Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2021

PERCUTIAN GELANG PINK

 PERCUTIAN GELANG PINK Akhirnya, bayangan virus yang paling ditakuti abad ini, Covid 19,  menjengah dan menyapa di pintu rumah kami. Pada 10 april lalu, anak bongsu saya, shahida, telah tersenarai sebagai kontak rapat kepada salah seorang sahabat nya yg positif di taska. Anak kami di arah untuk swab test kerana ini adalah prosedur KKM. Walaupun keberadaan sahabatnya tu sekejap je di taska sebelum dicutikan oleh ibu bapa nya, tapi sebagai salah satu tempat yang dikunjungi, semua rakan dan guru di taska tetap perlu di swab test. Akur dengan arahan, saya dan suami membawa anak kami ke kk paka untuk di swab test walaupun kami yakin saida tak apa apa.  Ketika swab test berlangsung, saya rasa anak saya lah paling hebat meronta dan menjerit, berbanding kawan kawan dia 🤣🤣🤣 Ayahnya peluk dan pegang badan dan tangan dia, saya peluk dan pegang kaki dia yang nak menendang staf kkm tu, seorang staf memegang kepala dan membuka mulut, dan seorang lagi tolong mengambil sampel dari mulut dan hidung.