Skip to main content

5 sains 2012

           Waaahh~ sayang betul pada mereka ni , hingga buat satu entry khusus untuk mereka. Memang betul saya sayang mereka. Ini adalah batch  pelajar yang saya ajar, 5 orang daripadanya sejak mereka tingkatan 2(guru kelas lagi!) dan hampir kesemuanya sejak mereka tingkatan 3. Masa tahun ke-2 saya di sekolah ini, saya diberi kepercayaan memegang hampir semua kelas utama tingkatan 3 untuk subjek matematik. maksudnya masa mereka pmr dulu. Mereka telah kenal dengan rentak pengajaran saya, sebelum mereka memasuki kelas addmath bersama saya. Keseluruhannya, saya bersama-sama mereka dalam dunia matematik sudah menjangkau 4 tahun! Orang kata, 1 tahun dah mesra,  2 tahun pun dah sayang, 3 tahun dah kasih, 4 tahun? memang dah macam anak sendiri! Kenal dengan pelbagai ragam dan karakter mereka.

Sebenarnya idea saya berblog ini pun antara sumber inspirasinya adalah mereka. Beberapa persoalan dan cetusan pertanyaan yang mereka beri kepada saya. lalu saya search, mula menjelajah dalam dunia blog-blog cikgu lain, hingga akhirnya wujudlah blog ini, ADD MATH? or ADD MAD??

Disini ingin saya kongsikan gambar2 mereka masa hari kelas tambahan terakhir sebelum peperiksaan SPM kertas Matematik Tambahan yang lalu. Hey~ saya masukkan gambar ini berdasarkan yang kawan korang candid ye!


 
Eh? Cikgu shaliza pun ada? yang ni, sebab muka si shafika langsung takde dalam kamera saya. Nanti merajuk hati pulak takde muka kamu. Saya jumpa gambar ni dalam fb Aqilah. Hahaha saya guna pakai ye..


Ini gambar masa malam persaraan cikgu Jabbar. ceria betul semua time ni kan! Ini saya jumpa dalam fb hanif hoho. Ada watak tambahan budak kecik sebelah hilmi tu, anak saya lah tu hehehe



Dengan cikgu Jusiman. Err kat fb sapa ntah saya ambil gambar ni.


          Mana gambar penuh mereka dengan saya? Jawapannya, takde! Kenapa? sebab masa hari terakhir mereka sebelum SPM, saya takde di sekolah, pergi ke taklimat PBS ting 2. Masa saya sendiri yang bawak kamera tu, saya tak teringat nak suruh mereka berkumpul ambik gambar. Sebabnya? Haha sebab saya banyak membebel. dan lepas mereka bersalam, saya berkemas2 terus je keluar huhu tak dapat lah ambik gambar. Takpelah ada gambar masa malam persaraan tu, terubat juga lah ralat saya tu :)

         Apapun, saya mendoakan kejayaan cemerlang kalian dalam peperiksaan SPM 2012. Saya percaya kalian telah usaha yang terbaik, untuk diri sendiri. Sekarang masanya untuk bertawakal, dan berserah kepada Allah. Sampai masanya kalian membawa haluan masing-masing.Sayonara~ moga berjumpa lagi di lain masa. All the best to all of you!















Comments

Popular posts from this blog

Tema colour blocking untuk hari guru 2018

         Sambutan hari guru tahun ni meriah sungguh dengan pelbagai warna warni pakaian guru2 smk durian mas. Tema colour blocking sememangnya tema yg menarik kerana guru2 dikehendaki memakai pakaian yg berbeza2 dan kontra warna nya. Tidak boleh sama kaler tudung dgn kaler baju dengan kaler kain dengan kaler kasut dengan kaler handbag hehehehe memang puas juga lah membuka wardrobe dan menyuai padan semua kaler2 baju sedia ada hihihi 😁         Semua rakan guru tak kira lelaki atau wanita mmg bersatu hati memenuhi kehendak tema. Saya kebetulan merupakan guru bertugas minggu ni. Jadi tak dpt sama2 berselfie masa pagi sebelum semua guru bersedia berarak dan masuk ke dewan dmas. Anggun, jelita, hensem, gojes semua rakan2 guru 😍 colourful hehehe Walaupun kami bertugas mengawal murid2, nak selfie jugak hahahaha Aktiviti hari guru adalah seperti masa2 sambutan yg lalu, membaca perutusan dari pihak2 atasan seperti kppm dan jpn, sukaneka, persembah

Fibroid : Wanita tanpa rahim

Ini cerita saya yg terkini. 2019 yg penuh memori. Gambar harini, first day kerja, 3 minggu selepas pembedahan. Muka nampak cengkung dan kurus sgt. Saya hilang byk berat badan dek kerana hilang byk sgt darah sebelum ni. Harap lepas ni dpt berisi sikit hehe Hari ini genap 3 minggu selepas saya membuat pembedahan buang fibroid dan rahim. Hari ni juga hari pertama saya mula bekerja semula. Alhamdulillah  dapat kelulusan untuk duduk mengajar di bilik khas bilik APD( alat pandang dengar) sepanjang 2 minggu akan datang ni. Jadi tak perlu naik tangga turun tangga untuk ke kelas2 pelajar. Hanya duduk di sini dan menunggu pelajar2 saya datang. Walaupun secara keseluruhan nya saya merasa sihat dan sudah boleh mula bekerja, tetapi kena juga menjaga kesihatan supaya tak mendatangkan apa2 mudarat. Jangan berjalan banyak, jangan berjalan laju sgt, dan jangan angkat benda2 yg berat. Sekurang2nya sebulan setengah kata doktor. Sebab tu saya mohon izin duduk bilik ni buat sementara. Men

20 Aktiviti untuk Pelajar Pasca PT3

Setelah selesai Pentaksiran PT3, waktu persekolahan masih ada berbaki lagi sebulan lebih bagi pelajar-pelajar tingkatan 3. Nak belajar lagi? Rasanya inilah ruang dan waktu untuk mereka melepaskan tekanan selepas berusaha bersungguh-sungguh belajar dari awal tahun untuk memastikan kecemerlangan dalam pencapaian akademik mereka.  Apa yang boleh dilakukan oleh para pelajar? Aktiviti yang masih berada dalam skop pembelajaran, pdp luar bilik darjah. Sekolah saya telah menetapkan bahawa pelajar-pelajar ini akan di kawal selia oleh satu unit panitia sekurang-kurangnya 3 kali pertemuan di sepanjang tempoh program pasca. Guru-guru yang terlibat akan merancang dan menjalankan aktiviti sepanjang waktu pdp sehari bersama panitia yang ditetapkan. Berikut saya kongsikan antara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan oleh pelajar pasca pt3 2017 sekolah saya. 1. English Day Carnival     Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang sehari ini ialah explorace dan treasure hunt. 2