Pada jumaat yang lalu 27hb April, saya telah berjaya menunaikan tanggungjawab selaku wakil sekolah ke bengkel PBS matematik. Tanggungjawab untuk menghebahkan tentang PBS ini kepada rakan-rakan guru matematik yang lain. Secara ringkasnya, saya telah menyampaikan kepada mereka antara isi-isi penting PBS iaitu standard dokumen prestasi matematik, rekod transit dan serba sedikit berkaitan band 1 hingga band 6. Walaupun pelaksanaan sebenar masih kelam-kelam kabus namun saya cuba juga sedaya upaya agar mereka dapat memahami maksud tersirat disebalik dasar pendidikan yang terkini itu.
Duduk dibarisan hadapan itu ketua bidang sains matematik smk jelai cikgu sal dan ketua panitia matematik smk jelai, cikgu azura. Yang membelakangkan gambar dan duduk dengan bersopan santun sebelah kanan itu cikgu chin, dan yang sebelahnya lebih lagi sopan santunnya hehe cikgu wan.
Dalam gambar ini, membelakangkan kamera, cikgu Zai.
oh, Nampak rak kosong dibelakang saya? rak itu akan diisi dengan fail perkembangan murid, khusus untuk pelajar2 tingkatan 1 nanti.
Semua sekali ada 7 orang guru bersama saya, cikgu taib terselindung disebelah kanan, tak nampak dalam gambar dan cikgu anuar yang membantu saya ambil gambar ini ;)
Saya pernah sebut dalam entry cuti sekolah saya yang lalu, saya sedang mengemas bilik dokumentasi sekolah. Saya dan cikgu hoshini merupakan pengurus bilik dokumentasi smk jelai. Ada banyak bilik2 khas di smk jelai, salah satunya ialah bilik dokumentasi. Kami berdua bertungkus lumus hampir dua bulan bersama pelajar-pelajar mengemas dan menyusun atur, menjadi interior designer.
Diilhamkan oleh pengetua, niatnya adalah untuk menjadikan bilik ini one stop centre kepada sesiapa pelawat yang datang ke sekolah kami untuk melihat fail-fail dokumen sekolah. Selain untuk pelawat, pengetua juga ingin bilik ini diguna pakai untuk mesyuarat-mesyuarat atau pertemuan kecil yang bersesuaian. Sebenarnya saya berniat untuk membuat entry khusus tentang bilik ini maka saya ada mengambil gambar sebelum dan selepas make over. Apakan daya, baru-baru ini, laptop kesayangan rosak kerana terjatuh, dan handphone yang menyimpan semua gambar-gambar rosak terkena virus. Bila format, dah takde dah gambar-gambar sebelum dan selepas tu, juga gambar-gambar lain. Untuk menaip entry yang ini pun, minta belas ihsan suami meminjamkan laptopnya. (aduh..banyak pulak kau meleret citer ye!)
Yang penting, in house training ni adalah yang pertama seumpamanya yang diadakan dibilik ini. (yeehaaa~ amat puas hati bila mereka-mereka memuji perubahan yang berlaku pada bilik ini )...sekian.
>ele...bangga la tu cikgu tu, orang puji hasil kerja dia
>> eh mestilah! kalau awak tak bangga dengan pencapaian awak, itu awak punya pasallah! yang penting saya memang gumbira dan rasa puas dan bangga dan senyum lebar dan...ah! sibuklah awak! Pegi study addmath sana! Kacau je!
Comments
Post a Comment