Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2012

Pengurus Pasukan Bola Jaring

Dua hari berturut-turut saya tidak hadir ke sekolah kerana menjadi pengurus pasukan bola jaring daerah Kuala pilah di kejohanan bola jaring MSSNS 2012 yang berlangsung 16 dan 17 februari. Sebenarnya, saya tidak pernah terlibat secara langsung dalam apa2 jua perlawanan sukan sebab memang seorang yang kaki bangku sejak kecil lagi.Tidak punya bakat dan minat untuk bermain secara aktif dalam apa2 acara sukan pun. Sejak menjadi guru (dulu 3 tahun mengajar di sekolah sukan bandar penawar) , walaupun pernah mengiringi pelajar ke Thailand untuk pertandingan di sana selama 2 minggu, tapi saya tetap tidak mengerti dan memahami apakah keseronokannya bersukan. Apa yang sering saya leterkan kepada pelajar "kenapa kamu ni aktif sangat kan dah ketinggalan dalam pelajaran".. "hmm saya takkan ulang lagi topik tersebut saya sudah ajar haritu, pandai2lah kamu nak bertanya dan belajar dengan kawan2 apa yang tertinggal". Tapi 2 hari yang saya lalui bersama pelajar di kejohanan ini, me