Skip to main content

Posts

Penghargaan yang membina

         Baru-baru ini, sekolah saya telah menganjurkan suatu program yang dinamakan Majlis Restu Redha Ilmu. Majlis ini diadakan dua kali, iaitu beberapa hari sebelum peperiksaan percubaan  pmr, dan sekali lagi ialah beberapa hari sebelum peperiksaan percubaan spm.          Secara ringkasnya, majlis ini adalah untuk meraikan para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan, dan memberi peluang ibu bapa mereka mengucapkan sepatah dua kata kepada guru-guru yang mengajar anak mereka. Majlis ini dirancang dan dikelolakan sepenuhnya oleh guru kaunseling, Ustaz Asri dan dibantu oleh beberapa pelajar dan guru. Majlis dimulakan dengan bacaan yasin, dan doa, kemudian ucapan-ucapan terima kasih yang diberi oleh wakil pelajar, wakil ibu bapa dan wakil guru. Memetik kata Ustaz Asri, adalah penting kita sebagai ibu bapa minta dihalalkan segala ilmu yang dipelajari oleh si anak dari guru mereka, dan amat bermakna ucapan terima kasih daripada i...

Satu pintu tertutup, pintu lain terbuka

        Seorang lelaki yang menganggur memohon jawatan sebagai pelayan pejabat di sebuah syarikat komputer A. Pengurus perjawatan syarikat itu menemuduganya, kemudian memintanya menyapu lantai sebagai ujian.        "Anda diterima bekerja", kata pengurus itu. "Berikan alamat emel anda dan kami akan hantarkan surat lantikan, juga tarikh anda mula bekerja, melalui emel".         Lelaki itu menjawab, "maaf saya tidak mempunyai emel. Malah saya juga tidak memiliki komputer".         "Oh kalau begitu maafkan saya. Jika anda tidak ada emel, bermakna anda tiada kelayakan. Sesiapa yang tidak mempunyai kelayakan, tidak dapat memiliki pekerjaan," jawap si pengurus dengan sinis.        Nampaknya lelaki itu sama sekali tidak akan mendapat pekerjaan itu. Dia buntu dan tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Sambil berjalan dengan fikirannya celaru memikirkan apa yang patut dilakukan seterusnya...

pilihan di tangan anda

Kita sering menilai kehidupan melalui dua perkara. Cantik, atau hodoh. Mahal, atau murah. Baik, atau jahat. Kaya, atau miskin. Senang, atau susah.       " Tengok, cantik tak jam tangan abang ni? Mahal tau! cantik, kan?," kata seorang jejaka.       "Amboi memang cantik! Oh mahal ye...kalau mahal boleh saya baling? Tentu tak pecahkan? hehehe," jawapan balas daripada si gadis. Dialog yang saya dengar tanpa sengaja ini membuatkan saya berfikir. Dulunya, jika saya membeli sesuatu yang mahal, saya juga mengharap kepada perkara yang sama. Bila mahal, tentu barang itu tahan lama. Berkualiti, dan tidak mudah rosak. Tapi sebenarnya konsep ini tidaklah merangkumi semua perkara.Malahan hanya untuk perkara-perkara tertentu sahaja. Selebihnya, yang mahal lah yang biasanya lebih perlu dijaga, lebih disayang dan diberi penuh perhatian.            Mangkuk kristal, dengan mangkuk plastik. Kristal begitu indah dan ekslusif bila dipandang,...

