Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2012

spm 2011

Telah selamat debaran yang ditunggu berbulan2, menanti bagaimana hasil usaha 2 tahun budak2 ini belajar subjek matematik tambahan. Keputusan spm 2011 telah diumumkan hari ini. Secara keseluruhan, keputusan ini lebih baik dari tahun sebelumnya, dengan peningkatan hampir 20% kelulusan dan peningkatan GPMP lebih kurang 0.15. Ini Fazira, pelajar terbaik spm 2011. Tahniah diucapkan kepada beliau. Ini Vijay dan Asyraf. Kedua-dua mereka merupakan pelajar terbaik matematik tambahan smk jelai 2011. Tahniah juga diucapkan kepada mereka berdua. Walaupun saya sedikit kecewa kerana mereka berdua tidak mencapai sasaran yang saya harapkan, tapi saya yakin, itu rezeki mereka, dan mereka telah buat yang terbaik yang mereka mampu.  Entah apa yang dibincangkan oleh cikgu munirah dan cikgu fazilah sesi memberi slip keputusan Moga saya lebih bersemangat untuk meningkatkan keputusan matematik tambahan spm tahun ini. Masih banyak kekurangan yang perlu saya perbaiki, dan saya a

kejohanan bola jaring daerah 2012

Entry ini sangat lambat. Lewat kerana tiada gambar yang bersesuaian (alasan!) Gambar ini pun diambil dari facebook galeri smk jelai. Kredit pada cikgu Fauzan. Tumpang guna gambar ye .. Oh apa yang saya nak laporkan ni? Pada 2 dan 3 Feb 2012, telah berlangsung kejohanan bola jaring peringkat daerah Kuala Pilah di SMK Zaaba. Buat pertama kalinya dalam kejohanan ini, SMK Jelai telah berjaya merangkul tempat ketiga kategori bawah 15 tahun. Pencapaian ini sangat membanggakan kerana tiap2 tahun sejak saya berada di smk jelai (ini tahun keempat) dan memegang jawatan sebagai guru penasihat bola jaring, inilah pertama kalinya kami berjaya membawa balik pingat. Selalunya bawa pulang sijil je, sijil penyertaan. Kejayaan ini hasil kerjasama kuat antara pelajar sepasukan dan tunjuk ajar bersama oleh puan halizah jauhari. Saya dan cikgu nadia pengurus pasukan je :) Ini afifah dan shahira. Watak utama kami. GS dan GA. Mereka berdua sangat hebat dalam menjaringkan gol sehingga membolehkan pasu

cuti pertengahan penggal 1 2012

Cuti sekolah telah bermula. Seminggu. Tiada percutian mega yang dirancang kali ini. Hanya ke sekolah mengemaskini bilik dokumentasi dan buat kelas tambahan addmath  dengan pelajar.  Oh hebat sekali menyusun fail. Sangat exhausted  melihat fail2 yang tidak dikemaskini, sejak 2006. Hajat tuan pengetua, biarlah bilik dokumentasi smk jelai berwajah baru,  up to date  dan mampu menjadi one stop centre  jika ada sesiapa pelawat atau nazir mahukan dokumen dari sekolah kami. Itulah yang sedang diusahakan sekarang. Moga2 berjalan lancar. Untuk pelajar-pelajar addmath tingkatan 5 saya, selepas buka cuti sekolah nanti, anda semua akan di streaming  mengikut keputusan ujian 1 yang lalu. Saya dan Sir Chin sudah mengeluarkan senarai nama terkini, pelajar-pelajar yang akan belajar dalam kelas saya, dan kelas sir. Saya berharap anda semua jangan bersedih hati dengan pertukaran ini, malah jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk lebih bersungguh-sungguh untuk mendalami dan menyukai subjek ini.

Baucer Buku 1 malaysia

Baru-baru ini, suami mendapat baucer buku satu malaysia kerana dia seorang pelajar. Baucer ini diberi 4 keping dengan setiap satunya bernilai rm50. Suami ingin menggunakannya untuk membeli buku berkaitan pelajarannya tetapi bila pergi ke kedai2 buku yang kami pilih, mereka tidak menjual buku yang dia cari. Maka, kami yang menjadi peneman ini(saya dan 3 anak2) yang mendapat keseronokannya kerana suami membenarkan kami memilih apa sahaja buku yang kami mahu. Yang terlebih seronok ialah si kecil puteri noi, sampai tak menang tangan saya menjadi pekerja kedai buku tersebut sebab kena menyusun buku-buku yang telah diteraburkan olehnya. pantang ibunya membelek, toleh je dah berterabur buku dibuatnya. langsung tak boleh rampas dari tangan dia. menjerit marah kalau ambil buku yang dia pegang. Alamak! habis ibu kena saman nanti sbb buku kena air liur noi! habislah habis! terpaksa lah ibu beli buku yang noi gigit ni! Saya memang suka ke kedai buku. Sejak kecil, s

Bintang...

Teringat suatu ketika dulu pernah bercita-cita untuk menjadi ahli astronomi. Ketika itu, suka sangat dengan pelajaran buruj dalam sains yang diajar oleh cikgu saya. Mengenalpasti bentuk buruj-buruj di dalam buku sains, kemudian pada malamnya membawa buku tersebut dan memanjat lalu berbaring diatas bumbung kereta abah, di halaman rumah, untuk membanding bentuk bintang sebenar dilangit dengan yang dalam buku. Sungguh indah bintang di langit, berkelipan dan bersinar terang dalam kegelapan malam. Pada waktu itu, terdetik alangkah indahnya kalau saya ada teleskop, boleh melihat bintang-bintang ini dengan lebih dekat, bintang yang banyak berjasa kepada ahli pelayar, juga membantu kita umat islam mengenalpasti arah kiblat. Saya menyimpan niat, apabila dewasa, nak jadi ahli astronomi, dan nak memiliki teleskop sendiri. Masa berlalu, oh saya rupanya hanya minat pada topik buruj itu sahaja, saya tidak begitu meminati bab-bab sains yang lain. Jiwa saya lebih menyukai dan menggilai s