Pada permulaan cuti sekolah yang lalu, saya dan semua ahli panitia matematik sekolah telah dipanggil untuk menghadiri kursus KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi), yang diadakan di PPD Kuala Pilah. Kursus KBAT ini merupakan kursus yang wajib dihadiri oleh semua guru Matematik dan Sains sekolah menengah di Malaysia. Kursus ini wajib dihadiri selama 30 jam. Kami berkursus selama 5 hari , dari isnin hingga jumaat. Apa itu KBAT? KBAT adalah nama lain kepada HOTs(saya pernah buat satu entry berkaitan HOTs sebelum ini, anda boleh baca di sini ) Kenapa kursus KBAT ini begitu penting? Kursus ini memberi beberapa pendedahan kepada guru-guru tentang teknik-teknik yang boleh mereka aplikasikan sewaktu PdP, mendedahkan mereka dengan cara-cara penyediaan soalan mengikut standard peperiksaan, memperkenalkan bentuk-bentuk soalan yang dikatakan ber aras tinggi, menjawab pelbagai persoalan berkaitan soalan rutin atau bukan rutin. Paling penting sekali, menyediakan pelajar-pelaja
Life.. uncertainty.. Nothing is particularly hard if u divided it into small jobs