Skip to main content

Posts

memori untuk abah

Pada masa entry  ini saya taip, abah baru saja kembali ke rahmatullah 13 hari yang lalu. Terkenang betapa sayunya hati ketika mengadap tubuhnya yang sedang nazak, hanya cukup-cukup masa yang diberi Allah untuk kami adik beradik pulang dan memohon maaf daripadanya, serta merelakan pemergiannya. Kronologi bermula pada malam hari guru 16 mei 2012, abah ke masjid seperti rutin biasanya, menunaikan solat jemaah di masjid. Pergi dengan memandu kereta kancil kak Tini, sebelum maghrib dan dapat solat maghrib berjemaah, kemudian bangun berwuduk untuk solat isyak. Tatkala takbiratul ihram diangkat oleh imam untuk solat isyak, abah dikatakan mengesot undur ke belakang, dan sebelum beliau rebah, sempat disambut oleh seorang jemaah lain, dibaringkan diatas sejadah sebelum jemaah tersebut meneruskan solatnya. Usai sahaja solat isyak, bergegas jemaah menghubungi keluarga dirumah. Kak Ida dan abg Mie yang segera menyusul ke masjid selepas mendapat perkhabaran, sentiasa disisi abah sehingga amb...

Perkhemahan Kemahiran Pengakap 2012 Negeri Sembilan

Baru baru ini, saya telah dipertanggungjawabkan mengiringi kontinjen daerah Kuala Pilah ke Perkhemahan Pengakap Peringkat Negeri Sembilan pada 2 hingga 4 Mei yang lalu. Semua sekali seramai 75 orang pelajar dari daerah Kuala Pilah dan 5 orang guru pengiring dari 5 sekolah yang berbeza. Sebenarnya baru ini tahun pertama saya melibatkan diri dalam pasukan uniform pengakap. Dan ini juga program pertama yang saya terlibat didalamnya. Oh saya akui sungguh teruja melihat beratus-ratus pelajar berpakaian seragam uniform pengakap, pegawai-pegawai kontinjen dan pesuruhjaya pesuruhjaya pengakap yang segak bergaya dengan uniform masing-masing. Pelbagai pangkat dan jawatan dan datang dari seluruh pelosok negeri Sembilan. Peserta program perlu berkumpul  dan berbaris sebelum setiap acara dimulakan. Saya belajar membuat ikatan gajet pada malam sebelum perkhemahan. Buku sila, simpul manuk, bunga geti, silang pangkah dan cara-cara membuat gajet tripod dan bangku dan pintu gerbang dan ...

In house training PBS Matematik Ting 1 2012 di bilik dokumentasi

Pada jumaat yang lalu 27hb April, saya telah berjaya menunaikan tanggungjawab selaku wakil sekolah ke bengkel PBS matematik. Tanggungjawab untuk menghebahkan tentang PBS ini kepada rakan-rakan guru matematik yang lain. Secara ringkasnya, saya telah menyampaikan kepada mereka antara isi-isi penting PBS iaitu standard dokumen prestasi matematik, rekod transit dan serba sedikit berkaitan band 1 hingga band 6. Walaupun pelaksanaan sebenar masih kelam-kelam kabus namun saya cuba juga sedaya upaya agar mereka dapat memahami maksud tersirat disebalik dasar pendidikan yang terkini itu.  Duduk dibarisan hadapan itu ketua bidang sains matematik smk jelai cikgu sal dan ketua panitia matematik smk jelai, cikgu azura. Yang membelakangkan gambar dan duduk dengan bersopan santun sebelah kanan itu cikgu chin, dan yang sebelahnya lebih lagi sopan santunnya hehe cikgu wan.  Dalam gambar ini, membelakangkan kamera, cikgu Zai.  oh, Nampak rak kosong dibelakang saya? rak itu ak...

