Skip to main content

new year, new environment, new task

Setahun sudah berlalu sejak post yang terakhir dalam blog ni.

haachummmm~~! berhabuk dan bersawang tak berjenguk dan tak berkemas dan tak ber update.

Dah bermacam-macam peristiwa / event / cerita / kisah / ujian / dugaan pahit dan manis yang berlaku dalam hidup saya dalam tempoh setahun sejak post saya yang terakhir. Peristiwa2 yang kejap rasa nak update, kejap lupa, kejap rasa malas update, lepas tu teringat terkenang2 hahaha

(kan senang kalau cakap ko malas jek) hiiihiii

Tapi yang paling menyayat hati saya, adalah peristiwa handphone kesayangan yang rosak teruk dan tidak dapat diselamatkan..huhuhu...sedih yang tak dapat nak diungkap dengan apa jua kata2 pun. terlalu banyak kenangan dan screenshot motivasi dan resepi dan lagu dan ceramah2 motivasi dan nombor phone semua kenalan dan gambar2 di dalamnya yang sukar diganti dengan 10 ke 100 pun handphone baru. tak akan sama. tak akan sama. Tapi itulah, Allah menguji. Kita bersabar. Moga Allah menggantikan kehilangan dengan perkara yang lebih baik.


So sekarang ni, berbekalkan beberapa gambar yang entah cemana boleh duduk dalam memory card(yg lain-lain ada dalam device card so tak dpt selamat), saya memperuntukkan sedikit masa untuk memuat naik kenangan-kenangan yang kebetulan terselamat,  ke dalam entry kali ni. Nak garap dalam satu entry ni, peristiwa2 sepanjang setahun 'kehilangan' saya dari arena blogging ni. [cheewaahhh gaya macam ada org cari ko je huhuhu padahal takde org sedar pun yg ko tak update blog heeeeheeee ]

ok citer banyak pun membuang masa, saya combine je lah. Biar gambar saje yang bercerita.







best sangat pegi santuari ikan kelah di sungai chilling, kuala kubu bharu ni. tempat yang santai dan adventure, sesuai bagi mereka yang nak perkenalkan aktiviti outdoor pada anak2 tapi dalam masa sama bimbang sebab anak2 masih kecil lagi. so tempat ni mmg tak heavy dan menyusahkan. Saya bawa anak saya dari umur 10 tahun hingga yang di dalam dukungan tu 9 bulan usia dia. Kebetulan ke sini sebab ikut suami dan geng-geng kelab gunung dia, jadi organiser kepada program dari rumah orang tua jabatan kebajikan masyarakat. Bawa orang-orang tua warga emas mendaki dan berjalan melihat keindahan alam di santuari kelah ni. 

Sebenarnya ada banyak lagi gambar2 menarik pemandangan di sana, ikan2 kelah, tapi banyak gambar tersebut hilang bersama telefon saya yang rosak huhuhu super sedihhh. Takpelah masih ada beberapa keping gambar lagi ni jadi lah untuk tatapan kenang-kenangan sempena event ni.

ok.next.
Ada sekeping je gambar kenangan anak2 saya di dataran centrio, seremban 2. Anak2 saya mendapat hadiah kasut roda sepasang seorang kerana keputusan yang baik sewaktu peperiksaan akhir tahun 2015. Dataran Centrio ni terletak berhadapan dengan Mydin Seremban 2, dan menjadi tumpuan warga seremban untuk menghiburkan anak2 dengan pelbagai permainan kasut roda, smart wheel, kereta mainan, basikal 2 tempat duduk, motor dan pelbagai jualan. Memang meriah tempat ni pada setiap malam minggu malam sabtu dan malam ahad.


ok.next.

Hari sukan sek rendah anak saya. Bersungguh anak2 saya bermain sukaneka di sukan sekolah mereka ni kerana ini kali terakhir mereka bermain di sini. Sebab selepas itu, kami sekeluarga berpindah ke Terengganu. Ye Terengganu. Inilah peristiwa paling besar yang berlaku pada saya tahun 2016 ni. Saya akhirnya lulus pertukaran dari Negeri Sembilan ke Terengganu. 
Suami sudah bekerja di Terengganu selama 3 tahun. dan dalam tempoh 3 tahun itu, saya di Seremban bersama anak2 seramai 4 orang. Alhamdulillah permohonan pindah dah diluluskan. Alhamdulillah akhirnya dapat sebumbung semula bersama suami. 


gambar sewaktu proses mengemas nak pindah rumah hehe. bersepah bagai kapal karam. Bukan senang nak mengemas barang2 dan pindah meninggalkan rumah yang dah diduduki 8 tahun. Dari anak 2 org hingga anak2 dah 4 orang.


ok.next
Di sekolah baru, alhamdulillah saya masih dapat mengajar subjek kegemaran saya, matematik yang dah sebati dalam jiwa. Cuma tak mengajar addmath lagi, dan dah tak jadi guru pengakap. Saya kini guru puteri islam hahaha...kepada anak murid yang saya ajar addmath, kenangan bersamamu meneroka soalan2 addmath tetap terpahat di ingatan. Dan kepada anak2 murid yang bersama2 di aktiviti pengakap, kenangan berpengakap bersama juga sentiasa di ingatan. 

