Skip to main content

Posts

band 6 matematik yang memeningkan

Sudah berhari-hari malah berminggu-minggu saya pening memikirkan apakah soalan yg nak dibuat sebagai eviden band 6 matematik, B6D1E1. Untuk makluman , band 6 adalah band tertinggi yg boleh dicapai oleh pelajar dan kriterianya: B6D1E1 Menyelesaikan masalah matematik dalam suatu situasi dengan kaedah penemuan baru. Dibawah ini pula maksud band-band yg diwakili dgn 1, 2 , 3 , 4 , 5 dan 6 (Inilah ukuran standard pelajar yg diguna pakai untuk pelajar-pelajar sekolah menengah ini) KERANGKA STANDARD PRESTASI BAND STANDARD 1 Tahu 2 Tahu dan Faham 3 Tahu, Faham dan Boleh Buat 4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab 5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji 6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali Kalau kita lihat capaian band 6, pelajar mesti tahu, mesti faham, boleh buat dan adab mithali pula maksudnya boleh bantu rakan sebaya (al...

pokok markisa dah berbuah :)

excited! inilah perkataan yang bersimpang siur sejak saya menemui putik buah markisa pada pokok yang ditanam melebihi setahun yang lalu. Pohon markisa ini, diberikan oleh Cik Mes, dan ditanam oleh suami di tepi pagar rumah kami sejak setahun lalu. Cik Mes kata, dalam tempoh 8 bulan biasanya ia akan mengeluarkan buah. Namun, pokok markisa saya hanya lebat daun, melampau2 banyak daunnya subur menghijau, tapi tidak langsung berbunga, apatah lagi berbuah walaupun hampir setahun berlalu. Saya pun mula lah meng'google' info2 berkaitan markisa di internet, dan membuat pelbagai2 andaian berdasarkan info yang ditemui. Contoh andaian saya,       1. pokok markisa saya hanya sepohon, dan mungkin tiada pembiakan pendebungaan berlaku menyebabkan ia tidak mahu mengeluarkan bunga (hahaha maklumlah takde ilmu pertanian main belasah je buat andaian).        2. pokok markisa saya tidak mahu berbuah kerana saya tidak buat apa-apa para pun yang membantu ia menjalar. Ha...

positif

Mengetengahkan aspek positif dalam diri kita bukanlah suatu perkara yang mudah. Di tambah lagi dengan tekanan-tekanan yang dihadapi sepanjang laluan kehidupan kita ini. Pelbagai masalah dan ujian yang melanda, sering menjadikan kita merasakan diri kita adalah mangsa, dan seterusnya kita berubah menjadi kasar, membina jati diri yang lebih kental dan tahan lasak seiring dengan ujian yang kita alami. Jika kita mengenang kembali zaman kanak-kanak, pergi ke sekolah dan hanya bergembira dengan rakan-rakan sebaya, namun bila menceburi dunia pekerjaan yang menuntut kita bersaing demi rezeki, demi kesenangan hidup, perwatakan yang dulunya prihatin, boleh berubah menjadi dingin dan beku demi kepentingan diri sendiri. Namun, mereka-mereka yang mempunyai kisah silam yang gembira, walau boleh hanyut terleka dengan pancaroba dunia, masih boleh kembali ke pangkal jalan, kembali kepada suasana positif, kerana dulu, mereka pernah melalui kegembiraan yang positif itu. Bagaimana pula mereka yang melalu...

Penghargaan yang membina

         Baru-baru ini, sekolah saya telah menganjurkan suatu program yang dinamakan Majlis Restu Redha Ilmu. Majlis ini diadakan dua kali, iaitu beberapa hari sebelum peperiksaan percubaan  pmr, dan sekali lagi ialah beberapa hari sebelum peperiksaan percubaan spm.          Secara ringkasnya, majlis ini adalah untuk meraikan para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan, dan memberi peluang ibu bapa mereka mengucapkan sepatah dua kata kepada guru-guru yang mengajar anak mereka. Majlis ini dirancang dan dikelolakan sepenuhnya oleh guru kaunseling, Ustaz Asri dan dibantu oleh beberapa pelajar dan guru. Majlis dimulakan dengan bacaan yasin, dan doa, kemudian ucapan-ucapan terima kasih yang diberi oleh wakil pelajar, wakil ibu bapa dan wakil guru. Memetik kata Ustaz Asri, adalah penting kita sebagai ibu bapa minta dihalalkan segala ilmu yang dipelajari oleh si anak dari guru mereka, dan amat bermakna ucapan terima kasih daripada i...

