Petang hujung minggu. Kami meluangkan masa ke Laman Basikal yang terletak di Jalan Keliling, Seremban. Kawasan ini dicadangkan oleh sahabat baik saya, Sha ketika kami berbual tentang anak-anak saya yang telah menambah ilmu kehidupan mereka dengan kebolehan menunggang basikal dua tayar. Setelah bertahun Lukhman dan Yussuf menunggang basikal dengan 4 tayar, tahun ini, saya dan suami memutuskan untuk mengajar mereka menunggang tanpa bantuan tayar tambahan. Saya sendiri mula menunggang basikal dua tayar seawal 6 tahun. Anak saya dah 7 tahun masih tak pandai tunggang basikal? Tak boleh, tak boleh...tak boleh jadi ni. Tu yang nekad nak ajar jugak tu. Tak di ajar, manalah nak pandai, kan? huhu... Hasilnya memang berbaloi. Tak sampai 2 hari, mereka dah boleh menunggang sendiri dengan dua tayar. Mungkin pada pembaca, ini biasa sahaja. Tapi ini merupakan satu pencapaian istimewa untuk anak-anak saya. Mereka begitu gembira menunggang basikal dan menghabiskan beberap
Life.. uncertainty.. Nothing is particularly hard if u divided it into small jobs