Skip to main content

Posts

new year, new environment, new task

Setahun sudah berlalu sejak post yang terakhir dalam blog ni. haachummmm~~! berhabuk dan bersawang tak berjenguk dan tak berkemas dan tak ber update. Dah bermacam-macam peristiwa / event / cerita / kisah / ujian / dugaan pahit dan manis yang berlaku dalam hidup saya dalam tempoh setahun sejak post saya yang terakhir. Peristiwa2 yang kejap rasa nak update, kejap lupa, kejap rasa malas update, lepas tu teringat terkenang2 hahaha (kan senang kalau cakap ko malas jek) hiiihiii Tapi yang paling menyayat hati saya, adalah peristiwa handphone kesayangan yang rosak teruk dan tidak dapat diselamatkan..huhuhu...sedih yang tak dapat nak diungkap dengan apa jua kata2 pun. terlalu banyak kenangan dan screenshot motivasi dan resepi dan lagu dan ceramah2 motivasi dan nombor phone semua kenalan dan gambar2 di dalamnya yang sukar diganti dengan 10 ke 100 pun handphone baru. tak akan sama. tak akan sama. Tapi itulah, Allah menguji. Kita bersabar. Moga Allah menggantikan kehilangan dengan perkara...

Trip Jelajah Selatan Thailand - Hatyai hari ke 4

Selepas menghabiskan sepetang di Samila Beach, Songkhla,(anda boleh baca entry tersebut di sini ) kami meneruskan perjalanan ke Hatyai pula. Hatyai juga merupakan salah satu dari bandar di dalam wilayah Songkhla. Hatyai merupakan kota metropolitan terbesar di selatan Thailand, dan kota metropolitan ketiga terbesar di Thailand. Pusat pentadbiran banyak terletak di utara Songkhla, manakala kawasan urusniaga(industri bisnes) banyak di Hatyai. Hatyai asalnya merupakan suatu perkampungan kecil yang biasa, tapi kemudiannya berkembang secara luar biasa sejak kewujudan stesen keretapi yang menjadi penghubung utama di Selatan Thailand. Malahan keretapi Malaysia iaitu KTM juga menjadikan stesen Hatyai sebagai stesen terakhir. Maknanya, sesiapa dari Malaysia boleh masuk ke Thailand dengan menaiki keretapi sehingga ke stesen Hatyai. Ketika sampai di Hatyai, jam telah menunjukkan pukul 7 malam waktu Malaysia, bermaksud pukul 8 malam waktu Thailand. Kami terus menuju ke pusat bandar Hatyai...