Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2018

Musim manggis dah tiba

Saya sudah lama tidak menjengah ke kebun di belakang rumah mak dan arwah abah. Sangat lama. Zaman kanak2 saya, memang dihabiskan di kebun ini, namun semakin dewasa, semakin jarang dan sudah bertahun tidak menjejakkan kaki. Saya akui ini kelemahan saya. Sewaktu musim banjir melanda johor januari 2007, abah mengalami sedikit tekanan emosi kerana pokok2 tanaman nya habis mati di landa banjir. Berhari2 lama nya malah makan masa hampir berbulan juga abah berdiam diri, kurang berbual dan banyak termenung,  sukar menerima hakikat kebun buah buahan nya menjadi seperti padang jarak padang tekukur. Pokok rambutan, pokok durian, pokok limau kasturi yang berpuluh puluh pokok, semua nya mati kerana akar terendam air melebihi seminggu. Pada masa itu, saya sendiri langsung tidak terpanggil untuk menjengah, untuk melihat pokok apa yg masih berjaya hidup. Rupanya, pokok2 manggis tanaman abah, walau sudah terendam dan menunjukkan tanda2 hampir mati, namun pokok2 ini berjaya survive. Tak mati. Cuma m

Nur Shahida 1 tahun

Semalam genap umurnya shahida 1 tahun. Alhamdulillah, terima kasih Allah. Kerana kesempatan menatapnya, menyusukannya, dan dengan pelbagai kerenahnya, kini dia berumur 1 tahun.sihat dan ceria alhamdulillah. Syukut sangat2. Shahida, kami ambil nama nya sempena cerita tentang budak comel yg hilang dari jagaan ibunya.filem salman khan bertajuk Bhajrangi Bhaaijaan. Shahida sewaktu mengandungkannya, saya mendapat tahu saya mempunyai fibroid. Dan oleh kerana saya mempunyai fobia utk ceaser, sepanjang mengandungkannya, saya sentiasa berdoa dia sihat dan saya dpt bersalin normal. Takdir Allah yg memakbulkan dan dalam masa yg sama menguji, dia dapat lahir secara normal, namun keadaan saiz kepala yg sedikit panjang dan kecil, kesan daripada terhimpit lama di dalam kandungan bersama fibroid. Setiap kali memandangnya, setiap kali itu sedih bertandang dihujung hati. Kerana saya, dia menerima kesan kurang normal pada kepalanya. Namun saya tetap bersyukur kepada Allah, kerana walau dengan keadaan