karikatur oleh anna izzat http://annadomo-kun.blogspot.com
Saya percaya ramai pelajar pernah menghadapi keadaan seperti yang dialami oleh anna dalam kartun seperti diatas :) Teruskan usaha, jangan putus asa ye.. Jangan ikut fasa kritikal tu tau. Kalau dah buntu, esoknya pergi sekolah, tanyalah dengan guru atau kawan-kawan yang tau. Ingat, jangan simpan lama2 masalah addmath tu, semakin disimpan tak bertanya, akan semakin banyak yang anda tak tau nanti. Susah senang bersama addmath. pasti anda akan menghargai kenangan bersamanya suatu hari selepas spm nanti :)
salam cikgu, saya baru melepasi ujian satu namun saya telahpun mengalami kegagalan... saya tak nak mengalah jadi apa yang perlu saya lakukan cikgu?
ReplyDeleteaddmath adalah subjek yang mencabar, kerana ianya adalah satu-satunya subjek yang tiada soalan objektif dalam peperiksaan spm. maksudnya, subjek ini memang menguji dan mengukur keupayaan kita dalam pemahaman cabang matematik. Dan kalau kita berjaya dalam subjek ini, kepuasannya memang tak terhingga.
ReplyDeletesatu semangat yang istimewa yang ada pada kamu ialah, kamu tak nak mengalah. Jadi, saya percaya kamu pasti akan cuba juga dengan sedaya upaya untuk cemerlang dalam subjek ini. syabas dan tahniah untuk semangat tersebut.
ok, apa yang kamu perlu lakukan, ialah pastikan kamu ada membuka buku addmath setiap hari, pilih satu topik, luangunctkan masa untuk menjawab sekurang2nya satu soalan betul,sehari.biarlah org kata kamu slow, org kata apa pun, yg penting buat hari2. contoh: harini buat latihan function, subtopik function ialah object, dan image. fahamkan, dan buat satu soalan dengan merujuk,kemudian satu tanpa merujuk.check jwpn betul ke tak. then, esok nya function juga, tapi inverse function. kaedah sama. merujuk, kemudian tanpa merujuk buku. tambah lagi lusa composite pula. dah selesai topik function, pindah topik quadratic. roots. begitulah seterusnya. ada yang tak faham, esoknya rujuk guru. lagi, jgn tamak nak study banyak2 sehari.biar satu, janji faham dan masuk dalam kepala.
addmath, tak cukup kalau mengharap dah dekat periksa baru nak study. hai hai kamu jenguk dia, bye, bye dia beri pada kamu. confirm tak boleh masuk. sebab tu, kena latih tubi hari2. bayangkan nak spm, semuanya ada 21 bab nak cover.mana mampu berjaya kalau study last minute.takde istilah honey moon form 4 dalam study addmath.
Ibarat penutup botol yang kecil, kalau kita tonggeng botol tu serta merta, berebut2 air nak keluar, boleh melimpah dan tumpah bukan ke cawan tapi ke lantai. Macam tu juga ilmu. Bila hari2 kamu study, ilmu itu lekat kukuh dalam ingatan, tersusun, bila time periksa, barulah boleh keluar cantik je tak berterabur sini sana tak tentu arah.takdelah lain soalan tanya, lain soalan dijawab.sebab kamu dah berhati2. dah meneliti cara jawab, lama dah praktis.
practice, makes perfect! good luck ye.
Assalamualaikum cikgu, saya ni jenis yg mudah faham bila saya tahu kegunaan setiap topik dalam add math tu dgn kehidupan harian. tapi prblmnya sy search internet takda yg dpt membntu. then bila formula yg pnjg2 tu sy tk tahu asal usul dia susah nak masuk.. mcm mana ye cikgu. hope ckg dpt buat satu post ttg kegunaan setiap topik add math ni..
ReplyDelete