Skip to main content

Posts

Mencari damai di Tasik Banding, Royal Belum

Saya memang telah lama menyimpan angan2 utk bercuti ke tasik banding, yg terletak di hutan simpan diraja Belum, Grik, Perak. Bila suami memberitahu sahabat mendaki dia buat program naik rumah bot di tasik banding, melompat2 teruja saya mendengarnya hihihi~  Pada hari yang dirancang, kami bertolak dari paka, Terengganu selepas asar. Perjalanan agak santai bagi kami sekeluarga kerana sasaran kami adalah untuk bermalam di atas rnr titiwangsa sebelum sampai ke tasik banding. Alhamdulillah perjalanan yg lancar, sempat singgah di sate jabi, besut untuk makan malam sebelum akhirnya tiba pada jam 12 lebih malam di rnr titiwangsa.                       Lukhman dan shahida yg paling lewat tidur.                                       Kebetulan masa kami di sini, ada seekor gajah yg tersesat masuk ke kawasan rnr dan makan pokok ...