Baru-baru ini, suami mendapat baucer buku satu malaysia kerana dia seorang pelajar. Baucer ini diberi 4 keping dengan setiap satunya bernilai rm50.
Suami ingin menggunakannya untuk membeli buku berkaitan pelajarannya tetapi bila pergi ke kedai2 buku yang kami pilih, mereka tidak menjual buku yang dia cari. Maka, kami yang menjadi peneman ini(saya dan 3 anak2) yang mendapat keseronokannya kerana suami membenarkan kami memilih apa sahaja buku yang kami mahu. Yang terlebih seronok ialah si kecil puteri noi, sampai tak menang tangan saya menjadi pekerja kedai buku tersebut sebab kena menyusun buku-buku yang telah diteraburkan olehnya.

pantang ibunya membelek, toleh je dah berterabur buku dibuatnya.
langsung tak boleh rampas dari tangan dia. menjerit marah kalau ambil buku yang dia pegang.
Alamak! habis ibu kena saman nanti sbb buku kena air liur noi!
habislah habis! terpaksa lah ibu beli buku yang noi gigit ni!
Saya memang suka ke kedai buku. Sejak kecil, sejak saya pandai membaca, abah memang selalu bawa saya ke kedai buku. Ingat lagi kedai buku favourite di batu pahat iaitu Raden Book Store. Kedai ini sebelah pejabat pos. Tiap2 bulan, abah mesti bawak saya ketika nak bayar bil2 di pejabat pos. Sebab saya akan melepak di kedai buku ini berjam-jam, memilih buku yang saya suka. Sangat suka memori ini! Maklumlah dulu pejabat pos kena beratur panjang. Lama dan berjam juga abah selesaikan urusannya. Dah bayar bil2, abah kena pulak bayarkan buku2 yang telah saya pilih hehehehe. Sayang abah! Beliaulah penggalak kepada tabiat suka membaca yang saya miliki. Hingga sekarang, saya memang teruja jika pergi ke kedai buku. Masih lagi tabiat yang sama, berjam-jam pun sanggup. Cuma masa kecil dulu, pilihan buku adalah genre penyiasatan dan cerita keluarga terbitan DBP. Tapi sekarang, buku2 motivasi dan sejarah islam pula yang menjadi pilihan. Sesuai dengan peningkatan usia :)
Antara koleksi buku yang ada di dalam simpanan saya. Ini satu partition rak. Ada 9 partition semuanya. Lain rak lain jenis buku ye (sebenarnya ni je yang paling kemas hihi yang lain senget benget asyik ditarik2 oleh anak dara saya tu).
> hek ele, cikgu ni saja je nak promote dia rajin baca buku hahaha..mana buku addmath cikgu?
>> buku pelajaran kat sekolah lah! ini kat rumah saya la. kat sekolah pun dua rak penuh tau! huhuhu
Comments
Post a Comment