Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2012

susah senang bersama addmath :)

karikatur oleh anna izzat  http://annadomo-kun.blogspot.com Saya percaya ramai pelajar pernah menghadapi keadaan seperti yang dialami oleh anna dalam kartun seperti diatas :) Teruskan usaha, jangan putus asa ye.. Jangan ikut fasa kritikal tu tau. Kalau dah buntu, esoknya pergi sekolah, tanyalah dengan guru atau kawan-kawan yang tau. Ingat, jangan simpan lama2 masalah addmath tu, semakin disimpan tak bertanya, akan semakin banyak yang anda tak tau nanti. Susah senang bersama addmath. pasti anda akan menghargai kenangan bersamanya suatu hari selepas spm nanti :)

the unique of high and low

Sebenarnya, lebih kepada tall .. and short! tanpa sengaja, memanggil dua anak murid ni, untuk maju ke hadapan kelas dan menjawab soalan yang diberikan di papan putih. Rasa kagum dengan ciptaan Allah, betapa pelajar dari ibu bapa berbeza menghasilkan genetik yang berbeza saiznya, walaupun sama seumur, lahir pada tahun yang sama. pelajar tingkatan 1 Dah 2 tahun tak ajar form 1 :) riuh hiruk pikuk mereka masih seperti sekolah rendah...comel dan memekik-mekik jerit nak jawab soalan dan gelak sekuat hati bila kawan lakukan kesalahan. Tenggelam suara saya bila dikalangan mereka.

Satu dan Pak Tua

Tersebutlah oleh ahli pujangga tentang kisah seorang ayah yang sedang nazak. Beliau mempunyai 3 orang anak lelaki. Pada saat-saat kematian semakin terasa hampir, beliau pun memanggil ketiga-tiga anaknya dan menyampaikan pesan. “Apabila ayah sudah tiada nanti, kalian bertiga ambillah unta peliharaan kita itu sebagai harta pusaka. Yang sulung akan mendapat 1/2 bahagian daripada unta-unta tersebut. Yang tengah akan mendapat 1/4 daripada unta-unta tersebut, dan yang bongsu pula akan mendapat 1/5 daripada unta-unta tersebut.” Setelah si ayah berpesan sedemikian, maka si ayah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir dan meninggal dunia. Maka selepas selesai menguruskan upacara pengebumian, ketiga-tiga anak tadi pun duduk berkumpul dan berbincang tentang wasiat ayah mereka. Mereka menghadapi kesulitan dalam membahagikan unta peliharaan mengikut pesanan si ayah, kerana unta mereka ada 19 ekor.  "Bagaimana hendak membahagikan unta sebanyak 19 ekor kepada 1/2 bahagian, 1/4 bahag

cerita 'ombak rindu'

Zaman remaja saya, tidak pernah diisi dengan novel cinta, hanya buku pelajaran, buku penyiasatan, buku cerita kekeluargaan, atau buku komik je yang saya sudi beli. Komik? haha tak sangka kah? Saya peminat fanatik komik dragon ball dan slamdunk. Pembaca setia siri nancy drews , hardy boys , 5 sekawan enid blyton , penyiasat remaja, doraemon( ini antara yang dapat saya ingati).  Selebihnya meminjam baca komik kawan2 seangkatan yang masing2 memang tak layan cerita2 jiwang neh. Pembeli tegar buku atau majalah komik dalam family ialah abang latif dan abang mie. Best betul jadi tukang baca tanpa keluar duit sesen pun hehe...eh tajuk entry ombak rindu ni apahal cerita komik pulak neh? Novel OMBAK RINDU merupakan novel cinta pertama yang saya miliki ketika zaman remaja. Kalau tak silap masa tahun 1 di UTM. Tertarik dengan sedikit fragmennya yang saya baca dalam majalah wanita milik seorang kawan, menyebabkan saya sanggup membelanjakan sedikit wang belajar untuk membeli novel tersebut. P

Rephrase... Bina semula ayat

Rephrase .. perkataan ini saya dapat ketika saya menghadiri bengkel "lesson plan addmath' anjuran PPD Kuala Pilah pada awal November 2011. Sejak itu, perkataan ini sering bermain2 di fikiran kerana saya amat yakin, kebanyakan kelemahan saya dalam menyampaikan ilmu matematik(terutamanya matematik tambahan) banyak dipengaruhi oleh faktor ini. Apa maksud sebenarnya? apa yang saya nak kongsi disini, ialah bagaimana seseorang guru menunjuk ajar anak muridnya, tetapi dengan menggunakan gaya bahasa, atau ayat yang salah. Bukan bermakna guru itu salah ajar atau tak pandai cakap, tapi percakapannya yang tidak dapat difahami oleh pelajarnya. Jika ayat yang guru katakan itu tidak difahami oleh pelajar, guru cenderung untuk mengulangi ayat tersebut dengan nada yang lebih jelas, dan perkataan sebutir, sebutir...tapi masih tidak difahami oleh pelajar. Sebenarnya, apa yang boleh guru lakukan, ialah berfikir sejenak, dan cuba lontarkan soalan dengan susunan ayat berbeza, tapi mempunyai maks

Tanggungjawab 2012

Tahun 2012 telah menjelma. Esok bermula hari baru untuk sesi persekolahan 2012. kenangan masa sambutan hari guru tahun 2011, semua guru kena back to school :) Sesi 2012 ini, aku di beri tanggungjawab untuk mengajar matematik Tingkatan 1 Arif , 1 Bahari dan  3 Amanah, manakala kelas matematik tambahan pula mengajar 4 Arif dan 5 Arif. Aku juga diamanahkan untuk memikul tanggungjawab sebagai guru penasihat pasukan beruniform Pengakap, dan setiausaha ppsmi. Lain-lain tugas adalah sama macam tahun sebelum ni. Moga segalanya dipermudahkan untuk tahun yang baru ini.