Skip to main content

Posts

Fibroid : Wanita tanpa rahim

Ini cerita saya yg terkini. 2019 yg penuh memori. Gambar harini, first day kerja, 3 minggu selepas pembedahan. Muka nampak cengkung dan kurus sgt. Saya hilang byk berat badan dek kerana hilang byk sgt darah sebelum ni. Harap lepas ni dpt berisi sikit hehe Hari ini genap 3 minggu selepas saya membuat pembedahan buang fibroid dan rahim. Hari ni juga hari pertama saya mula bekerja semula. Alhamdulillah  dapat kelulusan untuk duduk mengajar di bilik khas bilik APD( alat pandang dengar) sepanjang 2 minggu akan datang ni. Jadi tak perlu naik tangga turun tangga untuk ke kelas2 pelajar. Hanya duduk di sini dan menunggu pelajar2 saya datang. Walaupun secara keseluruhan nya saya merasa sihat dan sudah boleh mula bekerja, tetapi kena juga menjaga kesihatan supaya tak mendatangkan apa2 mudarat. Jangan berjalan banyak, jangan berjalan laju sgt, dan jangan angkat benda2 yg berat. Sekurang2nya sebulan setengah kata doktor. Sebab tu saya mohon izin duduk bilik ni buat sementara. ...

Raya 2019

Tahun ni pertama kali berhari raya tanpa mak disisi. Mak pergi meninggalkan kami adik beradik pada 25 februari yg lalu. Suasana pagi raya suram sikit pagi ni. Sebab hanya kami je yg balik sama seperti tahun2 sebelumnya. Saya simpankan gambar kenangan raya pertama tanpa emak ni di sini di dalam blog saya. Al fatihah buat emak dan juga abah yg telah pergi dulu meninggalkan kami. Insha Allah kami juga akan menyusul kalian ke sana. 3 beradik je yg dpt berkumpul pagi ni. Alhamdulillah lebih baik dari tiada. Gambar keluarga kecil kami. Kebetulan kena dengan musim durian Masa buka puasa yg terakhir pun makan durian juga 😅😅 Tahun ni belajar masak sambal goreng sendiri. resepi emak. Selalu balik je memang mak dah siap masak. Kali ni sebab nak makan punya pasal, kena masak sendiri. Syukur anak2 juga ringan tulang dan sudi menolong menyediakan bahan2. Gambar sebelum bergerak berjalan ke rumah sanak saudara. Bergambar dengan si sulung lukhman dan...

Aktiviti Pasca Pt3 2018 : lawatan sambil belajar ke balai bomba AMBS

Salah satu kelebihan smk durian mas, adalah berdekatan dengan pelbagai kemudahan asas utama kerana bandar al muktafi billah shah merupakan satu petempatan terancang. Antara kemudahan di sini adalah mempunyai klinik kesihatan, balai polis dan balai bomba. Baru baru ini, sempena program pasca pt3 sek saya, saya telah merancang untuk membawa anak2 murid saya melawat balai bomba ambs untuk mendapatkan sedikit ilmu pengetahuan di luar bilik darjah.    Aktiviti ini sangat menarik perhatian anak2 murid saya kerana balai bomba bukan lah suatu tempat yang boleh dilawati sesuka hati. Ayat saya pada anak2 murid saya, "kamu semua setiap hari lalu lalang di depan balai bomba ini. Tapi tak pernah masuk dan tahu apa yang ada di dalam balai bomba ini kan?" :) Pssstt cikgu orang johor. Jadi bahasa pun bahasa luar lah hahahahhaha ayat anak murid saya. Bukan lalu lalang cikgu. Tapi gi mari, gi mari. Hihihihi Masing2 ceria nak ke balai bomba. Kami berjalan kaki sahaja kerana jarak antar...