Baru saja selesai acara kejohanan badminton peringkat zon di sek mrsm imtiaz.
Pada tahun ini, saya telah dilantik menjadi guru penasihat kelab badminton sekolah. Ini suatu perkara yg sangat baru sejak saya menjadi guru penasihat kelab persatuan bagi mana-mana sekolah yang saya berkhidmat. Dari sekolah sukan, ke damai jaya, ke jelai hingga sekarang ke durian mas. Walaupun badminton permainan yang pernah saya main sejak kecil sebab abah belikan raket nya, pernah bersama abah dan mak menonton thomas cup semasa Malaysia berjaya menjuarai nya suatu tahun dahulu, membeli komik dan menonton cerita anak anak sidek, dan antara mainan sukan yang dimainkan bersama anak-anak di petang hari. Tapi menjadi guru penasihatnya adalah tetap suatu yang baru bagi saya.
Segala gala tentang badminton ini juga menjadi seakan benda baru bagi saya. Peraturan nya, pengadilan nya, pengiraan markahnya, cara in dan out ketika permainan berlangsung. Saya juga belajar bagaimana mahu menilai pemain berbakat berdasarkan cara pukulan dan gerak tubuhnya.
Dulu saya pernah membuat satu entry berkaitan permainan bola jaring iaitu permainan yg memupuk semangat berpasukan. Bola jaring walaupun saya masih tidak mahir bermain, sekurang-kurangnya saya menyerahkan sepenuhnya pemilihan kepada kak liza coach sekolah saya. Budak2 pun bila dah sampai ke tempat venue, selalu saya benarkan mereka yg susun dan atur sendiri siapa dan apa tugas masing2. Bila bermain bola jaring, kita akan ada pemain simpanan dan sewaktu perlawanan berlangsung, kita dapat bertukar2 pemain kerana tempoh perlawanan dan tugas tertentu di dalam padang yang membolehkan pertukaran pemain berlaku. Tapi tidak bagi badminton.
Ketika sesi pemilihan peringkat sekolah berlangsung, saya langsung tidak ambil peduli kerana saya sedar saya orang baru dalam pasukan sekolah ni. Kak zie dan ustaz zawadi lebih layak menilai kerana mereka lebih berpengalaman bersama dengan kelab ini. Saya lebih banyak memerhati dan bertanya dan bersembang sambil belajar ketika pemilihan dan latihan.
Tetapi kebetulan pada hari kejohanan peringkat zon, saya yang ditugaskan menghantar mereka telah di minta utk memilih dan menyusun pemain untuk acara single dan beregu. Aaahhh sudah. Memang parah. Macamana ni? Saya mana kenal budak2 ni? Dah le saya bawa budak 5 org, tapi yang hadir ke tempat kejohanan ni 12 orang. Almaklumler dekat je mrsm imtiaz ni dgn sekolah kami. Budak pulak cuma nak pilih 3 orang je. ustaz takde. Kak zie pun takde haduiii pening~
Atas beberapa insisden dan perbalahan sesama mereka(masing-masing berebut nak bermain atas alasan masing masing), akhirnya saya memilih keputusan sukar berdasarkan pemerhatian tak seberapa saya. Tapi siap ugut mesti menang sebab ramai yg berebut posisi beregu tersebut.
Alhamdulillah pelajar 2 orang tu tak mengecewakan saya. Mereka menang dalam perlawanan pertama walaupun kalah ketika menentang smk bukit besi. Dapat naib johan dan dapat mewakili zon ke peringkat daerah. Lega ~~
Moga menang di peringkat daerah. Aaminnn :)
The Shindigar of Shindigar Pune - JT Hub
ReplyDeleteShindigar Pune, Shindigar is 구리 출장샵 a 영천 출장샵 Hindu temple located in Shindigar, 보령 출장안마 Maharashtra, India. It was established in 1893 and is 전라남도 출장샵 the main 계룡 출장마사지 temple of Lord Ganesha in Pune