Skip to main content

Mendaki Gunung Angsi Negeri Sembilan


              Sejak mengajar di Kuala Pilah dan tinggal di Seremban, saya berulang alik ke sekolah dan rumah setiap hari, melalui hadapan gunung ini, Gunung Angsi. Setiap kali memandang ke kawasan  hutan lipur Ulu Bendul, terdetik di hati saya, bila agaknya berpeluang mendaki gunung ini. Saya bukanlah seorang yang aktif mendaki, cuma saya minat kepada alam semulajadi. Suami memang pendaki gunung yang sangat aktif. Jika ada kelapangan, pasti beliau akan ambil kesempatan untuk mendaki.

             Baru-baru ini, atas sesuatu sebab, rancangan suami untuk mendaki gunung kenderong telah dibatalkan. Maka untuk mengubat kesedihan dihatinya, saya pun berjanji bagai lah untuk menemankan beliau mendaki, tak dapat yang heavy, yang santai-santai pun jadilah. Maka saya pun memilih untuk mendaki gunung angsi atas alasan yang ringkas 'asyik lalu je depan ulu bendul tapi tak pernah pun naik gunungnya'.(Ini nampak lebih macam dia pulak kena temankan saya nih!) suami kata tak teringin langsung nak mendaki angsi, sebab bagi kaki2 gunung, angsi ini langsung tiada di dalam ranking gunung yang mencabar untuk didaki. Namun atas desakan saya, dia bawak jugalah haha!

Pintu masuk ke tempat pendakian

OK selesai celoteh permulaan. Cerita pendakian pula ya. Kami mendaftar di pejabat renjer pada jam 10.00 pagi dengan bayaran masuk RM5 seorang. RM10 untuk dua orang. Melakukan warming up dan menyediakan serba sedikit bekalan, kami mula bergerak mendaki pada jam 10.30 pagi. 3 km pertama perjalanan menyusuri air terjun dilalui dengan gembira, santai dan penuh keyakinan sebab treknya yang leisure, macam jungle treking saja. Perjalanan adalah dalam kelajuan sederhana. Suami meletakkan sasaran 1 jam untuk sampai ke checkpoint pertama, tapi alhamdulillah dapat sampai dalam masa 45 minit.

checkpoint pertama, kem tangga batu berhampiran jeram Kak Lang, selepas 3 km perjalanan.

Perjalanan diteruskan lagi. Melepasi anak sungai, suami memberi amaran bahawa perjalanan di depan akan lebih mencabar. Pendakian akan menjadi semakin meninggi, berbeza dari yang tadi.Mula2 saya kata, ok, jangan risau.takpe.pasti boleh(haha! saya memang profesional kalau memberi kata2 semangat kepada diri sendiri nih!). Tapi, lepas tu, alamak!

kecerunan dalam 60 darjah dengan langkah nak memanjat macam melangkah 2 anak tangga di sekolah sekaligus!

Oh tidak~ saya tidak bersedia untuk ini...saya tak jangka jalan macam ni~~ uwaAaa~ saya main2 je kata nak ikut tadi`~ (hehe ayat ni dalam hati je, muka masih control macho lagi)...suami jauh meninggalkan saya di belakang..mengah jangan citerlah..mod kelajuan dan berubah jadi perlahan ke super perlahan. keyakinan memang semakin tipis. 
Dalam gambar macam maintain je. Padahal tengoklah! tak bawak beg apa pun, hanya tuala. Itupun berkali2 berhenti dah tak larat nak angkat kaki melangkah anak tangga akar ini.Hampir menyuruh suami meninggalkan saya dek kerana tak mampu lagi mengatur langkah. Mujur suami sabar je melayan kerenah yang macam2 neh!

Dengan super perlahannya, tibalah kami  ke Bukit Botak. Kawasan ini memerlukan kami memanjat dengan menggunakan tali. 
Sempat pose pada kamera lagi tuh!

Masa kami sampai ke sini, ada pendaki2 dari kumpulan lain sedang memanjat. Jadi, sementara menunggu, sempatlah berehat sekejap. Sungguh saya sangat termotivasi dengan seorang pendaki yang ditemui disini. Beliau mendaki gunung angsi ini kerana training untuk ke gunung kinabalu. Apa yang mengkagumkan saya ialah, beliau lumpuh  sebelah tangan. Tangan kirinya tidak berfungsi langsung.Hanya menggunakan tangan kanan sahaja untuk berpaut dan memegang. Betapa insan sedemikian mampu, berkeyakinan dan bersemangat, saya yang Allah berikan masih sempurna, tapi duk merungut seolah tidak mampu. Insaf!

