Skip to main content

Riang ria raya dmas 2018

Tarikh 28 jun 2018 yg baru berlalu, merupakan tarikh sambutan raya peringkat sekolah di seluruh Terengganu. Smk durian mas meraikan nya dengan pelbagai juadah tradisi hari raya, dan pakaian hari raya yg berwarna warni. Meriah. Memang meriah 😍😍

Kelab Guru dan Kakitangan Sekolah membahagikan semua warga guru dan staf kepada beberapa kumpulan yang bertanggungjawab menyediakan makanan mengikut cabutan undi. Kumpulan saya kena sediakan air minuman, kuih muih dan colek buah2an. Persediaan makanan dan minuman adalah utk anggaran 800 orang warga dmas secara keseluruhannya.



Oleh kerana kumpulan kami menyediakan buah2 rojak style, dan air2 minuman, maka kumpulan kami antara yg paling sibuk di pagi2 hari jamuan tersebut. Kupas buah, potong buah, susun kuih muih, bancuh air minuman. Tanpa kekuatan dan kerjasama kumpulan, pasti sukar semuanya nak dilakukan dalam jangka masa yang ditetapkan.  Terima kasih pada semua ahli kumpulan saya. Cikgu maizatul, cikgu ismeehan, teacher fatihah, ustazah roslina, ustazah rohana,  cikgu sumiani, cikgu ros emilia, cikgu faezah, cikgu alyani,  cikgu idawani, cikgu fadhilah, cikgu norhamizah. Saayaangg korang semua ketat2.  Ada juga kak pah kakak pekerja pembersihan swasta sebagai pembuat kuah rojak yg sedap dan yummy. Kak pah dan kak is orang kuat saya hari ini dalam menyediakan air minuman. Lelah juga mereka sebab perlu menyediakan air di dalam 8 bekas besar air. Di empat tempat berbeza. Maafkan saya kak is. Saya terlepas pandang. Patut ada beberapa lagi rakan kita yg membantu bahagian ini. juga cg yusa tukang beli ais. Jasa anda semua sgt2 saya hargai dalam menjayakan program jamuan ini. Alhamdulillah semua menu yg kumpulan kami sediakan, tidak berlebihan. Cukup2 untuk dinikmati semua. Syukur Allah permudahkan 💖💖











Gambar2 suasana majlis yg saya ambil dari telegram galeri dan wassap sekolah hihi terima kasih kepada yg tukang share, Terutama cikgu miezah, cikgu fina, teacher tia, cikgu yusa. Saya minta izin share gambar 😊

 Photobooth utk majlis hari raya ini sangat menarik hati. Sepanjang majlis, photobooth ni memang tak lengang dari warga dmas yg mengambil kesempatan mengabadikan kenangan di sini 😘










Saya juga tak ketinggalan mengambil peluang bergambar hihihihi





Budak2 ni tak dibenarkan bawa phone. Jadi masing2 berkongsi phone cikgu utk berselfie dan ber wefie.
Bersama teacher tia 😗


Majlis hari raya ini merupakan acara tahunan yang sangat memberi makna kerana merupakan salah satu majlis di mana semua warga sekolah dapat bersuka ria dan melepaskan seketika tekanan kerja. Inilah sekolah. Sekolah ku sayang~ 💖










Comments

Popular posts from this blog

Tema colour blocking untuk hari guru 2018

         Sambutan hari guru tahun ni meriah sungguh dengan pelbagai warna warni pakaian guru2 smk durian mas. Tema colour blocking sememangnya tema yg menarik kerana guru2 dikehendaki memakai pakaian yg berbeza2 dan kontra warna nya. Tidak boleh sama kaler tudung dgn kaler baju dengan kaler kain dengan kaler kasut dengan kaler handbag hehehehe memang puas juga lah membuka wardrobe dan menyuai padan semua kaler2 baju sedia ada hihihi 😁         Semua rakan guru tak kira lelaki atau wanita mmg bersatu hati memenuhi kehendak tema. Saya kebetulan merupakan guru bertugas minggu ni. Jadi tak dpt sama2 berselfie masa pagi sebelum semua guru bersedia berarak dan masuk ke dewan dmas. Anggun, jelita, hensem, gojes semua rakan2 guru 😍 colourful hehehe Walaupun kami bertugas mengawal murid2, nak selfie jugak hahahaha Aktiviti hari guru adalah seperti masa2 sambutan yg lalu, membaca perutusan dari pihak2 atasan seperti kppm dan jpn, sukaneka, persembah

Fibroid : Wanita tanpa rahim

Ini cerita saya yg terkini. 2019 yg penuh memori. Gambar harini, first day kerja, 3 minggu selepas pembedahan. Muka nampak cengkung dan kurus sgt. Saya hilang byk berat badan dek kerana hilang byk sgt darah sebelum ni. Harap lepas ni dpt berisi sikit hehe Hari ini genap 3 minggu selepas saya membuat pembedahan buang fibroid dan rahim. Hari ni juga hari pertama saya mula bekerja semula. Alhamdulillah  dapat kelulusan untuk duduk mengajar di bilik khas bilik APD( alat pandang dengar) sepanjang 2 minggu akan datang ni. Jadi tak perlu naik tangga turun tangga untuk ke kelas2 pelajar. Hanya duduk di sini dan menunggu pelajar2 saya datang. Walaupun secara keseluruhan nya saya merasa sihat dan sudah boleh mula bekerja, tetapi kena juga menjaga kesihatan supaya tak mendatangkan apa2 mudarat. Jangan berjalan banyak, jangan berjalan laju sgt, dan jangan angkat benda2 yg berat. Sekurang2nya sebulan setengah kata doktor. Sebab tu saya mohon izin duduk bilik ni buat sementara. Men

20 Aktiviti untuk Pelajar Pasca PT3

Setelah selesai Pentaksiran PT3, waktu persekolahan masih ada berbaki lagi sebulan lebih bagi pelajar-pelajar tingkatan 3. Nak belajar lagi? Rasanya inilah ruang dan waktu untuk mereka melepaskan tekanan selepas berusaha bersungguh-sungguh belajar dari awal tahun untuk memastikan kecemerlangan dalam pencapaian akademik mereka.  Apa yang boleh dilakukan oleh para pelajar? Aktiviti yang masih berada dalam skop pembelajaran, pdp luar bilik darjah. Sekolah saya telah menetapkan bahawa pelajar-pelajar ini akan di kawal selia oleh satu unit panitia sekurang-kurangnya 3 kali pertemuan di sepanjang tempoh program pasca. Guru-guru yang terlibat akan merancang dan menjalankan aktiviti sepanjang waktu pdp sehari bersama panitia yang ditetapkan. Berikut saya kongsikan antara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan oleh pelajar pasca pt3 2017 sekolah saya. 1. English Day Carnival     Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang sehari ini ialah explorace dan treasure hunt. 2