Skip to main content

Posts

Kejohanan Badminton zon Bukit Besi 2018

Baru saja selesai acara kejohanan badminton peringkat zon di sek mrsm imtiaz. Pada tahun ini, saya telah dilantik menjadi guru penasihat kelab badminton sekolah. Ini suatu perkara yg sangat baru sejak saya menjadi guru penasihat kelab persatuan bagi mana-mana sekolah yang saya berkhidmat. Dari sekolah sukan, ke damai jaya, ke jelai hingga sekarang ke durian mas. Walaupun badminton permainan yang pernah saya main sejak kecil sebab abah belikan raket nya, pernah bersama abah dan mak menonton thomas cup semasa Malaysia berjaya menjuarai nya suatu tahun dahulu, membeli komik dan menonton cerita anak anak sidek, dan antara mainan sukan yang dimainkan bersama anak-anak di petang hari. Tapi menjadi guru penasihatnya adalah tetap suatu yang baru bagi saya.  Segala gala tentang badminton ini juga menjadi seakan benda baru bagi saya. Peraturan nya, pengadilan nya, pengiraan markahnya, cara in dan out ketika permainan berlangsung. Saya juga belajar bagaimana mahu menilai pemain berba...

20 Aktiviti untuk Pelajar Pasca PT3

Setelah selesai Pentaksiran PT3, waktu persekolahan masih ada berbaki lagi sebulan lebih bagi pelajar-pelajar tingkatan 3. Nak belajar lagi? Rasanya inilah ruang dan waktu untuk mereka melepaskan tekanan selepas berusaha bersungguh-sungguh belajar dari awal tahun untuk memastikan kecemerlangan dalam pencapaian akademik mereka.  Apa yang boleh dilakukan oleh para pelajar? Aktiviti yang masih berada dalam skop pembelajaran, pdp luar bilik darjah. Sekolah saya telah menetapkan bahawa pelajar-pelajar ini akan di kawal selia oleh satu unit panitia sekurang-kurangnya 3 kali pertemuan di sepanjang tempoh program pasca. Guru-guru yang terlibat akan merancang dan menjalankan aktiviti sepanjang waktu pdp sehari bersama panitia yang ditetapkan. Berikut saya kongsikan antara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan oleh pelajar pasca pt3 2017 sekolah saya. 1. English Day Carnival     Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang sehari ini ialah explorace dan treasure hunt. ...