Skip to main content

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013

        Pesta Buku kembali lagi! tahun lepas tak pergi, sebab umur anak kecil saya masa tu baru setahun. Sabar..sabar... tahun ni, umurnya dah 2 tahun, rasa dah sesuai nak meng'heret'nya ke dalam dunia buku tanpa sempadan saya hehehe..

        Maka, dengan menggunakan LRT dari rumah Kak Lina di Bandar Tasik Selatan, saya menggagahkan diri ke PWTC bersama 3 orang anak dan Kak Tini (thanks a lot!) Alasan kenapa begitu bersungguh2 tahun ni? tak tahulah..tapi memang sangat bersemangat untuk pergi walaupun seminggu ni suami out station.

        Tiba di PWTC lebih kurang 11 pagi. Menjelajah dari satu booth ke satu booth. Dari satu hall ke satu hall. Terlalu banyak bahan bacaan yang terjual, terlalu ramai orang yang datang memenuhi, maklumlah hari ini hari ahad. Ramai yang cuti, pasti ramai yang mengambil kesempatan, termasuk kami :) Memang, dalam kesesakan tu, rasa bangga juga kerana rakyat Malaysia prihatin dengan buku2, mempunyai minat tinggi dalam membaca.

     
anak anak saya melakukan aktiviti mewarna, yang disediakan secara percuma bersebelahan dengan pameran buku dari Arab Saudi. Mujur ada aktiviti ini. Sebab waktu ni mereka dah tak larat nak merempuh orang ramai, jadi mereka duduk beraktiviti disini, sementara saya mengambil kesempatan pusing melihat buku2 di sekitarnya. Terima kasih kakak ku, kerana menemankan mereka. :)


Berkesempatan bertemu dengan prof Muhaya dan beliau menandatangani buku yang saya beli. Tengok, anak dah terlentok di bahu. emaknya masih tersengih2 dek kerana seronok bertemu seorang insan yang dihormati. 


Inilah buku2 yang sempat saya dan kakak saya borong dalam tempoh 3 jam setengah kami di PWTC. Separuh darinya adalah milik anak-anak saya. Hadiah sebab sudi di'heret' kesana ke mari. Terima kasih untuk lukhman, yussuf dan khadijah. 
Ini sempat round di tingkat bawah sahaja. Di Tingkat-tingkat lain tak sempat nak jengah. Takpelah. InsyaAllah jika berkesempatan, tahun-tahun akan datang kami akan pergi lagi.

Ini anak bujang Kak Lina, dapat hadiah cabutan bertuah dari booth karangkraf. Rezeki..rezeki..


Walaupun cuma sempat ke pesta ini dalam tempoh tak sampai 4 jam, tapi hati puas juga sebab dapat sampai tahun ni. Kumpul duit lagi, tahun depan beli lebih banyak lagi hehehe...







Comments

Popular posts from this blog

Tema colour blocking untuk hari guru 2018

         Sambutan hari guru tahun ni meriah sungguh dengan pelbagai warna warni pakaian guru2 smk durian mas. Tema colour blocking sememangnya tema yg menarik kerana guru2 dikehendaki memakai pakaian yg berbeza2 dan kontra warna nya. Tidak boleh sama kaler tudung dgn kaler baju dengan kaler kain dengan kaler kasut dengan kaler handbag hehehehe memang puas juga lah membuka wardrobe dan menyuai padan semua kaler2 baju sedia ada hihihi 😁         Semua rakan guru tak kira lelaki atau wanita mmg bersatu hati memenuhi kehendak tema. Saya kebetulan merupakan guru bertugas minggu ni. Jadi tak dpt sama2 berselfie masa pagi sebelum semua guru bersedia berarak dan masuk ke dewan dmas. Anggun, jelita, hensem, gojes semua rakan2 guru 😍 colourful hehehe Walaupun kami bertugas mengawal murid2, nak selfie jugak hahahaha Aktiviti hari guru adalah seperti masa2 sambutan yg lalu, membaca perutusan dari pihak2 atasan seperti kppm dan jpn, sukaneka, persembah

Fibroid : Wanita tanpa rahim

Ini cerita saya yg terkini. 2019 yg penuh memori. Gambar harini, first day kerja, 3 minggu selepas pembedahan. Muka nampak cengkung dan kurus sgt. Saya hilang byk berat badan dek kerana hilang byk sgt darah sebelum ni. Harap lepas ni dpt berisi sikit hehe Hari ini genap 3 minggu selepas saya membuat pembedahan buang fibroid dan rahim. Hari ni juga hari pertama saya mula bekerja semula. Alhamdulillah  dapat kelulusan untuk duduk mengajar di bilik khas bilik APD( alat pandang dengar) sepanjang 2 minggu akan datang ni. Jadi tak perlu naik tangga turun tangga untuk ke kelas2 pelajar. Hanya duduk di sini dan menunggu pelajar2 saya datang. Walaupun secara keseluruhan nya saya merasa sihat dan sudah boleh mula bekerja, tetapi kena juga menjaga kesihatan supaya tak mendatangkan apa2 mudarat. Jangan berjalan banyak, jangan berjalan laju sgt, dan jangan angkat benda2 yg berat. Sekurang2nya sebulan setengah kata doktor. Sebab tu saya mohon izin duduk bilik ni buat sementara. Men

20 Aktiviti untuk Pelajar Pasca PT3

Setelah selesai Pentaksiran PT3, waktu persekolahan masih ada berbaki lagi sebulan lebih bagi pelajar-pelajar tingkatan 3. Nak belajar lagi? Rasanya inilah ruang dan waktu untuk mereka melepaskan tekanan selepas berusaha bersungguh-sungguh belajar dari awal tahun untuk memastikan kecemerlangan dalam pencapaian akademik mereka.  Apa yang boleh dilakukan oleh para pelajar? Aktiviti yang masih berada dalam skop pembelajaran, pdp luar bilik darjah. Sekolah saya telah menetapkan bahawa pelajar-pelajar ini akan di kawal selia oleh satu unit panitia sekurang-kurangnya 3 kali pertemuan di sepanjang tempoh program pasca. Guru-guru yang terlibat akan merancang dan menjalankan aktiviti sepanjang waktu pdp sehari bersama panitia yang ditetapkan. Berikut saya kongsikan antara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan oleh pelajar pasca pt3 2017 sekolah saya. 1. English Day Carnival     Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang sehari ini ialah explorace dan treasure hunt. 2