Pentaksiran Matematik Berasaskan Sekolah 2012

Pada 9 , 10 dan 12 April yang lalu, saya telah mewakili sekolah untuk hadir pada kursus pentaksiran berasaskan sekolah bagi subjek matematik. Ini kerana saya ada mengajar 2 kelas matematik tingkatan 1 sekolah saya. Kursus yang saya hadiri ini telah dijalankan di PPD Kuala Pilah. Secara umumnya, kursus ini memberi manfaat kepada saya kerana dengan menghadirinya, saya dapat mengetahui apakah objektif PBS ini yang begitu kabur pada saya sebelum ini. Secara ringkasnya, PBS matematikTingkatan 1 meliputi keseluruhan topik dan subtopik Matematik Tingkatan 1 yang dibahagikan kepada 70 elemen meliputi kesemua Band 1 hingga Band 6.  Walaupun pada mulanya agak sukar untuk kami guru-guru memahami apakah kehendak sebenar setiap band itu, tapi selepas melalui bengkel sehari lebih menyiapkan soalan-soalan mengikut descriptor, kami akhirnya berjaya menghasilkan 7 set soalan lengkap dari B1D1E1 hinggalah ke B6D1E1. Sekurang-kurangnya, kami telah mempunyai bank soalan yang sesuai untuk terus digun...

8 TIPS CEMERLANG MATEMATIK TAMBAHAN

8 TIPS CEMERLANG MATEMATIK TAMBAHAN 1.     Pelajar memang hendak belajar. (tidak dipaksa) 2.     Pelajar sanggup untuk berusaha .(Kamu perlu membuat semua latihan yang diarahkan oleh guru tanpa merungut, dan membuat semula semua pembetulan bagi setiap kesalahan yang telah dibincangkan) 3.     Mempunyai semangat untuk bersungguh-sungguh. Mempunyai keazaman yang tinggi (Jika kamu tidak dapat menjawab soalan yang diberi, kamu akan mencari jawapan dari sumber rujukan dan sedaya upaya berusaha untuk menyelesaikannya, tanpa berhenti separuh jalan) 4.     Bina kebolehan untuk fokus pada sesi pembelajaran , belajar untuk ‘ block ’ semua gangguan-gangguan yang menghalang kelancaran kamu belajar( Jauhkan diri/simpan semua telefon, ‘ facebook ’, tv dan sebagainya. ) 5.     Beri tumpuan kepada proses membuat latih tubi matematik sekurang-kurangnya 2 jam secara berterusan seminggu sekali. ...

spm 2011

Telah selamat debaran yang ditunggu berbulan2, menanti bagaimana hasil usaha 2 tahun budak2 ini belajar subjek matematik tambahan. Keputusan spm 2011 telah diumumkan hari ini. Secara keseluruhan, keputusan ini lebih baik dari tahun sebelumnya, dengan peningkatan hampir 20% kelulusan dan peningkatan GPMP lebih kurang 0.15. Ini Fazira, pelajar terbaik spm 2011. Tahniah diucapkan kepada beliau. Ini Vijay dan Asyraf. Kedua-dua mereka merupakan pelajar terbaik matematik tambahan smk jelai 2011. Tahniah juga diucapkan kepada mereka berdua. Walaupun saya sedikit kecewa kerana mereka berdua tidak mencapai sasaran yang saya harapkan, tapi saya yakin, itu rezeki mereka, dan mereka telah buat yang terbaik yang mereka mampu.  Entah apa yang dibincangkan oleh cikgu munirah dan cikgu fazilah sesi memberi slip keputusan Moga saya lebih bersemangat untuk meningkatkan keputusan matematik tambahan spm tahun ini. Masih banyak kekurangan yang perlu saya perbaiki, dan sa...

kejohanan bola jaring daerah 2012

Entry ini sangat lambat. Lewat kerana tiada gambar yang bersesuaian (alasan!) Gambar ini pun diambil dari facebook galeri smk jelai. Kredit pada cikgu Fauzan. Tumpang guna gambar ye .. Oh apa yang saya nak laporkan ni? Pada 2 dan 3 Feb 2012, telah berlangsung kejohanan bola jaring peringkat daerah Kuala Pilah di SMK Zaaba. Buat pertama kalinya dalam kejohanan ini, SMK Jelai telah berjaya merangkul tempat ketiga kategori bawah 15 tahun. Pencapaian ini sangat membanggakan kerana tiap2 tahun sejak saya berada di smk jelai (ini tahun keempat) dan memegang jawatan sebagai guru penasihat bola jaring, inilah pertama kalinya kami berjaya membawa balik pingat. Selalunya bawa pulang sijil je, sijil penyertaan. Kejayaan ini hasil kerjasama kuat antara pelajar sepasukan dan tunjuk ajar bersama oleh puan halizah jauhari. Saya dan cikgu nadia pengurus pasukan je :) Ini afifah dan shahira. Watak utama kami. GS dan GA. Mereka berdua sangat hebat dalam menjaringkan gol sehingga membolehkan pasu...