggu selepas pembedahan. Muka nampak cengkung dan kurus sgt. Saya hilang byk berat badan dek kerana hilang byk sgt darah sebelum ni. Harap lepas ni dpt berisi sikit hehe Hari ini genap 3 minggu selepas saya membuat pembedahan buang fibroid dan rahim. Hari ni juga hari pertama saya mula bekerja semula. Alhamdulillah  dapat kelulusan untuk duduk mengajar di bilik khas bilik APD( alat pandang dengar) sepanjang 2 minggu akan datang ni. Jadi tak perlu naik tangga turun tangga untuk ke kelas2 pelajar. Hanya duduk di sini dan menunggu pelajar2 saya datang. Walaupun secara keseluruhan nya saya merasa sihat dan sudah boleh mula bekerja, tetapi kena juga menjaga kesihatan supaya tak mendatangkan apa2 mudarat. Jangan berjalan banyak, jangan berjalan laju sgt, dan jangan angkat benda2 yg berat. Sekurang2nya sebulan setengah kata doktor. Sebab tu saya mohon izin duduk bilik ni buat sementara. Men

20 Aktiviti untuk Pelajar Pasca PT3

Setelah selesai Pentaksiran PT3, waktu persekolahan masih ada berbaki lagi sebulan lebih bagi pelajar-pelajar tingkatan 3. Nak belajar lagi? Rasanya inilah ruang dan waktu untuk mereka melepaskan tekanan selepas berusaha bersungguh-sungguh belajar dari awal tahun untuk memastikan kecemerlangan dalam pencapaian akademik mereka.  Apa yang boleh dilakukan oleh para pelajar? Aktiviti yang masih berada dalam skop pembelajaran, pdp luar bilik darjah. Sekolah saya telah menetapkan bahawa pelajar-pelajar ini akan di kawal selia oleh satu unit panitia sekurang-kurangnya 3 kali pertemuan di sepanjang tempoh program pasca. Guru-guru yang terlibat akan merancang dan menjalankan aktiviti sepanjang waktu pdp sehari bersama panitia yang ditetapkan. Berikut saya kongsikan antara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan oleh pelajar pasca pt3 2017 sekolah saya. 1. English Day Carnival     Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang sehari ini ialah explorace dan treasure hunt. 2