Skip to main content

positif

Mengetengahkan aspek positif dalam diri kita bukanlah suatu perkara yang mudah. Di tambah lagi dengan tekanan-tekanan yang dihadapi sepanjang laluan kehidupan kita ini. Pelbagai masalah dan ujian yang melanda, sering menjadikan kita merasakan diri kita adalah mangsa, dan seterusnya kita berubah menjadi kasar, membina jati diri yang lebih kental dan tahan lasak seiring dengan ujian yang kita alami. Jika kita mengenang kembali zaman kanak-kanak, pergi ke sekolah dan hanya bergembira dengan rakan-rakan sebaya, namun bila menceburi dunia pekerjaan yang menuntut kita bersaing demi rezeki, demi kesenangan hidup, perwatakan yang dulunya prihatin, boleh berubah menjadi dingin dan beku demi kepentingan diri sendiri. Namun, mereka-mereka yang mempunyai kisah silam yang gembira, walau boleh hanyut terleka dengan pancaroba dunia, masih boleh kembali ke pangkal jalan, kembali kepada suasana positif, kerana dulu, mereka pernah melalui kegembiraan yang positif itu.

Bagaimana pula mereka yang melalui derita sejak kecil? merasa mereka tidak pernah bahagia sejak kecil? Lahir sahaja sudah tidak diingini, membesar dalam pukul dan sepak terajang seorang ayah, atau membesar di lorong-lorong hidup tak tentu arah? Sejak kecil mengemis simpati orang, sejak kecil dihina orang, dikata bodoh dicaci dan dimaki?

Sebenarnya di dalam jiwa setiap kita, setiap dari kita, ada jiwa inginkan bahagia. Allah tidak mungkin menjadikan setiap yang hidup itu, sia-sia. malahan yang tidak hidup macam batu dan kayu juga, ada kegunaan dan peranan masing-masing demi manfaat sekalian alam.  Percaya dan yakin dalam diri, jika inginkan perubahan, maka kita boleh berubah.

    "Ya Allah, berikanlah aku petunjuk dan hidayahMu, agar dapat aku cari dan gapai tujuan kehidupanku yang baik didunia ini".

    "Ya Allah, andai aku tersalah arah dan tersasar jalan kehidupan, pimpin dan bantulah aku untuk kembali ke jalanMu yang lurus"

    "Ampunkanlah aku ya Allah. Berikanlah aku ketenangan akal fikiran dan kewajaran dalam bertindak agar aku sentiasa di dalam lindungan dan peliharaanMu"

    "Ya Allah, aku mendekatkan diriku denganMu, moga janganlah Kau abai dan biarkan aku terkapai-kapai dalam lautan dunia ini ya Allah. Bantulah aku dalam mencari keredhaanmu untuk kebahagiaan dunia dan akhirat".


        Sesungguhnya, pelbagai sejarah hitam atau putih, merah atau biru yang telah kita lalui, jika kita benar-benar ingin berubah, niatkanlah di dalam hati. Hati itu, hati kita, hanya Allah yang tahu isi di dalamnya. tidak mesti berubah terus berpurdah(contoh) tapi pautkanlah hati itu dengan sentiasa mengingat Allah.InsyaAllah, permulaan mengenal dan mencari Allah, akan membawa kepada perubahan ketenangan jiwa, dan perubahan ketenangan jiwa dapat membawa kepada banyak lagi perubahan-perubahan positif lain.

      Anakku, kau sangka kau kotor. Ketahuilah, walau kotor pakaianmu, walau kotor penampilanmu, walau kotor sejarah silammu, tapi jika bersih hatimu, jika ikhlas taubatmu, pasti Allah meredhai segala amalanmu. Allah itu, semakin kita menghampiri Dia, semakin Dia dekat dengan kita. Yakinlah. Cikgu akan terus berdoa untukmu.


Comments

Popular posts from this blog

Tema colour blocking untuk hari guru 2018

         Sambutan hari guru tahun ni meriah sungguh dengan pelbagai warna warni pakaian guru2 smk durian mas. Tema colour blocking sememangnya tema yg menarik kerana guru2 dikehendaki memakai pakaian yg berbeza2 dan kontra warna nya. Tidak boleh sama kaler tudung dgn kaler baju dengan kaler kain dengan kaler kasut dengan kaler handbag hehehehe memang puas juga lah membuka wardrobe dan menyuai padan semua kaler2 baju sedia ada hihihi 😁         Semua rakan guru tak kira lelaki atau wanita mmg bersatu hati memenuhi kehendak tema. Saya kebetulan merupakan guru bertugas minggu ni. Jadi tak dpt sama2 berselfie masa pagi sebelum semua guru bersedia berarak dan masuk ke dewan dmas. Anggun, jelita, hensem, gojes semua rakan2 guru 😍 colourful hehehe Walaupun kami bertugas mengawal murid2, nak selfie jugak hahahaha Aktiviti hari guru adalah seperti masa2 sambutan yg lalu, membaca perutusan dari pihak2 atasan seperti kppm dan jpn, sukaneka, persembah

Fibroid : Wanita tanpa rahim

Ini cerita saya yg terkini. 2019 yg penuh memori. Gambar harini, first day kerja, 3 minggu selepas pembedahan. Muka nampak cengkung dan kurus sgt. Saya hilang byk berat badan dek kerana hilang byk sgt darah sebelum ni. Harap lepas ni dpt berisi sikit hehe Hari ini genap 3 minggu selepas saya membuat pembedahan buang fibroid dan rahim. Hari ni juga hari pertama saya mula bekerja semula. Alhamdulillah  dapat kelulusan untuk duduk mengajar di bilik khas bilik APD( alat pandang dengar) sepanjang 2 minggu akan datang ni. Jadi tak perlu naik tangga turun tangga untuk ke kelas2 pelajar. Hanya duduk di sini dan menunggu pelajar2 saya datang. Walaupun secara keseluruhan nya saya merasa sihat dan sudah boleh mula bekerja, tetapi kena juga menjaga kesihatan supaya tak mendatangkan apa2 mudarat. Jangan berjalan banyak, jangan berjalan laju sgt, dan jangan angkat benda2 yg berat. Sekurang2nya sebulan setengah kata doktor. Sebab tu saya mohon izin duduk bilik ni buat sementara. Men

20 Aktiviti untuk Pelajar Pasca PT3

Setelah selesai Pentaksiran PT3, waktu persekolahan masih ada berbaki lagi sebulan lebih bagi pelajar-pelajar tingkatan 3. Nak belajar lagi? Rasanya inilah ruang dan waktu untuk mereka melepaskan tekanan selepas berusaha bersungguh-sungguh belajar dari awal tahun untuk memastikan kecemerlangan dalam pencapaian akademik mereka.  Apa yang boleh dilakukan oleh para pelajar? Aktiviti yang masih berada dalam skop pembelajaran, pdp luar bilik darjah. Sekolah saya telah menetapkan bahawa pelajar-pelajar ini akan di kawal selia oleh satu unit panitia sekurang-kurangnya 3 kali pertemuan di sepanjang tempoh program pasca. Guru-guru yang terlibat akan merancang dan menjalankan aktiviti sepanjang waktu pdp sehari bersama panitia yang ditetapkan. Berikut saya kongsikan antara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan oleh pelajar pasca pt3 2017 sekolah saya. 1. English Day Carnival     Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang sehari ini ialah explorace dan treasure hunt. 2