Skip to main content

Posts

Trip piknik Hulu Paka

Hulu Paka merupakan kawasan awal di mana punca permulaan air kepada sungai paka. Sungai Paka mempunyai banyak cabang2 sungai awal yang kesemuanya dipanggil Hulu Paka. Salah satu cabang sungainya terletak jauh ke dalam kawasan hutan yang dulu nya merupakan kawasan penempatan asal penduduk durian mas, Terengganu. Itulah sungai yang saya pegi ni.  Lokasinya dapat dicapai melalui jalan masuk dari hadapan risda durian mas, bandar al muktafi billah, berdekatan dengan simpang tiga yang dikenali dengan nama Simpang Mek Bulu. Laluan masuk ke salah satu sungai cabang Hulu Paka Memasuki kawasan ini, anda akan dihidangkan dengan pemandangan kebun kebun dan tanah2 persendirian milik penduduk durian mas. Dusun durian, dusun rambutan, duku langsat, pisang dan buah2an lain. Lebih kurang 8 km ke dalam, baru lah kawasan kebun bertukar menjadi kawasan laluan tepi hutan.   Meneruskan perjalanan, anda akan temui laluan lori balak, dan ada juga kem kem balak. Ada banyak alur2 sungai...

Aktiviti Pasca Pt3 2018: Taste of ratio and proportions

Hebat kan nama tajuk aktiviti pasca kami? Hehehe di bawah panitia matematik. Jadi nama pun  kena berciri kan matematik  lah :) Sebenarnya apa yg kami lakukan hari ini? Memasak cekodok ;) :) :) Special tau masak cekodok ni. Pelajar2 kena sukat tepung, air, garam dan bahan2 lain dengan tepat dan betul baru lah dapat menghasilkan cucur atau cekodok atau jemput2 yg sedap, lembut dan yummyyy deliciouss :) :) Apa yg disediakan oleh panitia hanyalah tepung, minyak dan dapur untuk menggoreng. Selebihnya, terpulang kepada para pelajar dan kumpulan masing2 untuk membawa bahan tambahan apa bagi menambah perisa dan menyedapkan cekodok masing2. Semua pelajar bersemangat mengadun bahan masing2 untuk dijadikan jemput2 atau cekodok yang sedap.  Juri jemputan, cikgu suria sedang merasa cekodok yang dihasilkan oleh para pelajar. Pelbagai rupa cekodok dan dekorasi yang menarik di persembahkan oleh para pelajar. Sangat teruja m...

Musim manggis dah tiba

Saya sudah lama tidak menjengah ke kebun di belakang rumah mak dan arwah abah. Sangat lama. Zaman kanak2 saya, memang dihabiskan di kebun ini, namun semakin dewasa, semakin jarang dan sudah bertahun tidak menjejakkan kaki. Saya akui ini kelemahan saya. Sewaktu musim banjir melanda johor januari 2007, abah mengalami sedikit tekanan emosi kerana pokok2 tanaman nya habis mati di landa banjir. Berhari2 lama nya malah makan masa hampir berbulan juga abah berdiam diri, kurang berbual dan banyak termenung,  sukar menerima hakikat kebun buah buahan nya menjadi seperti padang jarak padang tekukur. Pokok rambutan, pokok durian, pokok limau kasturi yang berpuluh puluh pokok, semua nya mati kerana akar terendam air melebihi seminggu. Pada masa itu, saya sendiri langsung tidak terpanggil untuk menjengah, untuk melihat pokok apa yg masih berjaya hidup. Rupanya, pokok2 manggis tanaman abah, walau sudah terendam dan menunjukkan tanda2 hampir mati, namun pokok2 ini berjaya survive. Tak mati. Cu...