Here i am! 2702 kaki dari paras laut. Lebih kurang 7 km perjalanan pendakian yang setinggi 825 m. Gunung Angsi. Berjaya tiba pada jam 2 petang.Sasaran sampai ke puncak dalam 4 jam setengah, dapat ditamatkan dalam tempoh 3 jam setengah. 
Walau bagi suami gunung ini tak mencabar langsung, tapi bagi saya, ia ada keunikan yang tersendiri kepada amatur seperti saya hehe

Ketenangan memandang kehijauan ini, berbaloi berpenat lelah untuk sampai ke puncaknya. Angin yang bertiup sesekali, bunyi ungka dan unggas hutan di kejauhan, mengundang damai dan insaf pada kebesaran Ilahi.

Terima kasih. Allah. Akhirnya sampai juga saya ke sini. Lepas ni, takde lah berbunyi lagi "bila nak mendaki angsi" bila lalu depan Ulu Bendul saban hari nanti hehehe :)













Comments

  1. Thanks for the blog, i'm planning to go Gunung Angsi too! This is helpful, coz i really dunno where is the entrance, but after i read your blog, i only realize it's the same way to Ulu Bentul, Terima Kasih!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tema colour blocking untuk hari guru 2018

         Sambutan hari guru tahun ni meriah sungguh dengan pelbagai warna warni pakaian guru2 smk durian mas. Tema colour blocking sememangnya tema yg menarik kerana guru2 dikehendaki memakai pakaian yg berbeza2 dan kontra warna nya. Tidak boleh sama kaler tudung dgn kaler baju dengan kaler kain dengan kaler kasut dengan kaler handbag hehehehe memang puas juga lah membuka wardrobe dan menyuai padan semua kaler2 baju sedia ada hihihi 😁         Semua rakan guru tak kira lelaki atau wanita mmg bersatu hati memenuhi kehendak tema. Saya kebetulan merupakan guru bertugas minggu ni. Jadi tak dpt sama2 berselfie masa pagi sebelum semua guru bersedia berarak dan masuk ke dewan dmas. Anggun, jelita, hensem, gojes semua rakan2 guru 😍 colourful hehehe Walaupun kami bertugas mengawal murid2, nak selfie jugak hahahaha Aktiviti hari guru adalah seperti masa2 sambutan yg lalu, membaca perutusan dari pihak2 atasan seperti kppm dan jpn, sukaneka, persembah

Fibroid : Wanita tanpa rahim

Ini cerita saya yg terkini. 2019 yg penuh memori. Gambar harini, first day kerja, 3 minggu selepas pembedahan. Muka nampak cengkung dan kurus sgt. Saya hilang byk berat badan dek kerana hilang byk sgt darah sebelum ni. Harap lepas ni dpt berisi sikit hehe Hari ini genap 3 minggu selepas saya membuat pembedahan buang fibroid dan rahim. Hari ni juga hari pertama saya mula bekerja semula. Alhamdulillah  dapat kelulusan untuk duduk mengajar di bilik khas bilik APD( alat pandang dengar) sepanjang 2 minggu akan datang ni. Jadi tak perlu naik tangga turun tangga untuk ke kelas2 pelajar. Hanya duduk di sini dan menunggu pelajar2 saya datang. Walaupun secara keseluruhan nya saya merasa sihat dan sudah boleh mula bekerja, tetapi kena juga menjaga kesihatan supaya tak mendatangkan apa2 mudarat. Jangan berjalan banyak, jangan berjalan laju sgt, dan jangan angkat benda2 yg berat. Sekurang2nya sebulan setengah kata doktor. Sebab tu saya mohon izin duduk bilik ni buat sementara. Men

20 Aktiviti untuk Pelajar Pasca PT3

Setelah selesai Pentaksiran PT3, waktu persekolahan masih ada berbaki lagi sebulan lebih bagi pelajar-pelajar tingkatan 3. Nak belajar lagi? Rasanya inilah ruang dan waktu untuk mereka melepaskan tekanan selepas berusaha bersungguh-sungguh belajar dari awal tahun untuk memastikan kecemerlangan dalam pencapaian akademik mereka.  Apa yang boleh dilakukan oleh para pelajar? Aktiviti yang masih berada dalam skop pembelajaran, pdp luar bilik darjah. Sekolah saya telah menetapkan bahawa pelajar-pelajar ini akan di kawal selia oleh satu unit panitia sekurang-kurangnya 3 kali pertemuan di sepanjang tempoh program pasca. Guru-guru yang terlibat akan merancang dan menjalankan aktiviti sepanjang waktu pdp sehari bersama panitia yang ditetapkan. Berikut saya kongsikan antara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan oleh pelajar pasca pt3 2017 sekolah saya. 1. English Day Carnival     Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang sehari ini ialah explorace dan treasure hunt. 2