Satu pintu tertutup, pintu lain terbuka

        Seorang lelaki yang menganggur memohon jawatan sebagai pelayan pejabat di sebuah syarikat komputer A. Pengurus perjawatan syarikat itu menemuduganya, kemudian memintanya menyapu lantai sebagai ujian.        "Anda diterima bekerja", kata pengurus itu. "Berikan alamat emel anda dan kami akan hantarkan surat lantikan, juga tarikh anda mula bekerja, melalui emel".         Lelaki itu menjawab, "maaf saya tidak mempunyai emel. Malah saya juga tidak memiliki komputer".         "Oh kalau begitu maafkan saya. Jika anda tidak ada emel, bermakna anda tiada kelayakan. Sesiapa yang tidak mempunyai kelayakan, tidak dapat memiliki pekerjaan," jawap si pengurus dengan sinis.        Nampaknya lelaki itu sama sekali tidak akan mendapat pekerjaan itu. Dia buntu dan tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Sambil berjalan dengan fikirannya celaru memikirkan apa yang patut dilakukan seterusnya...

pilihan di tangan anda

Kita sering menilai kehidupan melalui dua perkara. Cantik, atau hodoh. Mahal, atau murah. Baik, atau jahat. Kaya, atau miskin. Senang, atau susah.       " Tengok, cantik tak jam tangan abang ni? Mahal tau! cantik, kan?," kata seorang jejaka.       "Amboi memang cantik! Oh mahal ye...kalau mahal boleh saya baling? Tentu tak pecahkan? hehehe," jawapan balas daripada si gadis. Dialog yang saya dengar tanpa sengaja ini membuatkan saya berfikir. Dulunya, jika saya membeli sesuatu yang mahal, saya juga mengharap kepada perkara yang sama. Bila mahal, tentu barang itu tahan lama. Berkualiti, dan tidak mudah rosak. Tapi sebenarnya konsep ini tidaklah merangkumi semua perkara.Malahan hanya untuk perkara-perkara tertentu sahaja. Selebihnya, yang mahal lah yang biasanya lebih perlu dijaga, lebih disayang dan diberi penuh perhatian.            Mangkuk kristal, dengan mangkuk plastik. Kristal begitu indah dan ekslusif bila dipandang,...

Si jujur yang tidak berputus asa

Tersebutlah kisah raja sebuah negeri yang aman makmur rakyatnya. Raja itu sudah tua tetapi tidak mempunyai putera sebagai pewaris takhtanya. Oleh kerana usianya yang lanjut, baginda pun berusaha untuk mendapatkan seorang pewaris dikalangan rakyatnya. Setelah menemukan cara untuk mempunyai waris takhta, baginda pun memanggil semua pemuda yang ada dalam negeri tersebut. Apabila semua pemuda-pemuda itu berkumpul, maka baginda pun menyuruh pembantu istana mengagihkan kepada setiap seorang mereka dengan sebiji pasu dan satu biji benih.Baginda bertitah "Barangsiapa yang dapat menumbuhkan dari biji benih ini suatu bunga yang paling cantik dalam masa enam bulan akan datang, maka beta akan lantik dia sebagai pewaris beta". Maka pulanglah semua pemuda itu dengan hati yang gembira lalu masing-masing berusaha untuk menanam biji benih tersebut. Seorang pemuda pulang kerumahnya selepas mendapat biji benih daripada raja itu. Dia menanam biji benih itu, tetapi selepas enam bulan, biji ...