Tiada manusia di dunia ini yang langsung tidak ditimpa masalah dalam kehidupannya. Tapi, terpulang kepada kita untuk menilai, dan memilih jalan mana yang wajar kita ikut. Jamil datang ke rumah ustaz Ibrahim menceritakan bagaimana hidupnya diuji dengan penuh kesusahan. Jamil berkata beliau tidak mampu menghadapinya lagi dan ingin berputus asa. Jamil memberitahu ustaz Ibrahim beliau teramat letih untuk meneruskan perjuangan dan berlawan… setelah satu masalah selesai, satu masalah baru pula timbul. Ustaz Ibrahim hanya mendengar dan tidak berkata apa-apa. Beliau menyuruh Jamil mengikutnya ke dapur. Jamil pun mengikut tanpa bertanya. Ustaz Ibrahim mengisi air di dalam tiga periuk kecil dan mendidih ketiga-tiganya serentak. Semasa air mendidih, Ustaz Ibrahim memasukkan lobak merah ke periuk pertama, telur ke periuk kedua dan biji kopi ke periuk ketiga. Jamil bertanya, “Apa yang ustaz buat? Nak masak apa tu?” Ustaz Ibrahim tidak berkata apa-apa dan membiarkan air mendidih selama 20
Life.. uncertainty.. Nothing is particularly hard if u divided it into small jobs