Si jujur yang tidak berputus asa

Tersebutlah kisah raja sebuah negeri yang aman makmur rakyatnya. Raja itu sudah tua tetapi tidak mempunyai putera sebagai pewaris takhtanya. Oleh kerana usianya yang lanjut, baginda pun berusaha untuk mendapatkan seorang pewaris dikalangan rakyatnya. Setelah menemukan cara untuk mempunyai waris takhta, baginda pun memanggil semua pemuda yang ada dalam negeri tersebut. Apabila semua pemuda-pemuda itu berkumpul, maka baginda pun menyuruh pembantu istana mengagihkan kepada setiap seorang mereka dengan sebiji pasu dan satu biji benih.Baginda bertitah "Barangsiapa yang dapat menumbuhkan dari biji benih ini suatu bunga yang paling cantik dalam masa enam bulan akan datang, maka beta akan lantik dia sebagai pewaris beta". Maka pulanglah semua pemuda itu dengan hati yang gembira lalu masing-masing berusaha untuk menanam biji benih tersebut. Seorang pemuda pulang kerumahnya selepas mendapat biji benih daripada raja itu. Dia menanam biji benih itu, tetapi selepas enam bulan, biji ...

Gerak Gempur 2012 dah bermula...

Tahun ni berbeza daripada tahun-tahun sebelum ni. Gerak gempur telah berjaya dimulakan dua minggu sebelum periksa percubaan bagi pmr dan sebulan lebih sebelum peperiksaan percubaan spm. Ini adalah suatu pendekatan terbaru bagi sekolah kami. Tentunya, kami menghadapi kesukaran untuk 'menggempur' mereka kerana ada silabus yang belum berjaya dihabiskan. Kami tidak sama dengan sekolah berasrama penuh. Pelajar yg 24 jam di sekolah pasti lebih mudah dipantau dan lebih cepat silabus berjaya dihabiskan. Kami juga tidak sama dengan sekolah harian bandar. Jika pelajar kurang menyerlah disekolah, ibu bapa dengan segera mengambil inisiatif menghantar anak-anak ke pusat-pusat tuisyen yang gah di bandar-bandar. Jadi strategi pengetua, jadual gerak gempur ini diselang seli dengan jadual rasmi biasa. Maksudnya, seminggu gerak gempur, seminggu kelas biasa, seminggu kemudian gerak gempur dan seminggu seterusnya jadual biasa. Pada masa gerak gempur, pelajar disediakan dengan soalan-soalan berform...

I LOVE YOU ADD MATH (ye ke?)

Dibawah ini merupakan puisi yang pelajar saya salin dalam kerja projek addmath  mereka (tidak pasti mereka peroleh dari mana dan daripada siapa) tapi puisi ini agak menyentuh hati jika benar2 dihayati (tapi saya percaya korang melebih-lebih je dalam puisi ini, tak perlu tipu saya !)   Additional Mathematics From the day I born From the day I was able to holding pencils From the day I start learning And From the day I heard your name I always thought that you will be my greatest obstacle and rival in excelling in my life But after countless of hours Countless of days Countless of nights After sacrificing my precious time just for you Sacrificing my computer games Sacrificing my video games Sacrificing my facebook Sacrificing my internet Sacrificing my anime I realized something really important in you I really love you You are my real friend You my partner You are my soul mate I love you additional mathematics ...

Tukang Kayu dan rumahnya

        Seorang tukang kayu brcadang untuk bersara dari pekerjaannya disebuah syarikat perumahan. Dia berasa sudah terlalu penat dan ingin berehat menikmati sisa hidupnya dengan aman damai bersama isteri dan anak-anaknya.         Apabila hasrat itu disuarakan, pemilik syarikat perumahan itu berasa sedih kerana tukang kayu itu adalah antara pekerja terbaiknya. Lalu sebagai kenang-kenangan, dia meminta tukang kayu itu membina sebuah rumah untuknya.        Tukang kayu itu bersetuju walaupun sebenarnya dia merasa begitu 'terpaksa' memenuhi permintaan itu. Dia ingin segera berhenti. Dia melakukan pekerjaan itu tidak sepenuh hati dan menggunakan bahan-bahan la kadarnya sahaja.         Akhirnya rumah itu siap tetapi hasilnya bukanlah yang terbaik. Tukang kayu itu berasa sedikit kecewa kerana terpaksa mengakhiri kerjayanya dengan prestasi yang tidak mengkagumkan seperti sebelumnya. Ketika pemilik syarikat itu...