Skip to main content

Posts

Trip Jelajah Selatan Thailand -Golok Hari 1

Sungguh lama rasanya tidak menulis tentang aktiviti kesukaan kami sekeluarga iaitu melancong. Kali ini kami mengorak perjalanan keluar dari sempadan negara Malaysia. Travel kali ini adalah perjalanan pertama ke luar negara bagi Lukhman, Yussuf dan Khadijah. Namun memang perjalanan pertama bagi Fateh, si kecil saya berusia 5 bulan. Amboiii keluar negara terus kau Fateh! Sebagai permulaan, kami hanya pergi ke sebelah selatan Thailand, iaitu masuk melalui Rantau Panjang ke Golok, ke Narathiwat, ke Pattani, ke Songkhla dan turun semula ke Hatyai, seterusnya ke Dannok dan masuk semula ke Malaysia melalui sempadan di Bukit Kayu Hitam. Perjalanan ini tidak terancang. Bila sahabat saya di sekolah, cik Jah memaklumkan tentang majlis perkahwinannya yang akan berlangsung di Ketereh, Kelantan, pada 2 Jun 2015,  saya dengan penuh semangat kata akan hadir. Insha Allah hadir. Sedaya upaya akan hadir hahahaha.(hebatkan kesungguhan saya hihi).. ini antara sahabat baik saya di sekolah. Sebenarny...

Tema kesultanan melayu melaka untuk Sambutan Hari Guru 2015

Meriah sambutan hari guru kami tahun ni. Tema nya ialah Kesultanan Melayu Melaka. Kami semua di kehendaki berpakaian seperti golongan bangsawan ketika zaman kesultanan melayu Melaka. Semua anak murid pun kena berpakaian baju melayu dan baju kurung. Cuma selempang pelajar ialah kain batik untuk kerudung pelajar perempuan dan kain pelikat untuk selimpang pelajar lelaki. Sebab mereka adalah rakyat jelata hahahaha. Seronok sangat sebab semua terlibat bagi menjayakan tema ini. Gambar memang sengaja di hitamputihkan untuk lebih suasana dulu dulu hihihi Sultan Jelai (pengetua kami) melancarkan majlis dengan acara memanah. Bendahara Istana (GPK 1)  di kelilingi kekanda dan adinda istana :) Panglima sedang berperang hohoho (lawan main batu seremban) Antara acara dan permainan yang dimainkan oleh kami pada temasya ini ialah batu seremban, galah panjang, konda kondi, congkak, tangkap ayam, memanah, jalan atas tempurung, menganyam ketupat dan tengteng. ...

Bengkel Matematik Tambahan di SM Sains Tuanku Jaafar

Pada 11 April lalu, saya telah menghantar 4 pelajar matematik tambahan sekolah saya bagi menghadiri suatu bengkel kecemerlangan matematik tambahan di Sek Men Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah. Sebenarnya, program ini adalah program mingguan bagi sekolah tersebut. Setiap minggu, sekolah tersebut akan mengumpulkan para pelajarnya untuk suatu program perkampungan dari petang Jumaat sehingga Ahad tengahari. Program perkampungan itu menumpu kepada satu subjek sahaja pada setiap minggu. Kebetulan minggu ini merupakan minggu yang dikhususkan untuk subjek matematik tambahan. Maka Panitia Daerah pun menumpang sekaki lah menghantar wakil pelajar dari sekolah masing-masing termasuk sekolah saya hehe Program ini sangat memberi makna kepada para pelajar saya kerana mereka mendapat manfaat yang sangat banyak terutama bagi silabus tingkatan 4. Mereka di duduk kan dalam kumpulan kumpulan berbeza, dan setiap kumpulan mempunyai seorang guru muda serta seorang fasilitator yang terdiri dari pelajar ter...

Sepi di Maya

Sudah lebih setahun menyepi dari mengemaskini blog. Banyaknya sawang! hihi Sebenarnya, saya mengandung anak ke empat. Masa mengandung kali ini, pelbagai ujian yang datang hingga tidak punya ruang dan kesempatan untuk menulis. Alhamdulillah segala ujian sudah beransur-ansur dapat di atasi..dan banyak telah dipermudahkan oleh Allah. Inilah cahaya mata ke empat. Fateh. Sekarang sudah berusia 5 bulan. Menjadi mangsa buli oleh abang dan kakaknya haha~ empat permata belahan jiwa. 

Santai di Ulu Bendul

Noi asyik menyebut nak mandi kolam, nak mandi kolam, nak mandi kolam..sampai rasa rimas telinga mendengarnya. Rasanya dah seminggu mengemas2 baju renangnya dan membelek2 pelampungnya...Aduhai anak.. anak.. Maka, untuk menunaikan hajatnya, kami pun sepakat ke Ulu Bendul, air terjun yang berhampiran dengan kami di Seremban. Lokasi Ulu Bendul ni memang dalam 15 minit saja dari rumah. Hutan Lipur Ulu Bendul ini terletak dalam laluan saya menuju ke sekolah setiap hari. Air terjun Ulu Bendul merupakan air yang mengalir dari atas Gunung Angsi yang saya daki tidak lama dahulu (anda boleh baca entry nya di sini ). Kawasan untuk perkelahan di Ulu bendul ini ada dua bahagian. Bahagian yang mengekalkan keaslian jeramnya, batu-batu dan curahan air jeram. Satu bahagian lagi yang telah diubahsuai hingga mempunyai kemudahan-kemudahan seperti kolam khas untuk kanak-kanak, budak-budak besar, dan dewasa, lengkap dengan gelongsor air. Satu yang menarik, walaupun dilengkapi banyak kemudahan, lokasi ini ...