Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2012

Dusun Nora , Bukit Tinggi

         Kami belum pernah ke Bukit Tinggi, atau digelar Berjaya Hills di Malaysia. Beberapa tekanan ditempat kerja menyebabkan saya dan suami craving for holidays. Sangat-sangat nak bercuti! Maka tanpa dirancang, malam buat keputusan, search  serba sedikit, suami menelefon, maka seawal subuh saya pun berkemas barang-barang untuk kami ke Bukit Tinggi.           Dari Seremban ke Bukit Tinggi mengambil masa lebih kurang 3 jam melalui lebuhraya PLUS, ke MRR2 dan seterusnya memasuki lebuhraya Karak. Suami sudah menempah penginapan di Nora Lodge , Berjaya Hill.   Nora Lodge  atau Dusun Nora ini ditemui hasil pencarian di internet kerana percutian tak terancang macam kami ni, bajet pun tak besar. Banyak orang menyatakan kos percutian di Bukit Tinggi mahal, hotelnya sahaja lebih RM200. Dek kerana nak sangat kenalah cari yang memenuhi bajet :)         Untuk sampai ke kawasan penginapan ini, kami melalui jalan naik ke Bukit Tinggi dan menemui papan tanda Dusun Nora di sebelah kanan ja

Dah cuti sekolah

Fuhhhh!!~Tamatlah sudah sesi persekolahan 2012. Sesi 2012 memberi beberapa cabaran baru kepada saya. Saya dilantik menjadi setiausaha ppsmi...saya tak begitu bertanggungjawab terhadap jawatan ini kerana pada beberapa bulan pertama, saya ada assistant yang sangat komited, anis.Tapi tiba-tiba dia dapat pindah ke sekolah di Melaka, meninggalkan saya terkontang kanting menyelesaikan masalah berkaitan laptop, lcd, software etems, stok simpanan dan pantauan maitainance... susah hatinya masa tu...mujur ada syafiq dan en Khalid dan cikgu shahril yang cekap membantu menyelesaikan masalah yang ada. Apa lagi perkara lain? Haaa...saya menjadi guru penasihat pengakap. Kena pergi perkhemahan? Alamak zaman dulu melompat lompat kalau ajak berkhemah...tapi sekarang susah dah sebab komitmen keluarga yang lebih menuntut. Zon Pengakap Kuala Pilah mengadakan 5 sesi perkhemahan dan ujian lencana, tapi saya hanya mampu menghantar penyertaan pelajar sekali sahaja. Itu adalah kerana ianya dijalankan pada har

Key-in PBS online

Entry ni dibuat sambil meng' key-in'  pencapaian band pelajar-pelajar di dalam sppbs. Sungguh membosankan, kerana tahap kelajuannya yang amat mendukacitakan. Nasib baiklah haritu dah masukkan pencapaian sehingga oktober. Tinggal bulan november je lepas buat band terkini bersama pelajar tadi di sekolah. Ini lah muka depan web page yang paling popular masa kini dikalangan guru-guru sekolah yang mengajar tingkatan 1 (popular sampai tak boleh nak masuk!) Cikgu sekolah menengah kena 'click' di bahagian sekolah menengah. Cikgu sekolah rendah di bahagian sekolah rendah. Bila dah masuk ke ruangan sekolah menengah tadi, jumpa lah page ni, dan guru kenalah 'click' di bahagian guru seperti diatas. Selepas tu keluar pula page ni, untuk guru-guru masukkan maklumat login dan kata laluan masing-masing. Ha... inilah muka seterusnya. Maklumat sekolah tempat mengajar tu akan dipaparkan pada page ini. Itu nama sekolah saya. Guru perlu 'click&#