Skip to main content

Posts

Dusun Nora , Bukit Tinggi

         Kami belum pernah ke Bukit Tinggi, atau digelar Berjaya Hills di Malaysia. Beberapa tekanan ditempat kerja menyebabkan saya dan suami craving for holidays. Sangat-sangat nak bercuti! Maka tanpa dirancang, malam buat keputusan, search  serba sedikit, suami menelefon, maka seawal subuh saya pun berkemas barang-barang untuk kami ke Bukit Tinggi.           Dari Seremban ke Bukit Tinggi mengambil masa lebih kurang 3 jam melalui lebuhraya PLUS, ke MRR2 dan seterusnya memasuki lebuhraya Karak. Suami sudah menempah penginapan di Nora Lodge , Berjaya Hill.   Nora Lodge  atau Dusun Nora ini ditemui hasil pencarian di internet kerana percutian tak terancang macam kami ni, bajet pun tak besar. Banyak orang menyatakan kos percutian di Bukit Tinggi mahal, hotelnya sahaja lebih RM200. Dek kerana nak sangat kenalah cari yang memenuhi bajet :)         Untuk sampai ke kawasan penginapan ini, kami melal...

Dah cuti sekolah

Fuhhhh!!~Tamatlah sudah sesi persekolahan 2012. Sesi 2012 memberi beberapa cabaran baru kepada saya. Saya dilantik menjadi setiausaha ppsmi...saya tak begitu bertanggungjawab terhadap jawatan ini kerana pada beberapa bulan pertama, saya ada assistant yang sangat komited, anis.Tapi tiba-tiba dia dapat pindah ke sekolah di Melaka, meninggalkan saya terkontang kanting menyelesaikan masalah berkaitan laptop, lcd, software etems, stok simpanan dan pantauan maitainance... susah hatinya masa tu...mujur ada syafiq dan en Khalid dan cikgu shahril yang cekap membantu menyelesaikan masalah yang ada. Apa lagi perkara lain? Haaa...saya menjadi guru penasihat pengakap. Kena pergi perkhemahan? Alamak zaman dulu melompat lompat kalau ajak berkhemah...tapi sekarang susah dah sebab komitmen keluarga yang lebih menuntut. Zon Pengakap Kuala Pilah mengadakan 5 sesi perkhemahan dan ujian lencana, tapi saya hanya mampu menghantar penyertaan pelajar sekali sahaja. Itu adalah kerana ianya dijalankan pada har...

Key-in PBS online

Entry ni dibuat sambil meng' key-in'  pencapaian band pelajar-pelajar di dalam sppbs. Sungguh membosankan, kerana tahap kelajuannya yang amat mendukacitakan. Nasib baiklah haritu dah masukkan pencapaian sehingga oktober. Tinggal bulan november je lepas buat band terkini bersama pelajar tadi di sekolah. Ini lah muka depan web page yang paling popular masa kini dikalangan guru-guru sekolah yang mengajar tingkatan 1 (popular sampai tak boleh nak masuk!) Cikgu sekolah menengah kena 'click' di bahagian sekolah menengah. Cikgu sekolah rendah di bahagian sekolah rendah. Bila dah masuk ke ruangan sekolah menengah tadi, jumpa lah page ni, dan guru kenalah 'click' di bahagian guru seperti diatas. Selepas tu keluar pula page ni, untuk guru-guru masukkan maklumat login dan kata laluan masing-masing. Ha... inilah muka seterusnya. Maklumat sekolah tempat mengajar tu akan dipaparkan pada page ini. Itu nama sekolah saya. Guru perlu 'click...

