Skip to main content

Posts

Nak kena score ke subjek addmath ni?

>>Eh! Mestilah kena score! Sia-sia belajar dua tahun susah payah, lepas tu tak keluar dalam sijil spm sebab tak lulus. Kan ke rugi dan buat kerja bodoh dua tahun? Baik tak payah ambil subjek ni kalau tak keluar kat sijil spm. Tapi susah la subjek ni cikgu, tak minat pulak tu..macamana nak score ? >> usahalah, kalau tak nak cuba, mana tau boleh berjaya? nak makan nasi pun kena usaha masukkan nasi ke mulut, kena kunyah baru telan. Baru kenyang. Mana ada kejayaan tanpa usaha. Petik jari je, semua dapat. cerita kartun, bolehla. Pasal minat tu, boleh dipupuk. Orang tua kata, tak kenal maka tak cinta. Alah cikgu, cikgu cakap memangla senang. Sebab cikgu, cikgu addmath . >> eh, awak ni! awak ingat saya keluar keluar dari perut mak saya, terus pandai ke? Saya pun belajar jugak macam awak, sampai lewat malam..nak berjaya punya pasal. Emm..kenapa nak kena score cikgu? ada tak sebab lain selain sebab nak ada dalam sijil. kalau macam tu, lulus cukup makan pun ok kan ...

Mari cuba cara hilangkan mengantuk dalam kelas

Memang sukar nak menumpu perhatian bila belajar dalam keadaan mengantuk. Ada banyak faktor2 yang menyebabkan mengantuk. Faktor paling popular dikalangan pelajar adalah kerana  tidur lewat pada malam sebelumnya,  tidak cukup 'warming up' (ni kalau pagi2 dah mengantuk kat kelas) terlebih bermain sampai kepenatan (ni kes mengantuk lepas aktiviti pjk) baru lepas makan makanan berat (ni kes mengantuk di tengahari lepas rehat) bosan dengan guru mengajar  Mungkin ada juga faktor2 lain kerana individu ada macam2 ragam. Berikut merupakan beberapa cara yang boleh di praktikkan untuk hilangkan rasa mengantuk, dengan harapan dapat fokus semula ketika belajar di kelas. Minum air masak . Otak perlukan banyak air untuk berfungsi dengan baik. Kalau dah tau hari tersebut ada aktiviti pjk, bawalah air masak botol besar. Lepas bersukan, badan kehilangan banyak air melalui perpeluhan, maka anda perlukan air yang mencukupi untuk tampung 'air' yang hilang. Bawalah send...

Redha dengan kurniaan Allah

Accept every thing that Allah gives you Maybe you're the richest person, you don't know it yet! so please don't complain too much.. P/S : copied from Maher Zain facebook wall. Really like it! Love the quote, with the picture.

keputusan pmr jelai 2011

Alhamdulillah, selesai sudah debaran menunggu keputusan pmr 2011. Walaupun sedikit jatuh tahun ini, berbanding tahun sebelumnya, tapi dari segi kualiti A masih dpt dipertahankan walaupun masih belum mencapai sasaran. Tahniah kepada dua calon yang berjaya mendapat straight A's. Berkat usaha tanpa berputus asa hingga menghasilkan kejayaan. Saya agak terharu dengan ayat salah seorang daripadanya, "Terima kasih banyak-banyak cikgu, saya tidak sangka dapat A matematik, masa trial saya dapat C". Walaupun seorang guru tidak langsung meminta apa2, namun ucapan terima kasih dengan pelukan ini cukup membahagiakan dan rasa dihargai. senyum manis daripada pelajar 8A bergambar dengan pengetua debaran pelajar yang hendak mengambil slip keputusan Teringat saya tentang suatu petikan yang saya baca di dalam sebuah buku berkaitan guru cemerlang(lupa tajuknya) , petikan itu lebih kurang begini, " Guru jangan mengharap ucapan terima kasih daripada pelajarnya, sebali...

suami suka isterinya cantik

credit to  http://comicstriper.blogspot.com Aku suka betul karikatur ni. Tertawa sendiri bila baca. Dalam hidup ni, kita perlukan humor dan senyuman, barulah hidup ceria dan gembira. Kan kita tanak add mad? :)

buat apa nak belajar matematik tambahan?

Remaja sering dikaitkan dengan ungkapan, “sedang mencari identiti hidup”. Tidak tahu apa mereka nak jadi pada masa akan datang. Tidak pasti ke mana hala tuju mereka selepas tamat sekolah.  Sistem pendidikan kita telah menyediakan silabus mengikut perkembangan murid2. Masa zaman sekolah rendah, kebanyakan cita2 murid2 ialah menjadi guru, polis, doctor  atau askar. Kenapa ? sebab itu yang mereka lihat dan didedahkan dalam ruang lingkup persekitaran mereka. Menjejak ke sekolah menengah, berkembang sikit, mungkin tambah cita2 nak jadi pensyarah, pakar kaji botani lah, angkasawan lah,  sebab itu juga yang mereka didedahkan(lebih sikit dari masa zaman kanak2).  Tapi realitinya, ada berjuta2 nama jawatan dan pekerjaan dan bidang yang mereka akan temui, selepas mereka melangkau ke dunia pekerjaan nanti. Bermacam2 nama kursus yang ditawarkan di peringkat universiti atau kolej atau mana2 institut pengajian tinggi. Untuk itu, tugas seorang guru di peringkat menengah adala...

Prinsip itik berenang bagi pelajar cemerlang

Posted by Osman Affan dari www.motivasibelajar.com Adik-adik yang saya hormati sekalian, pernahkah adik-adik melihat itik yang sedang berenang di dalam kolam atau tasik? Itik-itik itu semua kelihatan berada di permukaan air dengan tenang dan selesa. Pergerakan mereka sangat lancar dan mereka bergerak ke depan, kiri dan kanan dengan begitu lembut dan indah. Namun, tahukah kita apa yang berlaku di bawah permukaan air itu? Sedarkah kita yang di bawah permukaan air itu kaki itik sedang bekerja keras mengayuh hampir ke semua arah bagi memastikan itik kekal timbul? Saya baca kisah itik berenang ini di dalam buku Tuan Fadzli Yusof ‘Kuasa Hijrah, kuasa untuk berubah’. Di dalam buku ini, Tuan Fadzli ada ceritakan tentang satu prinsip yang diamalkan oleh Tuan Nizal Mohammad, pengacara TV terkenal. Menurut Tuan Nizal, walaupun seseorang yang BERJAYA itu kita lihat nampak tenang dan bersahaja, mereka sebenarnya sedang bekerja keras dan bertungkus-lumus dalam usaha mereka mencapai kejayaan....