Kehidupan kita sentiasa mengalami perubahan. Yang penting, perubahan itu sentiasa di sambut dengan positif, dengan semangat baru, dan tidak berasa sedih dengan apa jua perubahan. Always changing and challenge yourself to be a better person than before.



"Kita tak akan dapat mengubah dari mana kita datang. Tapi kita sentiasa boleh memperbaiki dan menentukan ke mana hala kita nak tuju"












Comments

  1. tahniah kak hawa...semoga bahagia dalam rahmat dan kasih sayang Allah bersama keluarga tercinta..semoga terus cemerlang di tempat baru..kenangan kita bersama sentiasa terpahat di hati..sama2 naik pentas tahun 2014 hehe..doakan saya ;)
    ujian sama kehilangan gambar2 kenangan dlm laptop..huhu

    ReplyDelete
  2. Connect for good web developmet here web development
    Thanks

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tema colour blocking untuk hari guru 2018

         Sambutan hari guru tahun ni meriah sungguh dengan pelbagai warna warni pakaian guru2 smk durian mas. Tema colour blocking sememangnya tema yg menarik kerana guru2 dikehendaki memakai pakaian yg berbeza2 dan kontra warna nya. Tidak boleh sama kaler tudung dgn kaler baju dengan kaler kain dengan kaler kasut dengan kaler handbag hehehehe memang puas juga lah membuka wardrobe dan menyuai padan semua kaler2 baju sedia ada hihihi 😁         Semua rakan guru tak kira lelaki atau wanita mmg bersatu hati memenuhi kehendak tema. Saya kebetulan merupakan guru bertugas minggu ni. Jadi tak dpt sama2 berselfie masa pagi sebelum semua guru bersedia berarak dan masuk ke dewan dmas. Anggun, jelita, hensem, gojes semua rakan2 guru 😍 colourful hehehe Walaupun kami bertugas mengawal murid2, nak selfie jugak hahahaha Aktiviti hari guru adalah seperti masa2 sambutan yg lalu, membaca perutusan dari pihak2 atasan seperti kppm dan jpn, sukaneka, persembah

Fibroid : Wanita tanpa rahim

Ini cerita saya yg terkini. 2019 yg penuh memori. Gambar harini, first day kerja, 3 minggu selepas pembedahan. Muka nampak cengkung dan kurus sgt. Saya hilang byk berat badan dek kerana hilang byk sgt darah sebelum ni. Harap lepas ni dpt berisi sikit hehe Hari ini genap 3 minggu selepas saya membuat pembedahan buang fibroid dan rahim. Hari ni juga hari pertama saya mula bekerja semula. Alhamdulillah  dapat kelulusan untuk duduk mengajar di bilik khas bilik APD( alat pandang dengar) sepanjang 2 minggu akan datang ni. Jadi tak perlu naik tangga turun tangga untuk ke kelas2 pelajar. Hanya duduk di sini dan menunggu pelajar2 saya datang. Walaupun secara keseluruhan nya saya merasa sihat dan sudah boleh mula bekerja, tetapi kena juga menjaga kesihatan supaya tak mendatangkan apa2 mudarat. Jangan berjalan banyak, jangan berjalan laju sgt, dan jangan angkat benda2 yg berat. Sekurang2nya sebulan setengah kata doktor. Sebab tu saya mohon izin duduk bilik ni buat sementara. Men

20 Aktiviti untuk Pelajar Pasca PT3

Setelah selesai Pentaksiran PT3, waktu persekolahan masih ada berbaki lagi sebulan lebih bagi pelajar-pelajar tingkatan 3. Nak belajar lagi? Rasanya inilah ruang dan waktu untuk mereka melepaskan tekanan selepas berusaha bersungguh-sungguh belajar dari awal tahun untuk memastikan kecemerlangan dalam pencapaian akademik mereka.  Apa yang boleh dilakukan oleh para pelajar? Aktiviti yang masih berada dalam skop pembelajaran, pdp luar bilik darjah. Sekolah saya telah menetapkan bahawa pelajar-pelajar ini akan di kawal selia oleh satu unit panitia sekurang-kurangnya 3 kali pertemuan di sepanjang tempoh program pasca. Guru-guru yang terlibat akan merancang dan menjalankan aktiviti sepanjang waktu pdp sehari bersama panitia yang ditetapkan. Berikut saya kongsikan antara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan oleh pelajar pasca pt3 2017 sekolah saya. 1. English Day Carnival     Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang sehari ini ialah explorace dan treasure hunt. 2