Skip to main content

Posts

Syiling dan batu

Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya. Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya.Lelaki itu menoleh ke kiri,kanan dan disekelilingnya.Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya. Tidak lama kemudian,lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama,dia mengambil dan menyimpannya. “Rezeki aku!” kata lelaki itu dalam hati. Lelaki itu tidak sedar,logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu. Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya.Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan,cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah. ...

Gotong Royong Muhibbah

Saya selaku wakil pemimpin pengakap sekolah, telah menerima jemputan untuk membawa 4 orang pelajar saya ke satu aktiviti kemasyarakatan yang berlangsung di Kg. Air Runtuh, Johol. Aktiviti ini dianjurkan oleh SMK Datuk Undang Abd Manap (Duam) sempena penyertaan mereka dalam pertandingan inovasi Toyota Eco Youth. Banner ini dipasang di jalan masuk ke kampung tersebut.  Saya memilih seorang pengakap muda dan 3 orang pengakap remaja untuk mengikuti program ini. Walaupun hanya sebagai jemputan untuk khidmat masyarakat ini, tapi saya mengambil kesempatan untuk menilai pelajar saya bagi mendapat lencana pemelihara(Pengakap Muda) dan lencana perkhidmatan(Pengakap Remaja).                                                                                       peme...

10 Perangkap yang dilalui semasa ulangkaji Matematik Tambahan

Sebagai pelajar, ada beberapa perkara yang sering bermain di dalam minda tentang sesuatu subjek, terutamanya subjek matematik tambahan. Pastikan anda mengambil tindakan untuk setiap permainan minda tersebut. 1. "Saya tidak tahu di mana nak mula"      Ini masalah biasa. Jangan cepat rasa gelabah. Biasalah kalau anda bingung dengan jumlah topik yang banyak. Matematik Tambahan mempunyai 21 topik utama, itu belum dikira subtopik-subtopiknya lagi. Mulakan dengan membuat senarai sukatan pelajaran sebagai senarai semak apa yang sudah atau belum diulangkaji. Kalau dah sudah faham dan ulangkaji, tandakan  '/ ' menunjukkan anda sudah ulangkaji subtopik tersebut. Bila anda sedar yang banyak lagi topik belum study, tentu anda tidak akan buang masa kepada perkara-perkara lain. Checklist ini tak semestinya perlu bertaip, tulis saja dengan tangan, yang penting ada, supaya anda tahu apa yang sudah, dan apa yang belum diulangkaji. 2. "Banyaknya nak belajar...dan ma...

Lobak merah, telur dan biji kopi

Tiada manusia di dunia ini yang langsung tidak ditimpa masalah dalam kehidupannya. Tapi, terpulang kepada kita untuk menilai, dan memilih jalan mana yang wajar kita ikut. Jamil datang ke rumah ustaz Ibrahim menceritakan bagaimana hidupnya diuji dengan penuh kesusahan. Jamil berkata beliau tidak mampu menghadapinya lagi dan ingin berputus asa. Jamil memberitahu ustaz Ibrahim beliau teramat letih untuk meneruskan perjuangan dan berlawan… setelah satu masalah selesai, satu masalah baru pula timbul. Ustaz Ibrahim hanya mendengar dan tidak berkata apa-apa. Beliau menyuruh Jamil mengikutnya ke dapur. Jamil pun mengikut tanpa bertanya. Ustaz Ibrahim mengisi air di dalam tiga periuk kecil dan mendidih ketiga-tiganya serentak. Semasa air mendidih, Ustaz Ibrahim memasukkan lobak merah ke periuk pertama, telur ke periuk kedua dan biji kopi ke periuk ketiga. Jamil bertanya, “Apa yang ustaz buat? Nak masak apa tu?” Ustaz Ibrahim tidak berkata apa-apa dan membiarkan air mendidih selama 20 ...

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013

        Pesta Buku kembali lagi! tahun lepas tak pergi, sebab umur anak kecil saya masa tu baru setahun. Sabar..sabar... tahun ni, umurnya dah 2 tahun, rasa dah sesuai nak meng'heret'nya ke dalam dunia buku tanpa sempadan saya hehehe..         Maka, dengan menggunakan LRT dari rumah Kak Lina di Bandar Tasik Selatan, saya menggagahkan diri ke PWTC bersama 3 orang anak dan Kak Tini (thanks a lot!) Alasan kenapa begitu bersungguh2 tahun ni? tak tahulah..tapi memang sangat bersemangat untuk pergi walaupun seminggu ni suami out station.         Tiba di PWTC lebih kurang 11 pagi. Menjelajah dari satu booth ke satu booth. Dari satu hall ke satu hall. Terlalu banyak bahan bacaan yang terjual, terlalu ramai orang yang datang memenuhi, maklumlah hari ini hari ahad. Ramai yang cuti, pasti ramai yang mengambil kesempatan, termasuk kami :) Memang, dalam kesesakan tu, rasa bangga juga kerana rakyat Malaysia prihatin dengan buku2, mempuny...

sepagi di perpustakaan awam seremban

          Pada cuti sekolah baru-baru ini, saya membawa anak-anak ke perpustakaan awam seremban. Bagi anak-anak, ini adalah pertama kalinya mereka ke perpustakaan dan mereka tidak memahami kenapa kena menjadi senyap secara tiba2, sedangkan ketika membaca buku dirumah, atau ke mana2 pameran buku atau kedai buku, mereka boleh membacanya kuat-kuat.           Puas menerangkan bahawa di perpustakaan, kita mesti menghormati hak individu lain yang sedang membaca, berfikir dan menelaah ilmu, maka dengan itu, kita mestilah senyap supaya tidak mengganggu mereka. Tapi namanya pun kanak-kanak, faham sekejap, senyap sekejap. Kemudian jumpa sahaja buku yang disukai, dah bergelak dan bising semula (puas juga lah mohon maaf dan dijeling oleh pengunjung2 lain) buat muka tebal sajalah.  Ini ruang bawah yang dikhaskan untuk kanak-kanak. Ada bermacam-macam audio yang sesuai, ada beg bean yang dijadikan tempat duduk. Santai anak-anak saya berehat ...

Melawat Hari Terbuka ATM kem senawang

     Kem Senawang terletak sangat dekat dengan kawasan perumahan kami. Anak saya mempunyai beberapa kenalan yang merupakan anak2 tentera disini. Berkali-kali juga anak saya mengajak saya masuk ke dalam kawasan kem ini untuk melihat apa yang ada di dalam kem ini, tapi alasan saya, mana boleh masuk sesuka hati, nanti pakcik tentera tu tangkap kita menceroboh! haha~ Maka, kesempatan untuk masuk ke kawasan kem ketika kem ini mengadakan hari terbuka, tidak kami lepaskan.      Bermacam-macam aktiviti yang dijalankan di dalam kem ini sempena perayaan 80 tahun tentera bersama rakyat. Antaranya adalah permainan paint ball, flying fox, pameran peralatan-peralatan tentera, kenderaan tentera, persembahan nyanyian dan karaoke, jualan dan permainan pertandingan. Anak-anak saya tidak melepaskan peluang bermain flying fox. Mereka sungguh teruja untuk terbang diudara seperti si musang terbang~ haha.. Terima kasih yang tak terhingga buat saudara-saudara tentera dan bo...