Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2012

memori untuk abah

Pada masa entry  ini saya taip, abah baru saja kembali ke rahmatullah 13 hari yang lalu. Terkenang betapa sayunya hati ketika mengadap tubuhnya yang sedang nazak, hanya cukup-cukup masa yang diberi Allah untuk kami adik beradik pulang dan memohon maaf daripadanya, serta merelakan pemergiannya. Kronologi bermula pada malam hari guru 16 mei 2012, abah ke masjid seperti rutin biasanya, menunaikan solat jemaah di masjid. Pergi dengan memandu kereta kancil kak Tini, sebelum maghrib dan dapat solat maghrib berjemaah, kemudian bangun berwuduk untuk solat isyak. Tatkala takbiratul ihram diangkat oleh imam untuk solat isyak, abah dikatakan mengesot undur ke belakang, dan sebelum beliau rebah, sempat disambut oleh seorang jemaah lain, dibaringkan diatas sejadah sebelum jemaah tersebut meneruskan solatnya. Usai sahaja solat isyak, bergegas jemaah menghubungi keluarga dirumah. Kak Ida dan abg Mie yang segera menyusul ke masjid selepas mendapat perkhabaran, sentiasa disisi abah sehingga ambulan

Perkhemahan Kemahiran Pengakap 2012 Negeri Sembilan

Baru baru ini, saya telah dipertanggungjawabkan mengiringi kontinjen daerah Kuala Pilah ke Perkhemahan Pengakap Peringkat Negeri Sembilan pada 2 hingga 4 Mei yang lalu. Semua sekali seramai 75 orang pelajar dari daerah Kuala Pilah dan 5 orang guru pengiring dari 5 sekolah yang berbeza. Sebenarnya baru ini tahun pertama saya melibatkan diri dalam pasukan uniform pengakap. Dan ini juga program pertama yang saya terlibat didalamnya. Oh saya akui sungguh teruja melihat beratus-ratus pelajar berpakaian seragam uniform pengakap, pegawai-pegawai kontinjen dan pesuruhjaya pesuruhjaya pengakap yang segak bergaya dengan uniform masing-masing. Pelbagai pangkat dan jawatan dan datang dari seluruh pelosok negeri Sembilan. Peserta program perlu berkumpul  dan berbaris sebelum setiap acara dimulakan. Saya belajar membuat ikatan gajet pada malam sebelum perkhemahan. Buku sila, simpul manuk, bunga geti, silang pangkah dan cara-cara membuat gajet tripod dan bangku dan pintu gerbang dan rak

In house training PBS Matematik Ting 1 2012 di bilik dokumentasi

Pada jumaat yang lalu 27hb April, saya telah berjaya menunaikan tanggungjawab selaku wakil sekolah ke bengkel PBS matematik. Tanggungjawab untuk menghebahkan tentang PBS ini kepada rakan-rakan guru matematik yang lain. Secara ringkasnya, saya telah menyampaikan kepada mereka antara isi-isi penting PBS iaitu standard dokumen prestasi matematik, rekod transit dan serba sedikit berkaitan band 1 hingga band 6. Walaupun pelaksanaan sebenar masih kelam-kelam kabus namun saya cuba juga sedaya upaya agar mereka dapat memahami maksud tersirat disebalik dasar pendidikan yang terkini itu.  Duduk dibarisan hadapan itu ketua bidang sains matematik smk jelai cikgu sal dan ketua panitia matematik smk jelai, cikgu azura. Yang membelakangkan gambar dan duduk dengan bersopan santun sebelah kanan itu cikgu chin, dan yang sebelahnya lebih lagi sopan santunnya hehe cikgu wan.  Dalam gambar ini, membelakangkan kamera, cikgu Zai.  oh, Nampak rak kosong dibelakang saya? rak itu akan diisi denga