Skip to main content

Kejohanan Sukan Tahunan Smk Durian Mas 2018

Berlangsung sudah acara kejohanan olahraga tahunan peringkat sekolah untuk tahun 2018. Teruja! Gembira! Sebab buat pertama kali nya sejak saya menjadi guru penasihat rumah sukan bagi 3 buah sekolah, kali ini baru merasa menjadi johan keseluruhan :)  :)  :)

Rezeki sejak menjadi guru, 3 buah sekolah yang saya berkhidmat, semuanya menjadi guru penasihat rumah warna merah. Masa zaman sekolah dulu dari sekolah rendah hingga ke menengah rumah biru. Bila kerja ni rumah merah la pulak.

Tahun lepas, acara kejohanan berlangsung dalam musim hujan. Dengan padang yg becak, cuaca yg lembap, tak bersemangat langsung untuk bersungguh lebih lebih lagi masa tu saya mengandung anak yg bongsu ke lima ni. Lagi lah tak semangat nak bertugas. Hanya menolong menjaga bahagian makan dan minum pelajar saja.

Tapi tahun ni, kebetulan dgn musim yg semakin comel, musim hujan yg sudah berlalu, dan alhamdulillah di atas kesihatan yg baik, maka saya menjadi sangat bersemangat untuk membantu memeriahkan sukan tahun ni. Bonus utk tahun ni, semua ahli guru penasihat sangat best dan bekerja bersama dalam satu pasukan yang sangat mantap! Terima kasih dan syabas kepada semua guru rumah meranti 😍😍

Dan rezeki yang paling besar bagi kami tahun ni, adalah mempunyai atlet yg cukup untuk membantu kami membolot emas bagi kebanyakan acara larian dan balapan. Tahniah juga kepada semua atlet rumah meranti 😍😍😍
               
Hanafi, atlet utama merangkap ketua rumah sukan meranti 2018, menggayakan baju rumah sukan meranti yg baru kami tempah.

Napi dengan topi kostum perbarisan. Hihi terima kasih napi sebab sudi jadi model saya 😁😁

Sewaktu mempersiapkan pelajar untuk acara perbarisan. Yg depan berbaju purple tu faiz, ketua pengawas smk durian mas untuk sesi 2018. Dia pun rumah meranti juga, cuma tak pakai baju merah sebab dia kena beratur di depan sekali membawa bendera kejohanan.

Firdaus sebagai pembawa sepanduk. Fathul najme menjadi maskot. Kami menggunakan pelajar lelaki sepenuhnya sewaktu perbarisan, kerana menghormati permintaan ketua rumah kami ustaz zawadi yang inginkan pelajar lelaki sahaja menyertai acara perbarisan.

3 daripada 4 org pembawa bendera kejohanan adalah ahli rumah meranti 😁😁

Tema untuk kejohanan tahun ni adalah flora. Meriah semua hiasan dengan pelbagai tumbuhan dan bungaan dek kerana memenuhi kehendak tema.



Hiasan khemah rumah meranti. Dua tiga hari juga kami balik lewat petang untuk menyiapkan hiasan2 khemah ni. Tahniah dan syabas kepada team meranti yg byk bertungkus lumus menyiapkan hiasan2 ni. Cg karim dan cg yusa dan ustaz zawadi dan dayah dan kak ema dan eta dan kak dah dan kak mimi dan khoty. Di bantu oleh ahli2 pelajar rumah meranti yg lain juga. Bersepah habis bengkel cg karim dek kerana persediaan dan persiapan tu. Hasilnya kami dapat tempat kedua pertandingan hiasan khemah. Yeaayyy 😍😍😍

Hiasan rumah biru belian

Hiasan rumah kuning kemuning

Hiasan rumah hijau jati

Rumah merah meranti 😊

Rasanya bukan kami saja yang bersemangat. Semua rakan2 guru peneraju rumah lain pun bersemangat sungguh nampaknya tahun ni. Sebab cantik2 semua hiasan khemah 😍

Hiasan perbarisan rumah hijau jati

Perbarisan rumah merah meranti.

Perbarisan rumah biru belian

Perbarisan rumah kuning kemuning

Untuk perbarisan ni, semua rumah diberi markah tambahan untuk formasi atau aktiviti persembahan. Acara ini juga antara yg dinantikan oleh para penonton. Tahun ini, saya menawarkan diri untuk terlibat sepenuhnya melatih budak perbarisan. Pertama kali juga ni menawarkan diri sedangkan tak pernah pun jadi koreografer sebelum ni hahaha. Selalunya tolong bahagian makan, peserta, atau menghias khemah. 
                 


