Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2018

Riang ria raya dmas 2018

Tarikh 28 jun 2018 yg baru berlalu, merupakan tarikh sambutan raya peringkat sekolah di seluruh Terengganu. Smk durian mas meraikan nya dengan pelbagai juadah tradisi hari raya, dan pakaian hari raya yg berwarna warni. Meriah. Memang meriah 😍😍 Kelab Guru dan Kakitangan Sekolah membahagikan semua warga guru dan staf kepada beberapa kumpulan yang bertanggungjawab menyediakan makanan mengikut cabutan undi. Kumpulan saya kena sediakan air minuman, kuih muih dan colek buah2an. Persediaan makanan dan minuman adalah utk anggaran 800 orang warga dmas secara keseluruhannya. Oleh kerana kumpulan kami menyediakan buah2 rojak style, dan air2 minuman, maka kumpulan kami antara yg paling sibuk di pagi2 hari jamuan tersebut. Kupas buah, potong buah, susun kuih muih, bancuh air minuman. Tanpa kekuatan dan kerjasama kumpulan, pasti sukar semuanya nak dilakukan dalam jangka masa yang ditetapkan.  Terima kasih pada semua ahli kumpulan saya. Cikgu maizatul, cikgu ismeehan, teacher fatihah,