Skip to main content

Posts

Trip Jelajah Selatan Thailand - Pattani dan Songkhla Hari ke 3

Ini entry ke tiga, Jika ingin baca entry kedua laluan Narathiwat, boleh baca di sini . Atau jika ingin baca entry ketika di golok hari pertama, boleh baca di sini . Kami tiba di Pattani dah senja. Terus menuju ke hotel yang telah ditempah oleh suami iaitu C.S Pattani Hotel . Hotel ini merupakan hotel yang mendapat kedudukan pertama di antara hotel-hotel di Pattani. Hotel ini mempunyai kolam, salah satu syarat wajib untuk anak-anak kami huhuhu Nasi kerabu yang sangat istimewa. Sedaappppp~~ Antara menu sarapan pagi yang unik di hotel ini. Sebenarnya first time  jumpa nasi kerabu sebagai menu pagi hotel. Excited saya bila nampak ni. waahhh Sata!! tapi suami kata bukan. Itu pulut panggang sebenarnya tapi di bungkus seperti sata hihihihi lain padang lain belalang. jauh perjalanan luas pandangan hehe Suasana pemandangan kolam di C.S Pattani Hotel Anak-anak mandi kolam dengan gembiranya. Dua jam saja masa yang kami berikan untuk mereka mandi. Itupun katanya tak ...

Trip Jelajah Selatan Thailand - Narathiwat dan Pattani Hari ke 2

Ini entry kedua. Anda boleh baca trip di golok hari pertama. Selepas bershopping toto dan beberapa barangan yang menarik perhatian, sahabat suami menjamu kami makan tengahari di kedainya sebagai ucapan salam perpisahan. Golok merupakan salah sebuah daerah dalam Narathiwat dan kini kami menghala ke ibu negerinya, Mueang Narathiwat. Tak Bai juga salah satu daerah sempadan di antara malaysia Thailand. Papan tanda selamat datang ke Narathiwat Narathiwat adalah antara wilayah Thailand yang terletak di pesisiran pantai dan lebih 80% penduduknya beragama islam. Antara pekerjaan utama di sini adalah peniaga dan nelayan. Sekejap sahaja kami di sini kerana destinasi seterusnya adalah Wilayah Pattani. Pattani, di ambil sempena nama asalnya 'Pantai ini', merupakan salah satu lagi wilayah di selatan Thailand. 88% populasi Pattani merupakan bangsa melayu Islam.  Antara kampung-kampung yang ada dalam laluan kami semasa perjalanan ke P...

Trip Jelajah Selatan Thailand -Golok Hari 1

Sungguh lama rasanya tidak menulis tentang aktiviti kesukaan kami sekeluarga iaitu melancong. Kali ini kami mengorak perjalanan keluar dari sempadan negara Malaysia. Travel kali ini adalah perjalanan pertama ke luar negara bagi Lukhman, Yussuf dan Khadijah. Namun memang perjalanan pertama bagi Fateh, si kecil saya berusia 5 bulan. Amboiii keluar negara terus kau Fateh! Sebagai permulaan, kami hanya pergi ke sebelah selatan Thailand, iaitu masuk melalui Rantau Panjang ke Golok, ke Narathiwat, ke Pattani, ke Songkhla dan turun semula ke Hatyai, seterusnya ke Dannok dan masuk semula ke Malaysia melalui sempadan di Bukit Kayu Hitam. Perjalanan ini tidak terancang. Bila sahabat saya di sekolah, cik Jah memaklumkan tentang majlis perkahwinannya yang akan berlangsung di Ketereh, Kelantan, pada 2 Jun 2015,  saya dengan penuh semangat kata akan hadir. Insha Allah hadir. Sedaya upaya akan hadir hahahaha.(hebatkan kesungguhan saya hihi).. ini antara sahabat baik saya di sekolah. Sebenarny...