                 

Ini je idea last minit yg sempat difikirkan hahaha
Tak mengikut tema langsung untuk acara persembahan ni, sebab tu tak menang 🤣 takpe walaupun tak menang, tahun depan kita cuba baiki lagi untuk lebih mantap hihuhi

Rumah meranti merangkul 3 anugerah. Hanafi Olahragawan bawah 18 tahun. Harith olahragawan bawah 15 tahun. Qistina olahragawati bawah 15 tahun. Cikgu2nya pun sama terlebih happy dengan kejayaan ahli rumah.






Maskot untuk semua rumah sukan bergambar bersama tuan perasmi kejohanan.

Si petai, maskot rumah jati memenangi hadiah maskot terbaik

Inilah si luqman, yg memakai maskot petai.
Perasan tak ada budak 3 orang tu? Hahaha ahli tambahan rumah meranti. Saban tahun diheret ibu ke sekolah. Pdp luar bilik darjah hihi. 



Meranti!!!!!
Membara!!!!
😍













Comments

Popular posts from this blog

Tema colour blocking untuk hari guru 2018

         Sambutan hari guru tahun ni meriah sungguh dengan pelbagai warna warni pakaian guru2 smk durian mas. Tema colour blocking sememangnya tema yg menarik kerana guru2 dikehendaki memakai pakaian yg berbeza2 dan kontra warna nya. Tidak boleh sama kaler tudung dgn kaler baju dengan kaler kain dengan kaler kasut dengan kaler handbag hehehehe memang puas juga lah membuka wardrobe dan menyuai padan semua kaler2 baju sedia ada hihihi 😁         Semua rakan guru tak kira lelaki atau wanita mmg bersatu hati memenuhi kehendak tema. Saya kebetulan merupakan guru bertugas minggu ni. Jadi tak dpt sama2 berselfie masa pagi sebelum semua guru bersedia berarak dan masuk ke dewan dmas. Anggun, jelita, hensem, gojes semua rakan2 guru 😍 colourful hehehe Walaupun kami bertugas mengawal murid2, nak selfie jugak hahahaha Aktiviti hari guru adalah seperti masa2 sambutan yg lalu, membaca perutusan dari pihak2 atasan seperti kppm dan jpn, sukaneka, persembah

Fibroid : Wanita tanpa rahim

Ini cerita saya yg terkini. 2019 yg penuh memori. Gambar harini, first day kerja, 3 minggu selepas pembedahan. Muka nampak cengkung dan kurus sgt. Saya hilang byk berat badan dek kerana hilang byk sgt darah sebelum ni. Harap lepas ni dpt berisi sikit hehe Hari ini genap 3 minggu selepas saya membuat pembedahan buang fibroid dan rahim. Hari ni juga hari pertama saya mula bekerja semula. Alhamdulillah  dapat kelulusan untuk duduk mengajar di bilik khas bilik APD( alat pandang dengar) sepanjang 2 minggu akan datang ni. Jadi tak perlu naik tangga turun tangga untuk ke kelas2 pelajar. Hanya duduk di sini dan menunggu pelajar2 saya datang. Walaupun secara keseluruhan nya saya merasa sihat dan sudah boleh mula bekerja, tetapi kena juga menjaga kesihatan supaya tak mendatangkan apa2 mudarat. Jangan berjalan banyak, jangan berjalan laju sgt, dan jangan angkat benda2 yg berat. Sekurang2nya sebulan setengah kata doktor. Sebab tu saya mohon izin duduk bilik ni buat sementara. Men

20 Aktiviti untuk Pelajar Pasca PT3

Setelah selesai Pentaksiran PT3, waktu persekolahan masih ada berbaki lagi sebulan lebih bagi pelajar-pelajar tingkatan 3. Nak belajar lagi? Rasanya inilah ruang dan waktu untuk mereka melepaskan tekanan selepas berusaha bersungguh-sungguh belajar dari awal tahun untuk memastikan kecemerlangan dalam pencapaian akademik mereka.  Apa yang boleh dilakukan oleh para pelajar? Aktiviti yang masih berada dalam skop pembelajaran, pdp luar bilik darjah. Sekolah saya telah menetapkan bahawa pelajar-pelajar ini akan di kawal selia oleh satu unit panitia sekurang-kurangnya 3 kali pertemuan di sepanjang tempoh program pasca. Guru-guru yang terlibat akan merancang dan menjalankan aktiviti sepanjang waktu pdp sehari bersama panitia yang ditetapkan. Berikut saya kongsikan antara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan oleh pelajar pasca pt3 2017 sekolah saya. 1. English Day Carnival     Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang sehari ini ialah explorace dan treasure hunt. 2