band 6 matematik yang memeningkan

Sudah berhari-hari malah berminggu-minggu saya pening memikirkan apakah soalan yg nak dibuat sebagai eviden band 6 matematik, B6D1E1. Untuk makluman , band 6 adalah band tertinggi yg boleh dicapai oleh pelajar dan kriterianya: B6D1E1 Menyelesaikan masalah matematik dalam suatu situasi dengan kaedah penemuan baru. Dibawah ini pula maksud band-band yg diwakili dgn 1, 2 , 3 , 4 , 5 dan 6 (Inilah ukuran standard pelajar yg diguna pakai untuk pelajar-pelajar sekolah menengah ini) KERANGKA STANDARD PRESTASI BAND STANDARD 1 Tahu 2 Tahu dan Faham 3 Tahu, Faham dan Boleh Buat 4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab 5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji 6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali Kalau kita lihat capaian band 6, pelajar mesti tahu, mesti faham, boleh buat dan adab mithali pula maksudnya boleh bantu rakan sebaya (al...

pokok markisa dah berbuah :)

excited! inilah perkataan yang bersimpang siur sejak saya menemui putik buah markisa pada pokok yang ditanam melebihi setahun yang lalu. Pohon markisa ini, diberikan oleh Cik Mes, dan ditanam oleh suami di tepi pagar rumah kami sejak setahun lalu. Cik Mes kata, dalam tempoh 8 bulan biasanya ia akan mengeluarkan buah. Namun, pokok markisa saya hanya lebat daun, melampau2 banyak daunnya subur menghijau, tapi tidak langsung berbunga, apatah lagi berbuah walaupun hampir setahun berlalu. Saya pun mula lah meng'google' info2 berkaitan markisa di internet, dan membuat pelbagai2 andaian berdasarkan info yang ditemui. Contoh andaian saya,       1. pokok markisa saya hanya sepohon, dan mungkin tiada pembiakan pendebungaan berlaku menyebabkan ia tidak mahu mengeluarkan bunga (hahaha maklumlah takde ilmu pertanian main belasah je buat andaian).        2. pokok markisa saya tidak mahu berbuah kerana saya tidak buat apa-apa para pun yang membantu ia menjalar. Ha...

positif

Mengetengahkan aspek positif dalam diri kita bukanlah suatu perkara yang mudah. Di tambah lagi dengan tekanan-tekanan yang dihadapi sepanjang laluan kehidupan kita ini. Pelbagai masalah dan ujian yang melanda, sering menjadikan kita merasakan diri kita adalah mangsa, dan seterusnya kita berubah menjadi kasar, membina jati diri yang lebih kental dan tahan lasak seiring dengan ujian yang kita alami. Jika kita mengenang kembali zaman kanak-kanak, pergi ke sekolah dan hanya bergembira dengan rakan-rakan sebaya, namun bila menceburi dunia pekerjaan yang menuntut kita bersaing demi rezeki, demi kesenangan hidup, perwatakan yang dulunya prihatin, boleh berubah menjadi dingin dan beku demi kepentingan diri sendiri. Namun, mereka-mereka yang mempunyai kisah silam yang gembira, walau boleh hanyut terleka dengan pancaroba dunia, masih boleh kembali ke pangkal jalan, kembali kepada suasana positif, kerana dulu, mereka pernah melalui kegembiraan yang positif itu. Bagaimana pula mereka yang melalu...

Penghargaan yang membina

         Baru-baru ini, sekolah saya telah menganjurkan suatu program yang dinamakan Majlis Restu Redha Ilmu. Majlis ini diadakan dua kali, iaitu beberapa hari sebelum peperiksaan percubaan  pmr, dan sekali lagi ialah beberapa hari sebelum peperiksaan percubaan spm.          Secara ringkasnya, majlis ini adalah untuk meraikan para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan, dan memberi peluang ibu bapa mereka mengucapkan sepatah dua kata kepada guru-guru yang mengajar anak mereka. Majlis ini dirancang dan dikelolakan sepenuhnya oleh guru kaunseling, Ustaz Asri dan dibantu oleh beberapa pelajar dan guru. Majlis dimulakan dengan bacaan yasin, dan doa, kemudian ucapan-ucapan terima kasih yang diberi oleh wakil pelajar, wakil ibu bapa dan wakil guru. Memetik kata Ustaz Asri, adalah penting kita sebagai ibu bapa minta dihalalkan segala ilmu yang dipelajari oleh si anak dari guru mereka, dan amat bermakna ucapan terima kasih daripada i...