Skip to main content

Posts

Permulaan 2013 : HOTS (higher Order Thinking Skills)

Alhamdulillah menjengah kita semua ke tahun baru 2013. Mudah-mudahan segalanya dipermudahkan Allah. Tahun ni saya dipertanggungjawabkan dengan 2 kelas matematik tambahan SPM ting 5, 2 kelas matematik PBS (satu kelas ting 1 dan satu kelas ting 2), dan 1 kelas matematik PMR ting 3. Masih lagi guru penasihat pengakap, dan guru penasihat kelab Bola Jaring. Aktiviti pertama yang saya lakukan adalah memberi taklimat HOTS kepada rakan-rakan guru Matematik dan Sains semasa mesyuarat bidang kali pertama. Apa benda HOTS ni? HOTs adalah singkatan kepada Higher Order Thinking Skills. Guru perlu memperbanyakkan soalan berbentuk HOTs dikalangan pelajar ketika sesi P&P. Soalan yang dikategorikan Hots adalah jenis-jenis soalan yang memerlukan pelajar mengeluarkan idea kreatif dan inovatif mereka dalam menjawab soalan. Dalam bahasa ringkas, pelajar mesti BERFIKIR, untuk menjawab soalan-soalan HOTs. Untuk menjelaskan lagi bagaimana yang dikatakan HOTs ini, kita boleh membezakannya melalui...

Cuti cuti sabah hari kedua part 2

Ini Entry sambungan. Anda boleh baca part 1 di sini . Atau hendak baca cerita hari pertama? Di sini . Perjalanan dari KK ke kundasang mengambil masa lebih kurang 4 jam lebih dengan santai dan singgah2  berhenti solat serta bergambar di Pekan Nabalu. Kami tiba di kaki gunung Kinabalu lebih kurang jam 2 petang. Bergambar di Timpohon Gate, tempat dimana semua pendaki-pendaki gunung memulakan trek perjalanan pendakian. Bergambar saja, tak mendaki pun :) we was here...kaki gunung Kinabalu :) abg macho. Dalam kabus. Sejuk sungguh tapi saja je bergambar taknak pakai sweater. Makan sekejap di Pekan Kundasang. Meneruskan aktiviti ke DESA Cattle Farm. Wow ala-ala New Zealand gitu! ladang lembu di pergunungan, kehijauan dengan lembu meragut rumput saujana mata memandang. Tapi pemandangan ini sempat kami saksikan lima minit sahaja sebab lepas tu kabus tebal terus menyeliputi kawasan dan semua lembu dipanggil ke rumah ladang untuk sesi pam susu. Takpelah yang penting Alla...

Cuti cuti sabah hari kedua part 1

Hello..sunday morning! Hari kedua kami di Sabah, dan hari ini hari ahad. Apa yang saya paling suka dengan Sabah Oriental Hotel adalah. menu breakfastnya yg sgt banyak dan memenuhi selera kami sekeluarga. Breakfast ala western dengan puding roti, ommelete, sosej, roti perancis toaster dan yogurt, breakfast ala malay taditional dengan nasi lemak, mihun dan nasi goreng, dan ala sabah ada bubur dengan sambal ikan masin yg sangat memikat hati. Saya bukanlah selalu menginap di hotel cuma inilah pertama kalinya sajian pagi yg banyak saya temui dihidangkan. Mungkin kalian yg membacanya rasa biasa aja :) Ok cukup pasal sarapan. Destinasi pertama kami pergi selepas checkout ialah Pasar Tamu Gaya street. Kenapa saya bagitau hari ini ahad? Sebab pasar tamu di jalan Gaya ini hanya ada setiap ahad pagi sampai tengahari. Wah  pasar ini sangat meriah! Dari segala macam perkara yang boleh dijual, semuanya kelihatan disini. Hasil hutan, rotan dan segala macam akar kayu, ulam-ulaman, buah-buahan....

Cuti cuti Sabah Hari Pertama

Mula cuti sekolah, kami sekeluarga bersama emak dan kak Tini melancong ke Sabah. Alhamdulillah hajat bercuti yg telah dirancang 9 bulan lamanya, akhirnya telah dapat terlaksana, dengan izin Nya. (Lama betul tu! 9 bulan hehe booking flight sejak bulan 2 utk pergi bulan 11) Flight dari Klia pukul 12.30, tapi kami dah check in sejak jam 10 pagi lagi. Sampai di KK jam 3.00 petang aduh kelaparan! Destinasi pertama yang dituju ialah mencari tempat makan tapi maklumlah tak pernah sampai ke sana, maka tercari-cari tempat makan yang sesuai. Memang tak 'ternampak di mata" mana gerai makan tengahari sebab pukul 3 disana dah macam pukul 4 petang. Manalah orang ada cari lunch lagi dah. Pusing punya pusing maka berhentilah kami di Anjung Senja. Menarik juga tempat ni, lokasi di tepi laut, makan sambil melihat pemandangan laut dan kapal-kapal yang berlabuh. keceriaan anak2 dalam penerbangan (sebenarnya lebih kepada tak reti duduk diam~ ) senyuman bermakna dari seorang ibu (terima...

Percutian di Bukit Tinggi

Bukit Tinggi, atau berjaya Hills. Ini entry  kedua. Sebelum ni saya cuma ceritakan tentang tempat penginapan kami, Dusun Nora . Kali ni nak kongsi gambar2 kami berjalan pula. Taman Arnab       Saya memang tidak begitu gemar dengan binatang peliharaan ini, sebab entahla. Mungkin baunya yang kurang enak menyumbang kepada faktor saya tidak berminat memegangnya. Tapi disini, arnab yang dilepaskan dikawasan untuk bermain memang jinak, dan kawasan bermain arnab, bersih. Sangkarnya ditempat lain. Arnab yang dilepaskan pula ditempat lain Dua kawasan berasingan menyebabkan kebersihannya agak terpelihara. Selain itu, anak2 juga nampak gembira berkejaran dengan si rusa yang jinak, yang juga dilepaskan dekat untuk kita menyentuhnya. Selain arnab, ada rusa, ada merak, ada juga hamster dan kura-kura. Bila anak2 dah penat di ruang binatang, ada juga tempat permainan khusus untuk mereka bermain. Pendek cerita, tempat ini memang enjoy untuk anak2 ini. Colm...