Skip to main content

spm 2011

Telah selamat debaran yang ditunggu berbulan2, menanti bagaimana hasil usaha 2 tahun budak2 ini belajar subjek matematik tambahan. Keputusan spm 2011 telah diumumkan hari ini. Secara keseluruhan, keputusan ini lebih baik dari tahun sebelumnya, dengan peningkatan hampir 20% kelulusan dan peningkatan GPMP lebih kurang 0.15.

Ini Fazira, pelajar terbaik spm 2011. Tahniah diucapkan kepada beliau.



Ini Vijay dan Asyraf. Kedua-dua mereka merupakan pelajar terbaik matematik tambahan smk jelai 2011. Tahniah juga diucapkan kepada mereka berdua. Walaupun saya sedikit kecewa kerana mereka berdua tidak mencapai sasaran yang saya harapkan, tapi saya yakin, itu rezeki mereka, dan mereka telah buat yang terbaik yang mereka mampu. 


Entah apa yang dibincangkan oleh cikgu munirah dan cikgu fazilah

sesi memberi slip keputusan


Moga saya lebih bersemangat untuk meningkatkan keputusan matematik tambahan spm tahun ini. Masih banyak kekurangan yang perlu saya perbaiki, dan saya akan terus menambah baik teknik pengajaran saya, kerana saya juga belajar, dari pengalaman.




Comments

  1. tahniah kak hawa...rasenye ramai cikgu hepi result kali ni..lepas sasaran gps skola 2011..moge kite same2 lbih bersemangat utk spm 2012..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Fibroid : Wanita tanpa rahim

Ini cerita saya yg terkini. 2019 yg penuh memori. Gambar harini, first day kerja, 3 minggu selepas pembedahan. Muka nampak cengkung dan kurus sgt. Saya hilang byk berat badan dek kerana hilang byk sgt darah sebelum ni. Harap lepas ni dpt berisi sikit hehe Hari ini genap 3 minggu selepas saya membuat pembedahan buang fibroid dan rahim. Hari ni juga hari pertama saya mula bekerja semula. Alhamdulillah  dapat kelulusan untuk duduk mengajar di bilik khas bilik APD( alat pandang dengar) sepanjang 2 minggu akan datang ni. Jadi tak perlu naik tangga turun tangga untuk ke kelas2 pelajar. Hanya duduk di sini dan menunggu pelajar2 saya datang. Walaupun secara keseluruhan nya saya merasa sihat dan sudah boleh mula bekerja, tetapi kena juga menjaga kesihatan supaya tak mendatangkan apa2 mudarat. Jangan berjalan banyak, jangan berjalan laju sgt, dan jangan angkat benda2 yg berat. Sekurang2nya sebulan setengah kata doktor. Sebab tu saya mohon izin duduk bilik ni buat sementara. ...

20 Aktiviti untuk Pelajar Pasca PT3

Setelah selesai Pentaksiran PT3, waktu persekolahan masih ada berbaki lagi sebulan lebih bagi pelajar-pelajar tingkatan 3. Nak belajar lagi? Rasanya inilah ruang dan waktu untuk mereka melepaskan tekanan selepas berusaha bersungguh-sungguh belajar dari awal tahun untuk memastikan kecemerlangan dalam pencapaian akademik mereka.  Apa yang boleh dilakukan oleh para pelajar? Aktiviti yang masih berada dalam skop pembelajaran, pdp luar bilik darjah. Sekolah saya telah menetapkan bahawa pelajar-pelajar ini akan di kawal selia oleh satu unit panitia sekurang-kurangnya 3 kali pertemuan di sepanjang tempoh program pasca. Guru-guru yang terlibat akan merancang dan menjalankan aktiviti sepanjang waktu pdp sehari bersama panitia yang ditetapkan. Berikut saya kongsikan antara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan oleh pelajar pasca pt3 2017 sekolah saya. 1. English Day Carnival     Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang sehari ini ialah explorace dan treasure hunt. ...

Buka akaun anak di Maybank

 Semalam, saya telah ke Maybank sebab nak buka akaun untuk anak anak saya.  Biasanya, kita dengar orang buka akaun untuk anak anak di BSN, atau tabung haji, atau bank rakyat. Tapi anak anak saya, sebab agaknya dah biasa tengok ibu dan ayah cucuk duit ATM di 'rimau kawanku', dan dah biasa tengok ibu ayah buat  transaksi online di maybank2u, maka mereka juga request nak ada akaun di bank rimau ni. Di Maybank, untuk buka akaun bagi anak bawah 12 tahun, kita boleh buat akaun SIMPANAN BERSAMA (Join account) antara ibu/ayah dengan anak tersebut. Ni dipanggil YIPPIE JUNIOR ACCOUNT. Tapi bagi anak yang berumur 13 tahun hingga 17 tahun, mereka dah boleh ada akaun simpanan sendiri, dengan syarat ditemani ibu bapa masing masing. Hanya perlu bawa: 1. surat beranak(asal dan fotostat) ,  2. Kad pengenalan sendiri (asal dan fotostat) 3. Kad pengenalan salah seorang ibu/ayah (asal dan fotostat) 4. Duit deposit buka akaun rm250 seorang( duit ni akan masuk dalam akaun tu nanti sebagai...