Skip to main content

Posts

Showing posts from 2012

Cuti cuti sabah hari kedua part 1

Hello..sunday morning! Hari kedua kami di Sabah, dan hari ini hari ahad. Apa yang saya paling suka dengan Sabah Oriental Hotel adalah. menu breakfastnya yg sgt banyak dan memenuhi selera kami sekeluarga. Breakfast ala western dengan puding roti, ommelete, sosej, roti perancis toaster dan yogurt, breakfast ala malay taditional dengan nasi lemak, mihun dan nasi goreng, dan ala sabah ada bubur dengan sambal ikan masin yg sangat memikat hati. Saya bukanlah selalu menginap di hotel cuma inilah pertama kalinya sajian pagi yg banyak saya temui dihidangkan. Mungkin kalian yg membacanya rasa biasa aja :) Ok cukup pasal sarapan. Destinasi pertama kami pergi selepas checkout ialah Pasar Tamu Gaya street. Kenapa saya bagitau hari ini ahad? Sebab pasar tamu di jalan Gaya ini hanya ada setiap ahad pagi sampai tengahari. Wah  pasar ini sangat meriah! Dari segala macam perkara yang boleh dijual, semuanya kelihatan disini. Hasil hutan, rotan dan segala macam akar kayu, ulam-ulaman, buah-buahan. Dar

Cuti cuti Sabah Hari Pertama

Mula cuti sekolah, kami sekeluarga bersama emak dan kak Tini melancong ke Sabah. Alhamdulillah hajat bercuti yg telah dirancang 9 bulan lamanya, akhirnya telah dapat terlaksana, dengan izin Nya. (Lama betul tu! 9 bulan hehe booking flight sejak bulan 2 utk pergi bulan 11) Flight dari Klia pukul 12.30, tapi kami dah check in sejak jam 10 pagi lagi. Sampai di KK jam 3.00 petang aduh kelaparan! Destinasi pertama yang dituju ialah mencari tempat makan tapi maklumlah tak pernah sampai ke sana, maka tercari-cari tempat makan yang sesuai. Memang tak 'ternampak di mata" mana gerai makan tengahari sebab pukul 3 disana dah macam pukul 4 petang. Manalah orang ada cari lunch lagi dah. Pusing punya pusing maka berhentilah kami di Anjung Senja. Menarik juga tempat ni, lokasi di tepi laut, makan sambil melihat pemandangan laut dan kapal-kapal yang berlabuh. keceriaan anak2 dalam penerbangan (sebenarnya lebih kepada tak reti duduk diam~ ) senyuman bermakna dari seorang ibu (terima

Percutian di Bukit Tinggi

Bukit Tinggi, atau berjaya Hills. Ini entry  kedua. Sebelum ni saya cuma ceritakan tentang tempat penginapan kami, Dusun Nora . Kali ni nak kongsi gambar2 kami berjalan pula. Taman Arnab       Saya memang tidak begitu gemar dengan binatang peliharaan ini, sebab entahla. Mungkin baunya yang kurang enak menyumbang kepada faktor saya tidak berminat memegangnya. Tapi disini, arnab yang dilepaskan dikawasan untuk bermain memang jinak, dan kawasan bermain arnab, bersih. Sangkarnya ditempat lain. Arnab yang dilepaskan pula ditempat lain Dua kawasan berasingan menyebabkan kebersihannya agak terpelihara. Selain itu, anak2 juga nampak gembira berkejaran dengan si rusa yang jinak, yang juga dilepaskan dekat untuk kita menyentuhnya. Selain arnab, ada rusa, ada merak, ada juga hamster dan kura-kura. Bila anak2 dah penat di ruang binatang, ada juga tempat permainan khusus untuk mereka bermain. Pendek cerita, tempat ini memang enjoy untuk anak2 ini. Colmar Tropicale Co

5 sains 2012

           Waaahh~ sayang betul pada mereka ni , hingga buat satu entry  khusus untuk mereka. Memang betul saya sayang mereka. Ini adalah batch  pelajar yang saya ajar, 5 orang daripadanya sejak mereka tingkatan 2(guru kelas lagi!) dan hampir kesemuanya sejak mereka tingkatan 3. Masa tahun ke-2 saya di sekolah ini, saya diberi kepercayaan memegang hampir semua kelas utama tingkatan 3 untuk subjek matematik. maksudnya masa mereka pmr dulu. Mereka telah kenal dengan rentak pengajaran saya, sebelum mereka memasuki kelas addmath  bersama saya. Keseluruhannya, saya bersama-sama mereka dalam dunia matematik sudah menjangkau 4 tahun! Orang kata, 1 tahun dah mesra,  2 tahun pun dah sayang, 3 tahun dah kasih, 4 tahun? memang dah macam anak sendiri! Kenal dengan pelbagai ragam dan karakter mereka. Sebenarnya idea saya berblog ini pun antara sumber inspirasinya adalah mereka. Beberapa persoalan dan cetusan pertanyaan yang mereka beri kepada saya. lalu saya search, mula menjelajah dalam dunia bl

Dusun Nora , Bukit Tinggi

         Kami belum pernah ke Bukit Tinggi, atau digelar Berjaya Hills di Malaysia. Beberapa tekanan ditempat kerja menyebabkan saya dan suami craving for holidays. Sangat-sangat nak bercuti! Maka tanpa dirancang, malam buat keputusan, search  serba sedikit, suami menelefon, maka seawal subuh saya pun berkemas barang-barang untuk kami ke Bukit Tinggi.           Dari Seremban ke Bukit Tinggi mengambil masa lebih kurang 3 jam melalui lebuhraya PLUS, ke MRR2 dan seterusnya memasuki lebuhraya Karak. Suami sudah menempah penginapan di Nora Lodge , Berjaya Hill.   Nora Lodge  atau Dusun Nora ini ditemui hasil pencarian di internet kerana percutian tak terancang macam kami ni, bajet pun tak besar. Banyak orang menyatakan kos percutian di Bukit Tinggi mahal, hotelnya sahaja lebih RM200. Dek kerana nak sangat kenalah cari yang memenuhi bajet :)         Untuk sampai ke kawasan penginapan ini, kami melalui jalan naik ke Bukit Tinggi dan menemui papan tanda Dusun Nora di sebelah kanan ja